Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Friday, April 15, 2011

biru 5



Beret dicampakkan ke atas selimut hijau lumut hak milik kerajaan yang kasar macam karpet yang memang tak pernah berusik. Tali pinggang medan disangkutkan ke bahu. Tangan kirinya menyeluk poket seluar celoreng untuk mencapai gugusan kunci mangga. Hiruk-pikuk suara pelatih dalam blok tersebut tidak dihiraukan.



“eh, balik dah? sekejapnya lapor diri?” Liyana yang baru balik dari toilet tiba-tiba bersuara.



Aisha memandang pada sahabatnya sekilas. Mangga di campak atas katil. Tali pinggang medan di simpan dalam locker kecil tersebut.



“dahtu, takkan nak duduk sana berjam-jam kot? Duty aku pukul empat kot,”



Apelah nasib dapat last duty ni. tengah sedap-sedap tidur pastu kena berjaga pulak. Dahtu nasib orang duty last ni kena kejut semua orang. Haih, kan best dapat first duty. Habis pukul satu lepastu tidur manjang sampai pagi esok , takyah bangun awal sebab boleh skip PT pagi secara rasminya. Advantage kalau kena duty; tak payah attend PT pagi! Hoooyeah!



“aku rasalah kan, kau dengan mamat tu memang ada jodohlah,”



“mamat mane pulak ni,”



“yang bagi kau 100 plus tu,”



“weyh mulut!” tangannya lincah membuka butang baju celorengnya. Terserlah t-shirt biru laut yang dipakainya tadi. Aisha duduk di birai katil. Ikatan tali butnya dileraikan. Stoking bercop Khidmat Negara kelabu paras betis ditanggalkan.



“kau tahu, banyak benda yang jadi mesti ada link antara kau dengan dia,”



Aisha diam. malas nak melayan.



“ke kau ada rahsia dengan dia? kau tak bagitahu aku dengan Nad, kan?” Liyana tiba-tiba bersuara excited.



“sibuklah kau!” tuala dicapai dari kepala katil. Kakinya menyarungkan selipar jepun.



“iye, kan?” Liyana sudah bercekak pinggang.



“apa-apa jelah! Aku nak gi toilet ni. melayan kau, sampai esok pun tak sudah!”


*******


Sentuhan dikakinya membantutkan mimpinya. Perlahan dia berkalih ke kiri, dan membuka sedikit kelopak matanya. Di sisi katilnya, berdiri satu lembaga sederhana tinggi.



“bangun, duty,”



Entah mengapa otaknya lambat mencerna bait-bait kata yang baru didengarinya tadi.



“bangunlah, duty!” suara yang sama kembali memecah gegendang telinganya.



‘Oh, aku kena berjaga la!’hatinya berdesis. Dia duduk dibirai katil dan mengucapkan terima kasih pada wirawati blok India yang baru habis duty. Matanya ditala pada katil Jen dalam samar cahaya lampu koridor. Si Jen pun baru terbangun. Segera dia mencapai baju celoreng. Nasib dan siap-siap pakai seluar celoreng. Takpayah nak tukar seluar dalam gelap dan menyenangkan orang yang duty sebelumnya mengejutkan dari tidur.



“Jen, aku pergi bilik air kejap, cuci muka,”



“kejap, aku mau ikut sekali,” Jenelyn yang baru selesai mengikat tali but sudah berdiri.



Aisha mengorak langkah pabila Jenelyn sudah berada di belakangnya. Mereka berjalan penuh berhati-hati, bimbang mengejutkan mereka yang tengah tidur. Apabila sudah berada di muka pintu, tangan kanan Aisha memulas tombol pintu tersebut.



“Opocot mak kauuu!” sebelah tangan menggosok dada. Sebelah lagi menekup mulut.



“ada apa bah?” suara cemas Jenelyn menerpa cuping telinganya.



“anjing,”



Jenelyn menjenguk keluar. Seekor anjing coklat melintasi pintu.



“sudah pergi. Kau ni, bikin aku terkejut saja!”



“aku takut anjing,”


*********


Matanya melihat sekilas pada jam di dinding bangunan urusetia. Lagi lima minit pukul empat pagi. Walaupun kena bangkit pepagi buta, mata Shafiz tetap segar. Dia memandang pada Jon apabila sahabatnya itu menyiku.



“sakitlah bengong!!”



“aku taulah kau nak jumpa pujaan hati kau, tapi tak payahlah buat muka bahagia kau tu!”



“siapa pujaan hati aku?” keningnya diangkat.



“tu,” mulutnya diherotkan pada dua orang wirawati yang menapak mendekati mereka. “the one yang pakai tudung,”



“banyaklah kau!”



Mata dua orang lelaki yang lengkap beruniform itu menyoroti langkah dua orang wirawati yang baru datang dengan muka baru bangun tidur.



“hah, kamu wirawati! Lambat,” Cikgu Kadir yang tengah duduk bersandar bersuara kuat. Actually dia cakap pakai volume biasa-biasa pun dah memang kuat dah pun~



“mana ada cikgu, belum pukul empat lagi,” Jenelyn menjawab sambil tangannya menulis sesuatu pada buku laporan.



Si gadis yang bertudung hanya diam.



Cikgu kadir menghalakan pandangannya yang macam sinar laser pada Hafiz dan Jon.



“kamu wira, apa dalam poket seluar kamu tu?” telunjuknya diarah pada Shafiz.


Aku ke? “ni bola cikgu,” dia mengeluarkan tiga biji bola dari poket seluarnya.



“kamu buat apa dengan bola tu? Mari sini biar aku tengok!”



Muka Hafiz cuak. “cikgu nak ambik ke? janganlah, saya pinjam ni,”



“cikgu nak cubalah! Pinjam sekejap kamu punya!”



Muka yang tadinya cuak bertukar jernih. “oh, nah cikgu,” dia hanya melihat cikgu Kadir melambung-lambungkan ketiga-tiga biji bola tersebut. Si Jon dengan si Jen baik pulak melayan cikgu sorang ni macam mana nak jugel bola. Sekali-sekala dia jadi tukang kutip bola yang tergolek ke lantai.



Hafiz mendekati gadis bertudung yang dari tadi tersenyum sambil memeluk tubuh. Namun dalam senyuman tersebut, nampak juga muka mengantuknya.



“ngantuk?”



Riak gadis tersebut sedikit terkejut. “takdelah!”



Hafiz tergelak kecil. “muka kau obviously ngantuk,”



Gadis tersebut hanya jongket bahu sambil matanya tak lepas memandang cikgu Kadir yang tengah melambung-lambung bola.



“aku pelik, kau yang aku kenal dulu banyak cakap macam mak nenek, tapi sekarang…..,” kata-katanya terhenti apabila sebiji bola tergolek pada kaki si gadis.



“kau wirawati! Tak polish but ke? kotor!” Cikgu Kadir macam nak terjojol biji matanya bila tengok kasut pelatihnya kotor.



“tak cikgu, hari-hari polish tapi jalan kat bawah kan tak bertar, habis berdebu,” gadis tersebut menjawab tenang.



“entah cikgu, cuba tengok! Kilat saja ni bah!” telunjuk Jenelyn dilalukan pada hujung but miliknya. Nyata lapisan debu meliputi kasut butnya . bahagian yang tak berdebu nyata berkilat



Hafiz yang tadi memandang pada cikgu Kadir kembali memandang gadis disebelahnya.



“kau tak banyak cakap sekarang,”



Gadis tersebut diam.



“Aisha?” Hafiz memanggil nama gadis tersebut. Perlahan.



Masih diam.



“Aisha!” kakinya menendang perlahan but gadis di sebelahnya.



Nyata Aisha tersentak.



“kau ada masalah ke?” keningnya dinaikkan.



Gadis tersebut merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.



“kau…” belum sempat dia menghabiskan kata, cikgu kadir mendengus kuat. Diiringi ketawa Si Jen dengan Jon.



“aku tak reti! Dah, pergi meronda sana!” cikgu kadir mengarah.



Dengan langkah longlai, Hafiz mencapai torchlight di meja berdekatan apabila cepat sahaja gadis disebelahnya tadi bergegas mengambil torchlight di meja dan menapak menuju blok wirawati. Tangannya menyambut huluran bola dari jurulatihnya sebelum matanya melirik pada gadis bertudung yang berjalan pantas dalam samar cahaya malam.



'dia macam tak peduli benda sekeliling...macam hidup dalam dunia sendiri.. kenapa ek?'



******



Aisha berdiri di tepi dewan yang sesak dengan pelatih-pelatih dan jurulatih. Malam penutup modul pembinaan karakter rancak berjalan. Kakinya menguis lantai. Bosan. Giliran kumpulannya menbuat persembahan sebentar lagi, lepas pertandingan jugel berakhir.



“Shah! Kau cuba tengok pentas sekarang!” entah dari mana entah sahabatnya yang berdua datang terjah.



“apsal?” keningnya berkerut.



“tengok pentas!” tangan Nadira dah hinggap di kedua belah pipi Aisha dan mengarahkan agar Aisha memandang pentas.



“OMG! He’s gorgeous!” Liyana mengguman sendirian.



Apakah? Ada ke orang jugel pakai baju melayu siap bersampin bagai?



Lincah tangan jejaka tersebut melambung-lambungkan tiga biji bola ke udara silih berganti. Dia yang berbaju melayu biru tua itu nampak lebih outstanding dari yang lain. Nadira dan Liyana tak habis-habis bersorak dari tadi.



‘setakat jugel je kot! Gaya macam tengah tengok orang bergusti jek,’ Aisha menuturkan dalam hati. Matanya masih melekat pada mereka-mereka yang tengah khusyuk menunjukkan skil masing-masing.



Si baju melayu biru tua tiba tiba menunduk. Lebih spesifik, macam rukuk. Salah satu bola mendarat di belakangnya.



Apakejadahnya ni? nak sembahyang ke? elok dah menghadap kiblat tu!



Jejaka tersebut berpaling padanya. Mengenyitkan mata padanya sebelum menghayunkan badannya ke bawah untuk melontarkan bola kembali ke udara dan menyambung kembali melambungkan bola-bola ke udara. Sorakan bergema.



Aisha ternganga. Mengigau ke apa mamat ni?



7 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

aisha ada masalah?
wohooo.

ihaaz said...

waa...

ske3

farah amanina said...

wahhh!!!! best2.. sambung2.. heheh

just KD said...

sambung lg ye..hihihihiii..

kila said...

aisha change msti sbb dye lonely kan..family dye dah xde

Outv gb said...

mata kat sini dah bersinar
i tq u <3

Akmaliah Azmi said...

bile nak smbg? xsabar nih...