Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Saturday, December 18, 2010

biru 3



“yaaaaaaaaaaaaah!” menjerit girang. Deruan angin ke muka menambahkan rasa teruja.



Bunyi berkeriut besi berlaga semakin jelas kedengaran.



“yeah! Laju lagi! Laju lagi! Lajuuuuuuuuuu!” hahahahaha. Panjang tawanya.



Ayunan buaian makin laju.Bertebaran pasir-pasir halus apabila kaki diinjak ke tanah; menambah kelajuan buaian.



Kawannya buaian sebelah dijeling sekilas. Lambat. Yeay! Aku menang!



“weyh kau!” suara halus nyaring menyapa cuping telinganya.



Buat bodoh.



“kacang pis! Turunlah! Aku nak naiklah!”



Dia memandang budak perempuan yang bercekak pinggang tak jauh darinya. Walaupun berbaju kurung, gaya berdiri dah macam samseng dah.



“suka hati akulah! Aku dapat dulu! Kau pergilah main gelongsor ke, jongkang-jongket ke, kan banyak tu!” buaiannya masih terayun walaupun semakin perlahan.



“taknak! Turunlah cepat!”



“aku pun taknak!”



Budak perempuan tersebut mendengus.



“okey!”



“kau nak buat apa ni?” dia gelabah apabila budak perempuan tersebut berjalan dan mengambil tempat dibelakangnya.



Oh no!



“janganlah weyh!”



“suka hati akulah! Kau taknak bagi dekat aku!” buaian tersebut diayun laju.



Ayunan semakin laju. Mukanya cuak. Karang terpusing habis, naya!



“padan muka kau!” hahahahahaha! Evil laugh!



kakinya diseret ke tanah; mahu mengurangkan kelajuan.



Tapi minah kecik dekat belakang ni tak berhenti-henti tolak buaian. Kejam sungguh!



Dia bertekad.



Satu…….



Masih diudara



Dua……



Hampir ke tanah



Tiga……



Melompat turun. Menyembam tanah.



Uiiiii! Senak perut. Mihun sup dengan air milo tak sempat dihadam lagi.



Perlahan dia cuba bangun. Badannya yang berpasir ditepuk-tepuk. Bibirnya rasa lain macam.


Dikesat dengan jari.



Darah.



Dia berpusing ke belakang. Budak perempuan tadi sudah duduk dibuaian dengan tawa panjang!



“hahahahaha! Padan muka kau!”



Giginya diketap.



“apsal? Nak nangis? *ciwek nya kau!” hahahahahaha! Tawanya masih kedengaran.



Matanya berkaca. Eiiii! Geram betul!



“nangislah! Nangislah! Nanti kau besar nanti, kau jadi macam Abang Man Lembut yang duduk dekat simpang depan tu!”



Kedua belah tangannya digenggam. Geram! Rasa macam nak tumbuk je. Buat penat je aku hirup mihun sup panas tadi cepat-cepat semata-mata nak dapatkan tempat dekat buaian ni, tapi suka hati je dia rampas! Namun rasa geramnya hanya dizahirkan dengan hentakan dikakinya. Akhirnya dia berpusing, melangkah menuju ke tandas. Luka dibibirnya perlu dicuci.



‘jangan nangis, nanti jadi macam Abang Man Lembut!’ ayat tersebut diulang-ulang dalam hati.



Bibirnya menarik senyum. Apakebengongnya aku dulu boleh percaya kata-kata minah tu?



“weh, berangan!” stokin kawad Adli melayang. Sikit lagi nak kena muka.



“apa baling-baling ni? dahlah busuk! Berapa hari kau tak hantar pergi dobi ni?” kasut but yang baru dikilatkan diletakkan ke lantai . stokin tersebut dicampak balik pada tuannya. Tangannya dilap pada katil si empunya stokin tadi.



“entah, seminggu kot,”



“dobi free pun malas!”



Adli jongket bahu. “apsal tersengih-sengih dari tadi? Aku tengok kau macam nak cium ke but tu tadi,”



“takdepape, teringat kisah lama,”



“kisah lama kau dengan minah Cik Limah Karipap tu ke?”



Hafiz yang tengah memasukkan seluarnya ke dalam but terhenti. “mana kau tahu?”



“aku macam dengarlah kau sebut tadi, then minah tu pun pandang kau,”



“kau *ngopeng ek?”



“bolehlah dikatakan macam tu,” Adli buat muka toya. Sepasang celoreng dikeluarkan dari loker.



Hafiz diam. menyambung kembali kerjanya yang tergendala.



“ nama dia apa weyh? Halimah? Salimah? Limah?”



“bukan,”



“habistu?”



“Aisha. Cik Limah Karipap tu gelaran dia masa dekat tadika dulu,” ikatan tali but diperkemaskan.



“kau satu sekolah dengan dia ke? apekejauhnya beza nama dia?”



“ masa tadika je . dulu, masa zaman tadika dulu, ada sorang makcik yang hantar kuih dekat tadika kitorang, punyalah suka dekat minah tu, siap dapat kuih extra lagi. Makcik Limah namanya. Mulut dia, punyalah becok macam apa pun aku tak tahu. Sebab mulut minah tu becok plus dia jadi kesayangan Makcik Limah, kitorang pun panggil dia Cik Limah. Karipap tu sebab karipap Makcik Limah tu sedaaaaap gila, sampai sekarang takde siapa boleh challenge rasa karipap dia,”



“macam tu ek. Cik Limah Karipap, nice name!” Adli tergelak kecil.



Hafiz tersenyum. Baju celorengnya yang tersadai diatas katil dicapai.



“habis tu, kau punya nick apa pulak?”



Tangannya yang tengah membutangkan celoreng terhenti. Memandang Adli sejenak. “takde, aku takde nick.”



“tipu!”



Menggeleng.



“takyah tipu! Nick kau apa? Pak Jeffri Kuih Lapis? Shah apam balik?” Adli menyarungkan beret ke kepala.



“kacang pis,”



“kacang pis???? Kenapa kacang pis?” kening Adli berkerut.



“kacang pis sebab nama kau kan Shafiz, dekat-dekat macam kacang pis. Kau dahlah pendek, botak pulak tu! Pakai beg kaler hijau dengan selipar hijau, kan macam kacang pis. Lagipun kepala botak kau tu bulat sangat, sebijik macam kacang pis!” laju mulut Aisha membebel.



“taknaklah! Panggil aku Hafiz! Aku ulang, Hafiz! H-A-F-I-Z!” namanya diulang.



“sukahati akulah! Ke kau nak aku panggil kau toyol? Kau botak, pendek macam toyol!”



“janganlah!”



“berangan lagi!” Adli melibas lengannya dengan tali pinggang besar. Berangan je pakcik ni.



“dia panggil aku kacang pis sebab dia cakap nama aku dengan kacang pis macam sama. Plus dulu aku botak, pendek; sebijik macam kacang pis katanya,”



“sekarang kau dah tinggi, hensem dan bila chic lalu sebelah kau, expression dorang ‘oh-my-God-siapa-mamat-kacak-membunuh-ni-I-wanna-have-his-phone-number’ macam tu?”



“absolutely. Thanks for the compliment,” Hafiz menunduk macam artis buat bow masa dapat anugerah.



“perasan!”



“tapi aku tengok minah tu macam senyap je,”



“senyap kemende! Kaki buli adalah!”



“contoh?”



“sorokkan selipar orang,”



“lagi?”



“rampas harta orang,” beret dicapai dari dalam loker.



“lagi?” Adli yang dah siap berpakaian duduk di birai katil.



“kunci pintu dari luar time anak orang masuk toilet,”



“lagi?”



“masukkan katak dalam beg sekolah orang,”



“next?”



“orang susun lego tinggi-tinggi, buat menara lepastu dia dengan muka selamba langgar lego tu dengan sengaja,” letak beret dikepala dibetulkan.



“and semua benda yang dia buat mesti kena dekat kau, kan?”



“ha’ah,”



Adli tergelak besar.



Hafiz tersentak. Alamak, terlepas cakap! Demmm, kena gelak sampai matilah aku jawabnya.



“lembiklah kau ni! patutlah kau boleh ingat satu-satu benda yang dia buat!”Adli dah terguling-guling atas katil.



“mana….aku malas nak layan dia je,” buku nota dan sebatang pen dicapai. Disimpan dalam poket seluar.“lawaklah kau ni!” Adli masih tak habis-habis tertawa.



“dah! dah! dah pukul berapa dah ni! kejut si Jon tu, karang kena denda ,naya je!” Hafiz memandag Jon yang tengah membuta atas katil dengan baju celoreng full siap berbut dengan beret semua.



Matanya memandang Adli. Bantal milik Adli dicapai dan dilibas pada tuan punya bantal yang masih galak ketawa.



“sekarang, kau dah tough, tinggi and hansome, bolehlah kau balas dendam ek?”



“tengoklah,”



“tapikan, satu aku nak cakap,kau blush!”



“shut up!”



*********



Liyana, Nadira dan Aisha mengambil tempat di tepi bukit menghadap kolam. Bayu yamg menghembus mencipta riak dipermukaan air. Hanya Aisha sahaja yang memandang kolam. Nadira dan Liyana menghadap padang kawad, tengah syok tengok budak-budak lelaki main basketball. sekarang waktu *PT petang, aktiviti riadah bebas.



“shah,” Nadira menyiku lengannya.



“hmm?”



“aku perasaan ada sorang mamat, asyik pandang kau je dari tadi,”



“masa bila?”



“masa kraf hutan,”



“iye ke? entah-entah dia pandang kau kot,” Aisha menjawab malas.



“urmm? Dia pandang aku ke?” suara Nadira kedengaran excited.



“iyelah tu, dia pandang kaulah tu,”



“err….err….” Nadira malu-malu.



Aisha tersenyum. Ada-ada je dia ni.




“shah! Kepalaaaaaaaaaaa!” suara Nadira dan Liyana berpadu



Dummm!



“auuch!” Aisha menggosok-gosok belakang kepalanya. Pening weyh!



“kau tak apa-apa ke, Shah?” Liyana turut sama menggosok belakang kepala sahabatnya itu. Hantu punya budak laki! Kau pass bola kemana?



“aku okey,” dia berpaling, mahu melihat objek apa yang menghentam kepalanya tadi.



“sorry!” suara lelaki kedengaran ditelinganya.



Aisha memandang ke atas. Ehhhh????



Lelaki tersebut tersenyum walaupun nyata dia kelihatan sedikit terkejut tadi.



“miss Aisha Hazyrah, maafkan kami, tak sengaja,” mamat tersebut masih tersenyum.



Aisha mengangguk dan kemudian mamat tersebut berlalu pergi.



“macam mana mamat tu boleh tahu nama kau? Satu PK dengan kau ke?” Liyana menyoal.



Aisha menggeleng.



“mamat tulah yang asyik pandang kau tadi! kau kenal ke?” giliran Nadira pula bertanya.



Menggeleng lagi.



“habistu macam mana dia tahu nama kau?” serentak Nadira dan Liyana bertanya.



Aisha jongket bahu, tanda tak tahu.



********



Aisha memandang awan-awan di dada langit. Cahaya mentari kian jingga, menandakan waktu semakin senja. Bebelan jurulatih di astaka dibuat endah tak endah.



“siapa Muhammad Shafiz Zeffri Bin Jalaludin?” lantang suara jurulatih tersebut tanpa bantuan pembesar suara.



Aisha memandang pada barisan pelatih lelaki dihadapannya. Sedap jugak nama mamat ni. tapi macam pernah dengar lah, kat mana ek?



“saya cikgu!”



Dari jauh dia cuba fokus pada pelatih yang tengah angkat tangan itu.



“ambik bungkusan awak dengan ofis,”



Aisha fokus pada lelaki yang tengah angkat tangan itu.



Dia rasa macam nak pitam. Dia dah boleh ingat sekarang!



Kacang pis????




*PT-physical training

Kamus jawa ---> melayu

*ciwek- kuat nangis

*ngopeng-curi dengar

Wednesday, December 15, 2010

biru 2



“hai, baru sampai ke?” manis senyuman empunya badan yang ramah menyapa. budak katil sebelah.



“dah lama jugaklah, tadi ambik barang dekat logistic,” Aisha membalas senyuman. Barang-barang dalam plastic besar diletakkan di tepi katil.



“aku Liyana, panggil je Yana,” tangannya menghulur salam.



“Aisha, panggil Shah,” huluran disambut.



“kau dari Klang kan? Semua dah sampai ke? apsal macam sikit?”



“ada lagi, separuh masih lagi stranded dekat LCCT, takde tiket. Dorang sampai malam ni rasanya, sebab next flight maghrib. Kau dari mana?” dalam hatinya mengucap syukur. Nasib baik tadi dapat tiket, tu pun second last punya seat. Tak dapat bayangkan kalau tersadai dekat airport sampai petang. itu pun masa masuk dekat waiting lounge, passangers dah habis boarding. tak cukup tanah berlari cari aircraft. nasib baik tak salah masuk. sikit punya banyak aircraft dekat LCCT tu! Sedangkan tadi nak tunggu check in counter pun dah siap tertidur-tidur dekat lantai airport tu dengan beg besar gabak, inikan kalau sehari.



“KL,”




“oh, kau sampai semalam ke?”



“a’ah. Sampai sini malam jugak, tapi semalam tidur dekat blok November sebab blok ni ada budak-budak yang kena fly pergi Selangor tidur dekat sini.”



“oh,”



“dah time lunchlah, jom makan jom!”



********



Surat khabar dihadapannya dicapai. Cuba membaca bait-bait yang tersusun di akhbar tersebut. Sepatah haram dia tak faham!



“Nad, ni surat khabar apa ni?” Aisha mengunjukkan surat khabar ditangannya.



Nadira membaca sekilas. “ni suratkhabar Dusun, bahasa dusun ni,”



“kau orang apa?”



“Malaysia?”



Senyumannya mati sekejap. “betul-betullah,”



“bugis,” Nadira ketawa.



Aisha kembali menyambung membaca suratkhabar. Walaupun tak faham apa-apa, jadilah nak isi masa. Bosan ya amat!



“eh, budak-budak dekat sini, ada yang kau kenal?’ Liyana yang tadinya senyap tiba-tiba bersuara.



Aisha memandang ke segenap penjuru dewan yang penuh dengan pelatih yang berbaju biru.



“takde,”



“samalah kita, kesian kan?”



“taw takpe,”



“kau taknak tolong dorang ke?” Liyana memandang pada sekumpulan pelatih yang tengah ralit melukis entah apa entah atas kain kuning.



“tangan aku tak berseni. Lagipun, macam ramai je yang tengah tolong, aku malas nak tambahkan semak dekat situ,”



*********



“weyh, kau tolong jaga line. Aku ngantuklah. Kalau cikgu datang, kejut aku,” Adli dah menggosok-gosok matanya.



“banyak cantik muka kau!” Jon membalas.



Hafiz hanya diam. entah apa yang diconteng pada notepad dihadapannya. Sekarang semua pelatih tengah berkumpul buat bendera kompeni masing-masing. dia hanya duduk dimeja panjang di dewan makan. Malas nak ambik tahu.. Baru tadi mereka dipecahkan mengikut 4 kompeni besar. Nasib baik mereka duduk dalam satu kompeni yang sama sebab pelatih lelaki dipecahkan ikut blok; 2 blok untuk satu kompeni. Perempuan jelah yang kena pecah-pecah sebab dorang ada tujuh blok je.



Sehelai kertas A4 dihulurkan dari orang sebelah. Matanya dilarikan pada kertas tersebut.



Nama…..asal…..keturunan….blablablabla.



Pen yang terselit ditelinga dicapai. Pantas tangannya menulis butiran di atas kertas tersebut. Selesai menulis, dia membaca serba sedikit apa yang tercatat di kertas tersebut.



Kadazan……dusun…bugis….tidung.



Eh?



Tidung? tak pernah dengar pun?



“eh, memang ada keturunan Tidung ek? Tak pernah dengar pun?”



“ada je, kau saja yang tidak pernah dengar,” Jon menyambut huluran kertas. Selesai menulis, kertas tersebut di-pass ke orang sebelah. Tepat mengenai muka Adli yang tengah tidur.



“oh mak kau meletup!”



Jon dan Hafiz menghamburkan tawa.



“bengong la kau! Lain kali kejut tu elok-eloklah sikit!” hujung jarinya menggosok mata.



Elok lepas Adli menulis, dia sambung tidur balik.



“weyh, tidur balik!” Jon menyiku. Teruk betul mamat ni!



Hafiz kembali membuat contengan di notepad. Entah apa yang diconteng, dia sendiri pun tak tahu. Tiba-tiba Jon menyiku lengan kirinya, membuatkan dia mengalihkan pandangan.



“apa?”



Jon mengisyaratkan pada satu arah dengan mulutnya.



“mende?” dahinya berkerut.



“perempuan yang kau tengok tak lepas semalam,”



Hafiz berpaling. Matanya dikecilkan; mencari perempuan yang dikatakan Jon.



“tu ha, sederet dengan kita tapi dia baris depan kita,”



Hafiz masih mencari. Oh, tu dia.



“nampak?” Jon menyoal.



Hafiz mengangguk. terus-terusan dia memandang gadis yang dikatakan Jon. Kurang jelas pada pandangannya kerana gadis tersebut menunduk. Sedang membaca surat khabar ditangannya barangkali.


"nampak aje ek kau,"



"kau tahu, kawan aku kat sekolah panggil aku ni mata helang tau,"



"aku tak tanya pun," matanya masih tak lepas pada gadis tersebut.



Tiba-tiba gadis tersebut memandang ke arahnya dan ke segenap dewan sebelum berkata sesuatu pada orang disebelahnya.



Betullah dia.



“wow, beautiful!” tiba-tiba Adli disebelah bersuara.



Dua pasang mata serentak memandang.



“eh kau, pasal perempuan segar pulak mata kau kan?” perli Jon. Tadi bukan main, mata tu dah macam kena gam. Sekarang buntang macam burung hantu!



“kau tahu, aku ni ada special sensor tau. Kalau ada perempuan lalu or ada sesiapa jelah cakap pasal perempuan, dia akan macam ni, ‘bzzzt! Look around you, there’s hot chic. Be alert,’. Kau ada?”



“banyaklah kau punya sensor. Sekali yang lalu depan kau tu nenek bongkok tiga, hot chiclah sangat!” Jon mencebik.



“sensor aku tak pernah gagal so far. Haha! Eh, aku nak tanya sikit. Kau orang sini tapi apsal your Sabahan accent tak kuat macam yang lain ek?” Adli bertanya pelik.



“dulu grandparents aku jaga aku dari kecik. Bila masuk secondary school, aku ikut parents aku dekat Pahang. Lepas spm haritu baru aku balik sini balik, tolong jaga nenek aku. Tapi sebab aku kena pergi sini, macam no point je kan?” dia ketawa kecil.



“kau gebang! Kata orang sini!”



“betul bah! Kau lihat sijil lahir aku, ic aku pun alamat disini!” secara tiba-tiba Sabahan accent si Jon jadi pekat.



Adli hanya mencebik.



“kita dah lari jauh ni bah! Back on trak okay!”



“kau kenal ke?” Jon menyiku Hafiz yang dari tadi tak lepas-lepas memandang gadis yang menunduk itu. Setakat nampak tudung je, buat apa nak tengok lama-lama. Kan?



“aku macam kenal,”



**********



“dol!”



Hafiz tersentak. Hampir tercampak cawan plastik ditangannya. Nasib baik dah kosong.



“kau kalau tak terkejutkan aku tak boleh ke?” Hafiz mengacah mahu menyimbah teh milik Adli yang baru diletak.



Adli hanya tersengih. Secubit roti disuap ke dalam mulut.



“Jon mana? Bukan ke dia satu *PK dengan kau?”



“dia nyorok dalam jamban, malas nak turun,” Adli menggumpal plastik roti yang sudah kosong.



“korang punya kelas bestlah, dorang pandai cover line,”



“well, we’re so lucky,” teh dihirup.



Hafiz mencebik. Matanya kembali memandang pada satu arah.



“kau usha siapa weyh?” Adli turut menurut pandangan Hafiz. “kau usha Tuan Komandan kita ke?” matanya menangkap Tuan Komandan yang lengkap dengan seragam biru tentera laut yang sedang berborak dengan beberapa orang pelatih. Biar benar?



“bukanlah, si cantik manis yang duduk meja belakang budak-budak yang tengah borak dengan Tuan Komandan tu,”



Adli memanjangkan leher kekiri sedikit. Budak-perempuan-cantik-yang-tunduk-masa-buat-bendera-dulu.



“kau tak pernah tegur dia ke? kata kau kenal,”



“macam kenal ek, bukan kenal,”



“apa-apa jelah. Dah dua minggu, aku tengok kau asyik pandang dia jek. Kau trylah tegur dia, mana tahu dia pun macam kenal dengan kau,”



“takut salah oranglah weyh,” plastik rotinya digumpal dan dimasukkan ke dalam cawan yang kosong.



“apalah kau, kata romeo,”



“mana…itu kau!”



Adli tergelak. “eh, dia nak cuci cawan tu. Pergi cepat!” Adli menolak rakannya itu agar segera bangun.



dia memandang Adli.



“pergi cepat!” Adli mendesak.



Akhirnya di bangun. Langkah kakinya pantas; seakan-akan berlari agar dia dapat mengambil tempat pada pili kosong di sebelah gadis tersebut.



“selamat pagi staff,” sempat dia menyapa staff tentera laut yang melintas dihadapannya.



“pagi,” staff tersebut membalas dan berjalan menuju ke pejabat.



Langkah kakinya dipercepatkan. Akhirnya dia mengambil tempat di pili kosong yang dia aim tadi. Dekat sini memang kena cuci tray dengan cawan sendiri. Gadis tersebut tengah mencuci cawan dengan span.



“mintak span,”



Gerakan tangan yang mahu meletakkan span pada bekas sabun terhenti. Gadis tersebut memberikan padanya.



“terima kasih,”



Diam. tiada balasan.



Cepat-cepat dia membilas cawannya apabila dia menyedari yang gadis tersebut sudah menutup pili dan bergerak ke meja yang menempatkan bakul tempat meletak cawan. Tangannya kalut menutup pili dan mengekor rapat gadis tersebut.



“er…awak!”



Gadis tersebut masih berjalan ke depan.



“Cik Limah karipap!”


Langkah gadis tersebut terhenti. Dia segera melangkah mendekati.



Gadis tersebut memandangnya dengan pandangan pelik bercampur cuak.



“so, it’s true. You, Aisha Hazyrah kan?”



“macam mana awak …….”



“nice to meet you again,” cawan ditangan gadis tersebut dicapai. Menghadiahkan senyuman dan kemudiannya berlalu pergi.



********



Tangannya ralit melarikan span ke segenap penjuru cawan tersebut. Apabila dia mahu meletakkan kembali span pada tempatnya, lelaki yang tiba-tiba datang membasuh cawan disebelahnya meminta. Segera dia pass span pada orang sebelah.



“terima kasih,”


'sama-sama'



ungkapan tersebut hanya dibalas dalam hati. Dia sibuk memcari sebab kenapa mamat kat sebelah ni mengada nak basuh cawan sebelahnya, padahal banyaaaaaaaak lagi pili kosong. Maybe sebab dekat dengan bekas sabun kot. Iye kot.



Apabila kakinya melangkah menuju meja yang terletak bakul cawan, cuping telinganya mendengar seseorang memanggil dengan panggilan ‘awak’.



Namun dia tak mengendahkan. ‘awak’ itu general. Maybe dia panggil orang lain kot.



“Cik Limah karipap!”



Terhenti terus langkahnya. Itu kan panggilan budak-budak tadika dekat aku dulu! Dan lagilah tercengang apabila nama penuhnya disebut.



“nice to meet you again,” lelaki tersebut tersenyum sebelum berlalu pergi.



Who is he actually????????




*PK-pembinaan karakter, salah satu modul dalam plkn.

Monday, December 13, 2010

biru 1


Peluh yang merenik didahi dikesat dengan lengan t-shirtnya. Kaki dah habis lenguh dah! kertas ditangan dikipaskan ke muka. Panas! Ketiak dah basah lencun macam apa dah. jam ditangan dikerling.



11.30 pagi.



Baru pukul se……what??!!!



Kakinya dijengketkan. Mahu melihat panjang barisan dihadapan. Dari pukul enam suku pagi sampailah sekarang, barisan ni bergerak cuma semeter je?!



Matanya kembali melihat ke hadapan. Tu apa kes potong queue tu? Ingat dia je yang penat tunggu?! Orang lain pun penatlah!



“okey! Okey! Barisan ni cuma pelatih sahaja! Parents sila keluar!” seorang pegawai berbaju biru gelap bersuara sambil berjalan kebelakang. Check siapa yang tak dengar kata.



Cepat-cepat dia menyelit ke barisan depan bila pelatih wannabe nak line up manakala parents bergerak keluar dari barisan. Dia menjenguk ke depan. Berapa jam dia berdiri, baru sekarang nampak meja pendaftaran. Bibirnya menarik senyum. Takde rupa senyum sebenarnya. Penat!



Tiba-tiba, seorang wanita Cina dan anak perempuannya sesedap rasa meluru ke kaunter tanpa rasa bersalah.



“apa ni? beraturlah! Orang lain pun dah lama tunggu!”



“madam, please queuelah! Orang lain pun penat!”



Beberapa orang bapa pelatih yang menunggu di tepi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.



“puan, sila beratur!” pagawai yang menjaga kaunter bersuara.



Makcik tersebut dengan anak perempuannya berlalu ke belakang.



‘Padan muka kau! Lain kali beraturlah!’



“nama?”



“Nur Aisha Hazyrah Adnan,” dokumen-dokumen diserahkan pada pegawai didepannya.



“kem?”



“Kem San Shui, Tawau,”



Khusyuk pegawai tersebut meneliti kertas A4 yang berkajang-kajang banyaknya.



“okey, flight awak esok sebab hari ni tiket takde, so awak akan ditempatkan di Kuarters KLIA dulu. Tiket ni nanti bagi dekat pegawai dalam bas nanti,” pegawai tersebut menunjuk pada keratan biru yang terdapat pada surat pemberitahuan.



“okey, terima kasih,” senyum plastik dihadiahkan pada pagawai tersebut. Esok baru pergi? Better lapor diri esok je!



“dah sudah?” suara wanita separuh abad menyapa telinganya.



“dah tapi esok baru flight pergi Sabah. Hari ni duduk dekat kuarters KLIA dulu,” Aisha berdiri di sebelah beg yang besar gedabak.



“ni sekarang nak pergi mana ni?” lelaki yang bertinggung di sebelahnya bersuara.



“cari bas. Tu ha dekat sana,” tangannya menunjuk pada satu arah.



“Wak, maaf sebab susahkan Wak dengan Abang Hadi. Kesian Abang Hadi kena ambil cuti hari ni,”



“alah takdepapelah! Kita kan sedara,” wanita tersebut tersenyum.



“apa touching-touching ni? tak kisahlah! Lagipun abang dah lama tak ambik cuti,”



Gadis tersebut menunduk.



“dah,dah! jomlah cari bas!” Hadi mula mengangkat beg milik sepupunya itu.



********



“aku Jonathan, panggil Jon, Mr Jon!”



“zulfadli, Adli,”



Dua pasang mata memandang pada lagi seorang yang masih tak bersuara. Hanya tuan empunya tiga katil di bahagian paling hujung yang berpenghuni ketika itu. Yang lain entah kemana.



“Shafiz, panggil Hafiz,”



“selamat berkenalan! Kau dari mana weyh? Aku JB. Kau?” Adli menaikkan keningnya. Memandang pada Jon.



“welcome to Tawau! Aku orang sini la bah!” Jon mengekek.



“kau pulak?” Adli bertanya pada Hafiz. Empunya katil paling hujung.



“KL,” senyum. Tangannya membelek segala uniform yang baru diambil dari logistik. Stoking tiga jenis, baju tiga jenis, kiwi kasut, berus kasut, towel, kasut kawad, kasut sukan dengan kasut kelas. Tangannya kembali menyelongkar beg plastik hitam tersebut. Ada lagi? Banyak benar harta aku?



Dia bangun. Segala macam barang yang dipunggah keluar tadi dimasukkan kembali ke dalam plastik. Pintu loker dibuka dan plastic tadi disumbat ke dalam. Pintu ditutup dan dikunci.



“korang haus tak? Jom beli air?”



***********


Aisha menapak perlahan menuju logistik. Haih, apelah bala yang aku dapat? Gila-berbukit-bukit kem ni! confirm tiga bulan lepas ni kurus!



Dia beratur di belakang kawan-kawan sepenerbangannya pagi tadi. Tercungap-cungap menarik nafas. Penat! Dahlah malam tadi pukul dua baru dapat tidur. Pukul tiga dah kena bangun sebab pukul empat dah kena berkumpul , gerak pergi LCCT. Budak-budak Sabah naik Air Asia tapi budak-budak Sarawak naik MAS. Dengar cerita sebab tak cukup tiket. Iyelah tengah new year, peak season. Tapi jeles jugak dowh!



Check in blablablabla and flight tujuh lebih sampai sini sebelas lebih. Nonstop. Flight dekat tiga jam pun mata tak boleh pejam. Mengada betul.



“kau, tulis nama dekat sini,” pegawai yang tengah sibuk menbahagikan barang bersuara. Matanya tajam memandang dirinya atas bawah.



‘apsal dia tengok aku macam tu?’ mukanya cuak.



“kenapa kau tengok aku macam tu?” pegawai tersebut bertanya.



‘dah kau tengok aku macam nak telan!’ berani cakap dalam hati je. “err, takdepape,”



“ni kau punya, kasut kelas takde, stok takde. Tunggu kargo datang nanti baru dapat!”



Aisha mengangguk. Eh dia tak tanya aku punya saiz pakaian berapa ke?



Dahinya ditepuk. ‘Tadi dia tengah scan kau punya baju saiz berapalah dol!’



Urgh! Scary! Style askar memang cenggini ke?



Dia menapak menuju blok di bawah bukit.



“awak!”



Aisha memandang ke belakang. Langkahnya terhenti.



“awak blok berapa bah?”



“Lima,”



“eh, samalah! Saya Nadira,” tangan menghulur salam.



“Aisha, panggil Shah,”



“kamu orang semenanjung ?”



Mengangguk. Langkah kaki menyaingi Nadira disebelahnya.



“saya dari Sandakan,”



“oh,” kepalanya diangguk-angguk.



“Selamat datang ke Sabah!”



“thanks!” okey jugak dorang ni. bibirnya tersenyum.



“baru sampai tadi?”



“ha’ah,”



“biar saya kenalkan kem ni. depan office tu blok lelaki dari alfa sampai echo. Lagi tiga blok; foxtrot, golf dengan hotel dekat atas sana. Depan blok atas tu, bangunan kelas. Surau sebelah office. Office tu sebelahnya medic,”





klik untuk besar


Aisha mengangguk.



“seberang blok kelas tu, kraf hutan dengan kembara halangan. Bawah sikit tali tinggi, belakang logistik tadi. Yang besar tu dewan makan,” Nadira menunjuk pada bangunan terbuka di belakang mereka.



“itu aku tahu,” Aisha membalas.



“kalau padang kawad dengan kolam kau tahu kan? Yang depan kolam tu, bangunan untuk staff, sipadan dengan kapalai. Blok perempuan dari india sampai November. Yang blok Oscar tu sebenarnya untuk staff perempuan tapi sebab tahun ni pelatih ramai, so blok Oscar jadi penempatan pelatih,”



“oh,”



“okey, itu je yang aku tahu,”



“thanks,” tersenyum. She’s not bad kan?



**********



langkah kakinya terhenti. Biar benar?



Matanya dikecilkan. Cuba fokus pada dua orang gadis yang baru berlalu tak jauh dari tempat dia berdiri.



“Hafiz!” Jon bercekak pinggang. Apsal kau tercegat dekat depan office tu? Dian turut memandang pada objek yang dipandang Hafiz. Ceh, tengah buat survey ke?



Hafiz memandang pada dua orang sahabat barunya yang dah meninggalkannya beberapa tapak dihadapan.



“kot iye, takkan second day kau nak cari awek kot? Rilekslah bro, masa panjang lagi! Lepak-lepaklah dulu,” Adli dihadapannya tersengih.



“takdelah, takdepape,” kakinya kembali melangkah.



‘Macam pernah aku tengok perempuan tu? Tapi bila? Dekat mana?’




p/s: siapa kena plkn macam saya, angkat tangan!


peta comot. maaf

Friday, December 3, 2010

biru [sesi suai kenal]


Tray yang berisi nasi kawah, ayam masak kicap, sayur sawi goreng, ikan kembung goreng dan potongan tembikai dihempaskan ke meja.



“woooowoooowoooowww! Chilllah bro! asal, stress gila ke study? Rileks arr, bukan kau sorang je yang camni, semua orang pun cenggini tau!”



“kau tak kena takyah nak sibuk!” nasi gaul. Dengan lafaz bismillah, nasinya disuap ke mulut.



“eh, aku dengar result penempatan PLKN dah keluar semalam. Kau kena kan? Dah check? ” drumstick digigit.



Dia mengangguk.



“dapat kat mane?”



“Tawau, Sabah. Kem San Sh…. Ntah apekebendenye ntah!” matanya menjenguk ke bawah meja. Seekor kucing memandangnya dengan pandangan sayu.



Sirap yang diteguk hampir nyembur keluar. “Sabah? Bapak jauh tu weyh!”



“tau takpe!” ikan goreng yang masih tak berusik dicapai. Diberikan pada kucing tadi.



“rileks la weyh! Jangan stress sangat. Lagi satu paper je ni, kang kalau kandas buat spoil sijil SPM jerr,”



Masih diam.



“nanti kau balik Semenanjung karang berhabuk speaking Sabah je, silap-silap awek Sabah kau rembat sekali!”



“kau diam!” sahabat disebelah disikunya.



“adeh!!”



**********



Gadis yang bertudung berbaju kurung biru gelap dan bertudung hitam masih bersila di atas tikar mengkuang . mentari petang semakin tenggelam di sebelah barat.



“Aisha, dah sudah, jom balik. Dah petang dah ni. sudah-sudahlah tu, malam ni Aisha dan kena balik hostel balik dah, esok kan ada paper lagi,” lembut wanita separuh abad disebelahnya memujuk.



Gadis tersebut berpaling.



“jom balik,” wanita tersebut mengangguk.



silanya diungkai. Selipar jepun disarung ke kaki . tikar mengkuang digulung.



“mama, papa, abang, adik; kakak balik dulu.” Sepasang matanya menangkap gambaran empat pasang kayu yang dijadikan nisan sementara yang dipacak di atas tanah merah yang membukit.



Kakinya menlangkah keluar dari kawasan perkuburan itu. Beberapa meter sebelum sampai ke pintu pagar kawasan perkuburan tersebut, dia berpaling ke belakang. Memandang pada empat kubur yang masih merah tadi dari jauh.



Dia mendongak. Matanya dipejamkan. Ya Allah, tabahkan hati hamba-Mu ini, sesungguhnya aku amat-amat memerlukan kekuatan dari-Mu tika ini.



Langkah kakinya diarahkan pada wanita tadi yang sudah menunggu di tepi pagar kawasan perkuburan tersebut.





Nota kaki:


Memandangkan mangkuk tingkat dah macam dekat nak habis, kepala otak tengah gatal merangka cerita baru *gelojoh sungguh* memandangkan time cuti, ni namanya terlebih rajin+idea memantul-mantul keluar dari kepala otak.


Overdose makan durian sampai rasa nak demam+ sakit tekak. Oh dulu time plkn dapat ubat sakit tekak kaler oren yang kalau makan sebijik rasa macam sakit tu dah hilang! power rangers sungguh!