Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Thursday, March 10, 2011

biru 4



“eh,betul ke kau tak kenal mamat basketball tadi tu, Shah?” Liyana yang sudah siap bertudung duduk di birai katil miliknya. Dia duduk meghadap Aisha yang tengah ralit dengan tudungnya di hadapan cermin.



“Auch!”



Serta merta hujung ibu jarinya ditekan. Setompok darah keluar dari bekas tercucuk kerongsang tadi.Segera sehelai tisu dicapai dari plastic tisu poket di dalam loker.



“amboi, sentap nampak?!” Liyana mencebik.



Aisha membalas dengan jelingan. Hujung jarinya ditekan-tekan.



“teruk sangat ke? meh sini aku tengok. Alahai, aku tak sebut pun nama mamat tu, baru bagi hint sikit pun dah tercucuk kerongsang! Kalau aku sebut nama penuh dia, entah apalah yang jadi? Terpotong jari terus kot!” Liyana bangkit dari duduknya. Ibu jari Aisha dibelek.



“kenapa tu?” Nadira tiba-tiba bersuara.



“dia ni ha, baru cakap pasal mamat basketball tadi tu, terus tercucuk kerongsang. Hah kau, kata nak melabur tadi, dah sudah?” Liyana bercekak pinggang. Sebab minah ni kalut nak terberak tadi, terpaksalah tunggu. Padahal perut dah merengek-rengek mintak dinner.



“baru balik dari jamban ni ha. Kau tunggu sebentar, aku mau tukar kasut,” Nadira berlalu ke katilnya selang tiga buah katil dari katil milik Aisha dan Liyana. Seisi blok bingit dengan bunyi prat-pret-prat-pret dari tapak kaki Nadira yang berlaga dengan selipar Jepun yang basah.



Aisha kembali membetulkan letak tudungnya. Botol cologne Johnshon baby dicapai dan beberapa titik cologne dituang ke telapak tangan sebelum disapu serata bajunya. Namun gerakannya terhenti apabila Liyana memandangnya semacam.



“kau apsal tengok aku semacam?”



“wangi-wangi nampak?” Liyana memain-mainkan keningnya.



“eh, hari-hari kan aku memang macam ni?” keningnya berkerut.



“beria kau bersiap malam ni Shah? Sebab mamat tu ke?”



“mengarutlah kau!” pintu loker ditutup. Kunci dipulas sebelum ditarik dan disimpan ke dalam poket tracksuitnya.



“eleh! Malu-malu pulak?”



“shut up Yana!”



**********



“Shah!” Liyana menyiku Aisha di sebelahnya.



“amende?!” bengang. Tengah sedap melantak sosej masak sos, ada ke dia ni main siku-siku orang! Kacau betul!



“Look in front you!” Liyana memuncungkan bibirnya ke depan.



Matanya melirik ke depan. The three musketeers. Mereka bertiga sedang berjalan menuju meja yang menempatkan tray yang baru dibasuh.



“so?” Aisha menyoal apabila trio tersebut berlalu pergi jengkel. Mati terus seleranya.



“your sweetheart,”



“yucks!” dia mencapai potongan tembikai dan disuap ke dalam mulut. Sosej yang masih berbaki di pandang sepi.



Tiba-tiba kaki kirinya disepak. Dia memandang pada Nadira. Dahinya dikerut tanda bertanya.



‘depan kamu,’ Nadira menghantar isyarat senyap melalui matanya.



Perlahan-lahan pandangannya dialihkan dari kiri ke hadapan.



“awak okey?” lelaki dihadapannya tersenyum.



Aisha tergamam. Apa dia buat kat sini?!



“awak okey ke tak?” soalan sama diulang.



Bukan ke dia dah blah tadi lepas cuci tray?



“err, dia cakap tadi ada pening-pening sikit tadi,” Liyana dengan senang hati menjawab.



Aisha berpaling ke kanan. ‘apa kau merepek ni?’



“sorry pasal petang tadi,” pelipisnya digaru. “nah, ubat terkena bola petang tadi,”.



100 plus diletakkan dihadapannya.



“ni untuk both of your friends. Tolong jaga dia elok-elok ek?” dua batang aiskrim magnolia dihulurkan pada Nadira dan Liyana.



“really sorry pasal petang tadi, tak sengaja. Jangan risau, aku bukan balas dendam, aku tak pernah berdendam dengan kau,”



****************



“mangkuk! Kau bagi 100 plus je ke?” Adli menumbuk bahu Hafiz.



“dahtu, itu je yang macam okey. Takde benda yang fancy dijual dekat kedai kecik tu,” Hafiz menjawab malas.



“bagi la bunga ke, kad ke, barulah romantic!”



“celah mana aku nak cari bunga,kad kejadah tu semua?! Kita kan dekat dalam kem ni? bunga kertas dengan jenjarum banyaklah!”



“betul jugak,”



“dah dah, dah kena berkumpul dah tu, jomlah!” Jon meleraikan kedua sahabat yang tengah confuse. Apa-apa jelah!



*********



Matanya memandang pada segenap penjuru dewan makan tersebut. Para pelatih bertebaran di segenap pelusuk dewan tersebut. Masing-masing sibuk berbincang nak buat persembahan apa untuk malam penutup hujung minggu ni. Jurulatih pembinaan karakter yang tengah membebel di hadapannya dipandang sekali imbas. Selama sebulan lebih menghadiri kelas pembinaan karakter, akhirnya habis jugak modul ni. masuk kelas, buka buku modul, tulis ape yang kau buat the day before, dengar cikgu bebel, tengok video, borak discuss dengan kawan, cikgu membebel pastu tettttttt, habis! Hari-hari buat benda yang sama, bosan!



‘bilalah nak habis ni?’ satu keluhan keluar dari mulutnya.



“Shafiz, boleh tak?”



Hafiz tersentak. “apa cikgu?”



“kamu berangan ke apa? Ni ha, kamu jadi wakil untuk Pertandingan *jugel nanti boleh?” cikgu Tini bercekak pinggang memandangnya.



Erk?! Apsal aku?



“bolehlah ye?” cikgu Tini menaikkan kening sebelah.



“kalau saya jadi wakil kelas, boleh tak saya skip buat pesembahan penutup?”



“mana boleh!”suara beberapa rakan sekelasnya membantah.



“kalau macam tu, taknaklah saya masuk pertandingan tu,”



“ala..kau kan terrer!” segelintir lagi membantah keputusannya.



“macam nilah, kamu masuklah pertandingan tu, tak payahlah kamu buat persembahan malam tu,” cikgu Tini member kata putus.



“mana boleh!”



ada lagi yang membantah. Banyak bunyi betullah dorang ni!



“hah kamu! Tadi kamu juga yang cakap Shafiz ni terrer, sekarang kamu yang bantah! Nanti kalau saya pilih random, lepastu kalah, kamu juga yang bising!” ahhh sudah! Mula dah cikgu Tini membebel.



Seisi warga kelas yang berkumpul di tepi pentas terdiam.



“sekarang kamu fikir kamu nak buat persembahan apa. Kamu Shafiz, buat betul-betul malam tu, kalaulah bola tu melantun kena kepala Komander, siap kamu! Minumlah air kolam sampai kering!” cikgu Tini melontarkan tiga biji bolah getah yang kepada Hafiz.



‘apa-apa jelah cikgu,’ dia berkata dalam hati sambil menyambut tiga biji bola tersebut. Ketiga-tiga bola tersebut silih berganti melambung diudara sambil otaknya ligat memikirkan aksi-aksi akrobatik untuk pertandingan tersebut. Akrobatiklah sangat~



Sedang dia ralit dengan bola getahnya, tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang di sebelah sana pentas. Fokusnya hilang sekejap membuatkan ketiga-tiga bola tersebut melayang entah ke mana.



“adoi! Sakitlah !” bola tersebut melayang mengenai kepala salah seorang rakan sekelasnya



“urrr, sorry!” pantas bibirnya memohon maaf. Segara dia mengutip kembali bola getah tersebut.



Namun matanya masih memandang pada gadis yang sedang menongkat dagu dengan muka tak berperasaan tadi.



*********



“Assalamualaikum dan selamat petang semua!” Cikgu Kadir berdiri di hadapan pentas dengan kedua belah tangannya disilangkan ke belakang. Hiruk pikuk pelatih yang sudah berkumpul mengikut blok serta merta senyap.



“untuk pagi besok, macam biasa pukul 5.45 dah berkumpul di padang kawad. Aktiviti petang besok, Alpha dengan Bravo, tali tinggi. Untuk Charlie dengan Delta, *TTS. Tali tinggi, pakai full celoreng, yang TTS pakai *half celoreng,”



Seisi dewan masih sunyi. Takde siapa berani bersuara bila cikgu Kadir berucap. Jurulatih paling garang kot!



“okey, tugasan berjaga malam ni. untuk wira, blok foxtrot , Ignacius Jongkee dan Jeremy Ho,”



Dua orang wira berjalan pantas berdiri di hadapan cikgu Kadir.



“Golf, Firdaus Hassan dan Helmi Yaakop,”



Dua lagi wira keluar.



“Hotel, Mohd Amran Isa dan Mohd Hadi Ilyas,”



Amran dan Hadi keluar.



“Alpha. Chew Chu Meng dan Anthony Xavier Joseph,”



dua wira dengan warna kulit kontra keluar menghadap.



“Bravo, Mohd Shafiz Zeffri dan Jonathan Antoneus,”



Hafiz dan Jon slap hi five senyap-senyap. Adli buat muka menyampah.



Sepuluh orang wira sudah berdiri di hapadan cikgu Kadir.





“wirawati, Oscar,Madelline Wu dan Shellina Yeoh,”



Dua orang wirawati berlari anak menuju ke hadapan.



“India, Khalisah Abdullah dan Mas Zalia Samat,”



Kelly si perempuan gedik dan Zek si perempuan tomboy keluar. Sungguh kontra perangai dua ekor ni!



“Juliet, Nur Ain Ismail dan Ezzy Ehsan,”



Dua kepala bertudung bergerak dari celah-celah wirawati blok Juliet.



“kilo, Intiravaty Arumugam dan Jenniffer Jon,”



Wirawati tersebut keluar.



“Lima, Aisha Hazyrah Adnan dan Jenelyn Fernandez,”



Hafiz yang tengah menahan ngantuk serta merta segar. Derap langkah dua wirawati tersebut mati tak jauh darinya. Dia menjeling dengan hujung mata. Jelas kerutan di dahi gadis tersebut.



“saya bagi masa lima minit, tukar full celoreng lepastu lapor diri dekat office. Lambat saya campak kamu dalam kolam sana!”



Tu dia! trademark cikgu Kadir! Kolam sudah mari!



“sekarang pergi!”



Kesemua pelatih tersebut berpusing dan berlari pulang ke blok masing-masing. Namun Hafiz sempat menjeling pada gadis dari blok lima yang membuatkan rasa mengantuknya hilang. Gadis tersebut memandangnya dengan pandangan tak percaya.



Kebetulan, eh?



*TTS- tempur tanpa senjata


jugel- lambung 3 biji bola, macam ahli silap mata tu~



Half celoreng – baju PT dengan seluar celoreng sekali dengan but.



p/s: tak tahulah betul ke tak tapi askar ni signature dish dorang sosej masak sos ke? kalau bace blog Jasni (catatan seorang askar dekat bloglist) ada gak mention pasal benda alah ni, hehe~



p/s/s: sape satu kem dengan saye mesti kenal cikgu Kadir!



p/s/s/s: ade personal blog, haha! ( gedik)



klik suka suki!







Have a nice day everyone!