Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Monday, August 8, 2011

percaya padaku - sesi suai kenal



Peluh mula merenik di celah-celah anak rambut walaupun keadaan dalam bilik itu bukanlah panas mana. Pen di tangan kanan melakar entah apa di dada kertas. Tangan kirinya digenggam erat di bawah meja.



Slide show yang terhampar di layar putih dihadapannya hanya dipandang sepi. Suara pembentang sayup-sayup sahaja ditelinganya.



Teh dihirup.



Seminit dua berlalu.



Keadaan masih sama seperti tadi.



Tak boleh jadi ni, nak tak nak kena keluar sekejap.



“ Excuse me.” Punggungnya diangkat dari kerusi sambil mengangguk kepada lelaki disebelahnya.



***



Satu per satu anak tangga dipijak. Matanya memandang pada butiran ayat yang tercetak di atas surat tersebut.



Apabila sampai ke anak tangga paling atas, dia kembali mendongak. Berjalan menuju mesin faks yang terletak di dalam bilik admin sebab nak faks surat ni.



Dan bila dia tiba di hadapan bilik mesyuarat bersebelahan bilik admin itu, hampir dia terlompat apabila ada seseorang yang keluar dari bilik itu.



Refleks dia memegang dada. Haish, nasib baik tak tercabut jantung aku!



“ Toilet mana?”



Dia memandang lelaki tinggi itu. Eh, tak pernah nampak pun?



Berdeham. “ toilet mana?” tangan kirinya memegang perut.



“ Sana.” Tangannya ditunjuk pada satu arah.



“ Thanks.” Tanpa nada.



Senyumannya mati apabila lelaki itu berlalu. 'Eh pakcik, senyumlah sikit. Tau la muka tahan ‘melabur’, kut iya pun senyum la pada juru pandu arah kau ni.' Dia membebel dalam hati.



Matanya membaca pada kertas yang tertampal di pintu bilik mesyuarat.



Meeting projek baharu?



Patutlah tak pernah nampak muka, client rupanya.



Dia kemudiannya meneruskan langkah kaki menuju bilik admin disebelah bilik mesyuarat itu.



***



Fail-fail dicampak di atas tempat duduk belakang Viva miliknya. Dah pukul lima, haruslah pulang ke rumah. Lagi-lagi bila masa tak banyak kerja macam ni. Haha.



Dan apabila dia mengangkat wajah, dia menangkap sepasang mata sedang melihatnya tak jauh dari tempat dia berdiri.



Oh, dia tadi. Dah habis meeting la tu nampaknya.



Dia melemparkan senyuman pada lelaki itu.. Standard nak jaga client. Kang cakap pekerja syarikat sombong, terus tarik balik job. Haru aku tak makan.



Lelaki berkemeja ungu gelap itu memandangnya buat beberapa saat sebelum menerobos masuk ke dalam Sylphy putih disebelahnya.



“Hello encik ‘mana toilet?’, kau patut berterima kasih dekat aku tau! Kalau tidak, berterabur depan bilik mesyuarat tadi tau!” Mengomel sendiri.



Dia tu memang tak reti nak senyum ke?



p/s: yeap, i addicted dengan lagu ungu tu.



5 comments:

~ZYX~ said...

menarik...
taktau lg name watak2...huhu..
smbg lg...

just KD said...

cam sedap jer cter ni,rase nak lg..

ruli ruliah said...

ehem..ehem...n3 br!! suke2.

NS said...

mula-mula baca pun da rasa crita best. keep it up :)

kleo said...

best la kak faz! ngeeee :D
Akak tak pernah menghampakan. saya enjoy gila SMT dulu!