Beg tangan yang tersandang di bahu
dibetulkan letaknya. Telunjuk kanannya dipusing pusingkan bermain dengan cincin
rantai kunci keretanya. Di dalam kepalanya berlegar-legar apa yang patut dia
masak hari ni. Selalunya dia masak benda yang ringkas dan Zahran pun jenis yang
main telan apa yang ada.
Sebaik sahaja dia terpandang pada
Viva miliknya, langkahnya semakin perlahan. Dia ternampak ada seorang lelaki
sedang bersandar dikeretanya siap berkaca mata hitam dan kedua belah tangannya
di seluk ke dalam poket seluar.
Giginya diketap apabila dia dapat
menangkap wajah lelaki itu.
“ Hai.” Kaca mata hitam ditolak dan
diletakkan pada kepalanya.
“ Kau nak apa? Kenapa kau datang
sini?”
“ Aku nak jumpa kau.”
“ It’s
over, Naqib.” Dia berjalan menuju pintu pemandu namun dihalang lelaki itu.
“ Kau nak apa ni? Tepilah!”
“ Tolonglah kali ini je.”
“ Aku cakap, tepi!”
“ Sepuluh minit je.”
Izza memejamkan matanya sambil
menarik nafas dalam. Apa yang patut aku buat sekarang?
***
“ Lama kita tak jumpa.”
Izza sekadar menjeling pada jam
tangan dipergelangan tangan kirinya tanpa memandang sedikit pun pada Naqib yang
duduk dihadapannya. “ Lagi sembilan minit.”
“ Izza.”
“ Masa tetap berjalan, Naqib.”
Naqib tersengih. “ Janganlah serius
sangat.”
“
Kalau kau sekadar nak buang masa aku, aku pergi sekarang.” Izza menolak
kerusi yang didudukinya itu. Bersiap
sedia untuk berdiri dan beredar dari kafe yang terletak tak jauh dari
pejabatnya.
“ Okey, okey, aku cakap.” Naqib
memanjangkan tangannya menghalang Izza dari terus bergerak.
Izza kembali duduk.
Naqib memandang pada Izza yang
tengah bermain dengan jemarinya di atas meja.
“ Lima minit lagi.”
Naqib menarik nafas dalam. “
Kau…okey?”
“Macam yang kau nampak, aku sihat, tak ada apa
yang hilang.”
“
Ttch.” Naqib ketawa kecil. Sejak bila dia jadi sarkastik ni? “Kenapa kau tak
cakap sepatah pun lepas kita…”
“Benda
tu dah lama dah, kenapa kau nak bangkitkan benda ni?” Izza mengerutkan dahi.
“I just curious. I didn’t expect that we
became strangers so easily.”
“Then what did you expect? I’m crying like no
tomorrow, kneeling in front of you begging for you love which is all lies and
disturbing your daily life with your ‘loved’ one? Macam
tu?” Suaranya sedikit tinggi. “Oww man,
I’m not that stupid.” Dia menghela nafas. “ And you expect that I will dig every single information about you guys
and start destroying your relationship?” Keningnya dinaikkan. “Oh, sorry mister, I’m not interested with
your personal life.”
Naqib
terdiam. Tersentak dengan kata-kata yang keluar dari mulut Izza. Dia bukan
macam ni sebelum ni. “You changed a lot.”
“Pain makes people change.”
Naqib
terdiam mendengar kata-kata yang dilontarkan Izza itu.
“
Kenapa diam? Bukan kau ke yang beria-ia sangat nak jumpa aku?” Izza meneguk air
kosong sejuk dari dalam gelas dihadapannya.
“Do you love him?”
“Sudahlah
Naqib, kita ada jalan hidup masing-masing. You are someone husband and I am
someone wife, stop stalking each other life. Aku harap benda ini semua berakhir
sampai sini saja.” Izza menyandang beg tangan dibahu. Bersedia untuk beredar.“
Aku gerak dulu, minta maaf banyak-banyak kalau ada salah silap aku dekat
kau.”
“
Kau tak jawab lagi soalan aku.”
“
Yang mana?”
“ Do you love him?”
Izza
menghela nafas. “Yes I do and I’m happy
with him. Assalamualaikum.” Dia melangkah pantas menuju kereta yang
diparkir tak jauh dari kafe tersebut. Cepat-cepat dia memandu pergi dari kafe
tersebut. Entah kenapa, kedua belah matanya terasa panas.
***
Tangan kirinya menarik brek tangan.
Matanya dilirikkan pada Sylphy berwarna putih yang terparkir elok di
hadapannya. Dia dah balik?
Cepat-cepat dia menyapu kedua belah
matanya dan hidungnya. Dia mencapai beg tangan dibawah kaki dan disandang ke
bahu. Nafas dalam ditarik sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.
“ Eh, balik dah?” Zahran yang sedang
berdiri di pintu dapur dengan mug ditangan menyoal. Lelaki itu masih dengan
baju kemeja kerjanya menandakan dia pun baru pulang dari kerja. “ Kata balik
lewat?”
Izza menjeling sekilas pada Zahran
sambil menelan air liur. “ Tak jadi.” Suaranya sedikit sengau. Ah sudah, suara
aku dah jadi lain. “ Naik dulu.” Cepat-cepat Izza berlalu dan menapak naik ke
tingkat atas.
Zahran yang tengah meneguk jus
mengerutkan dahi. Adakah aku salah dengar? Kenapa aku rasa suara dia macam
sengau? Lagi satu, kenapa mata dia nampak sembap dan hidung dia merah? Macam
lepas nangis.
Dia berlalu ke dapur dan membasuh
mug yang digunakan tadi sebelum menapak naik menuju bilik tidur ditingkat atas.
Dia memulas tombol pintu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Dia nampak
yang Izza sedang duduk berteleku di birai katil dengan rambutnya dibiar lepas
menutupi wajahnya.
Pelahan-lahan dia duduk disebelah
isterinya itu. Dia macam ternampak yang bahu Izza ternaik sekali-sekala. “ You
okey?”
Izza sekadar mengangguk.
“ You okey tak?” Zahran menyoal buat
kali kedua, tak yakin dengan jawapan yang diberikan Izza itu.
Kali ini Izza terdiam. Tak mampu
menjawab soalan daripada Zahran. Matanya dipejamkan.
Zahran memegang kedua belah bahu
isterinya itu dan dipusingkan agar menghadapnya. Dia kemudiannya mengangkat
dagu Izza sebelum menyelak rambut yang menutupi wajah isterinya itu dan
diletakkan dibelakang telinga.
“ Kenapa ni?” Zahran menyoal apabila
dia lihat wajah Izza basah dengan air mata.
“ I’m sorry.” Matanya masih terpejam.
“ Pandang I.”
Dia terasa jemari kasar milik Zahran
menyeka air mata yang mengalir dipipinya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.
Zahran sedang memandang tepat ke dalam matanya. “ I’m sorry.”
“ Untuk apa?” Dahi Zahran berkerut.
Kenapa dia macam ni? Aku ada buat salah ke?
“
I’m sorry.” Tersedu. “ I’m sorry.”
Airmata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua. “ I’m sorry.”
“ Cakap dengan I, kenapa?”
“ I nak minta maaf…..” tersedu.
“…..sebab…..sebab….” Izza tak dapat meneruskan kata-kata apabila sedu makin rancak.
Zahran melepaskan nafas. Dia menarik
lembut kepala Izza dan diletakkan dibahunya. “Let it out.” Tangan kirinya mengusap lembut pada belakang
Izza manakala tangan kanannya dilarikan
dicelah-celah rambut ikal milik isterinya itu.
Zahran tak tahu berapa lama mereka
berkeadaan begitu. Yang dia tahu, bahu kananya terasa semakin hangat dan
lembap.
What
happen to you, wifey?
***
Belakangnya disandarkan pada kereta.
Lengan kemejanya dilipat ke paras siku. Sesekali dia menebarkan pandangannya ke
kawasan tempat letak kereta itu.
Tag Heuer di pergelangan tangan kiri
dijeling sekilas. Sudah setengah jam dia berdiri disini tapi batang hidung
orang yang dia cari masih belum nampak.
Kedua belah tangannya disilangkan ke
dada. Sesekali dia menyanyi kecil, menghilangkan rasa bosan.
Tak lama kemudian, dia nampak
kelibat orang yang dicarinya sejak tadi. Kakinya melangkah mendapatkan lelaki
berbaju kemeja kuning yang sedang berjalan tak jauh dihadapannya.
Dia menyentuh lembut bahu lelaki
yang tengah sibuk menyeluk sesuatu dari dalam poket seluarnya.
“ Naqib, kan?”
Lelaki itu mengangguk dengan kening
berkerut.
“ Zahran.” Tangan kanannya menghulur
salam. “I need to talk to you.”
***
“ Minum?” Zahran
mengisyaratkan tangannya pada Naqib agar menenguk espresso yang terhidang di
atas meja tersebut.
Naqib sekadar mengangguk.
Zahran meneguk chai tea miliknya perlahan-lahan. Matanya masih tak lepas daripada
memandang pada Naqib dihadapannya.Dia memesan teh petang ini agar dia dapat
relaks buat seketika. Dia sengaja pesan espresso
double shot buat lelaki dihadapannya ini tanpa menyoal apa yang dia
nak. Kalau ikutkan, nak aje dia pesan triple shot kalau boleh. I want you to taste the bitterness of life. Heh.
“ Tak minum?”
“ Tak apa.”
Sunyi mengisi ruang di antara mereka
walaupun suasana di dalam The Coffee Bean Empire Shopping Mall ini tak adalah
sunyi mana.
Kini, kedua-dua lelaki ini sedang
sibuk melawan pandang.
“ Kata nak cakap something tadi, apa
dia?” Naqib terlebih dahulu memecahkan sunyi di antara mereka.
Zahran meletakkan cawan tehnya di
atas meja.“ Aku rasa kau mesti tahu sebab apa, kan?”
Naqib mengangkat kening. “ Pasal
dia, kan?”
Mengangguk.
“ Itu hal aku dengan dia, kau tak ada
kena mengena dengan hal ni.”
“ Ttch.” Zahran menarik senyum
nipis. “ I’m her husband, for your
information.”
“ So?”
“ Lepas apa yang kau dah buat dengan
isteri aku semalam, kau nak aku buat apa?” Keningnya dinaikkan. “Do I have to smile as if nothing happened?”
“Just
mind your own business.”
Zahran memejamkan matanya sambil
menggenggam penumbuk di bawah meja, cuba mengawal amarahnya. Kalau bukan dekat
tempat awam, memang dah lama dia ni aku kerjakan. Matanya dibuka
perlahan-lahan. “I always mind my own
business…” Dia memandang tepat pada Naqib“… but someone already interrupted my business.” Dia menuturkan dalam
nada rendah.
Matanya Naqib memandang ke sisi,
mengalihkan pandanganya dari terus memandang Zahran yang tengah merenungnya
dengan pandangan menakutkan. “ Jadi, kau nak berlagak jadi protective husband la ni?”
“Yes
I am.” Zahran menelan liur. “Come
one, mana ada suami yang tak marah bila ada lelaki lain usik isteri dia.”
“ Aku tak sentuh apa-apa pun, okey!”
“Maybe
not physically…” Zahran menuturkan. “…but
mentally yes. Itu lagi menyakitkan kau tahu.”
Naqib menyilangkan kedua belah
tangannya ke dada dan bersandar di kerusi. Dia tak berani nak bersuara sebab
memang dia yang salah.
“ Apa lagi yang kau nak dari dia?
Dia dah biarkan kau hidup tenang dengan pilihan kau, tak boleh ke kau biarkan
dia hidup dengan tenang?” Zahran cuba mengawal nada suaranya. “ Sepatutnya kau ambil
berat pasal diri kau sendiri, keluarga kau sendiri sebelum kau ambil berat
pasal orang lain.”
Naqib masih lagi terdiam.
“ Aku malas nak panjangkan benda ni,
dan aku pun malas nak cari pasal dengan orang.” Zahran meneguk teh miliknya. “ Jangan
cari dia lagi, kau dah ada jalan hidup kau sendiri dan dia pun dah ada jalan
hidup dia sendiri..” Bibirnya dikesat dengan tisu. “ Cukup-cukuplah dengan apa
yang kau dah buat dengan dia dulu, dia dah cukup terluka dengan benda tu dan
jangan kau tambahkan luka itu lagi.” Kunci keretanya yang tersadai di atas meja
dicapai. “I warn you.”
Zahran menolak kerusinya dan terus
berdiri. “ Sebelum aku terlupa, aku nak pesan sesuatu. Dia membetulkan lipatan di lengan bajunya
sambil matanya masih tak lepas memandang Naqib yang masih membisu.
“You
should let her go from your life just like she let you go from her life.”
p/s: comments are most welcomed :)