Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Monday, August 22, 2011

percaya padaku-3



“Abangku sayang………”



Zahran angkat kening. Dia masih lagi setia memandang televisyen sambil sebelah tangannya menekan punat remote controller.



“ Keluar jom.” Zahra yang kini sudah melabuhkan punggung disebelah mencuit-cuit lengan abangnya itu.



“ Tak nak!” Laju Zahran membalas.



Cuitan bertukar menjadi pukulan kasar. “ Teruknya!”



“ Malas la.” Mendengus. “ Janganlah pukul abang, sakit tau!” Tangan kanan adiknya yang sejak dari tadi menampar-nampar lengannya dicapai. Menghentikan segala perbuatan adiknya itu padanya.



“ Abang tak sporting. Memang patutlah abang membujang sampai sekarang.” Zahra merampas remote ditangan abangnya itu dan menukar siaran televisyen.



Zahran menggeleng. “ Teruknya cakap abang sendiri macam tu.”



“ Memang pun.”



“ Merajuk la tu.”



Zahra diam. Malas nak layan abang.



“ Perasan kecik lagi la tu. Nak merajuk bagai.”



Diam lagi.



Zahran jongket bahu.



“ Abang!”



Dua kepala serentak berpaling ke belakang walaupun panggilan itu jelas hanya untuk Zahran seorang.



“ Iye ma, ada apa?”



“ Tolong hantar mama sekejap, mama nak pergi somewhere. Ayah kamu tak balik- balik pulak. Tadi katanya nak betulkan kereta. Boleh ye?”



Zahran menjeling sekilas pada adiknya disebelah. Perlahan dia mengangguk.



Terus bulat mata Zahra.



‘ Next week abang janji bawak Zahra pergi jalan-jalan!’ Zahran menuturkan tanpa suara.



***



“ Duit minyak.” Izza menadah tangan pada lelaki yang tengah melonggarkan seatbelt disebelah.



Izzat terpinga-pinga memandang adiknya itu.



“ KLIA dengan Shah Alam tu jauh kut.”



Kening Izzat berkerut. Apasal emo semacam aje adik aku sorang ni? “ Kejap la, abang baru aje balik ni. Ke Izza nak duit dollar Singapore? Senang sikit abang tak payah tukar nanti.”



Izza menjulingkan mata sebelum keluar dari Viva miliknya itu.



“ Ni kenapa nak mengamuk ni?” Izzat bercekak pinggang selepas menutup pintu kereta adiknya itu. Kalau bukan sebab bini aku outstation jugak, takdenya aku suruh kau ambik aku dekat airport.



Izza merungut sendirian. Dia pun tak tahu kenapa dia jadi moody semacam. Marah pasal Naqib tak habis lagi kut. Mata Izza mencerun memandang sebuah kereta putih yang diparkir dihadapan rumah milik keluarganya itu. Ni kereta siapa pulak yang menyemak depan rumah ni? Tak tahu ke dia dah menghalang laluan aku nak parking? Tak pasal-pasal aku kena parking jauh-jauh.



“grrr!” Izza mengacah mahu menyepak bahagian belakang kereta itu. Kalau sepak betul-betul nanti, berbunyi karang orang ingat aku nak curi kereta pulak. Izza teruskan berjalan.



Tiba-tiba, pintu bahagian pemandu terbuka. Dan Izza tak sempat mengelak.



Kedebuk!



“Mak!!!”



Izza tertiarap bersebelahan dengan kereta itu. Huuuu, sakitnya!



“ Izza!!!!!” Izzat berlari pantas mendapatkan adiknya yang tengah tertiarap di atas jalan tar.



Muka Izza berkerut. Sakit plus malu plus nak mengamuk. Siapalah yang kurang ajar sangat keluar kereta tak tengok manusia yang lalu lalang dekat sebelah kereta?



Izza mengangkat kepala. Dia ternampak ada dua pasang kaki bertinggung disebelahnya. Dan dua pasang kaki kini bertambah menjadi berpasang-pasang kaki.



Okey, kalau buat-buat pengsan boleh tak? Malu ni, ramai pulak yang tengok.



“ Izza? Okey tak ni?” Izzat membantu adiknya bangun.



Perlahan-lahan Izza bangkit. Namun, bukan terus berdiri. Duduk melunjur di atas jalan tar yang panas itu.



“ Awak okey? Sorry, tak perasan tadi.” Satu suara asing bersuara.



Matanya dihalakan pada empunya suara tadi. Eh?



“Izza, okey tak sayang?” Mak kini bertinggung di sebelahnya.



“ Izza…” Suara abah pula menyapa.



Mengangguk. “ Tak ada apa.” Matanya melihat orang-orang yang mengerumuninya. Abang Izzat, mak, abah, seorang makcik tak dikenali dan encik ‘mana toilet’ itu. Banyaknya orang. Oh!



Belakang tangan kanannya dibawa ke dagu. Konon nak membuang sisa kerikil yang melekat. Namun apabila dia melihat tangannya…



“ Alamak..” Izza menuturkan sendiri.



“ Ya Allah! Apa abang dah buat dekat anak dara orang ni? Sampai berdarah-darah ni ha!” Makcik yang tak dikenali itu bersuara lantang. Tengah marah encik ‘mana toilet’. Jadinya, makcik ni emak kepada encik ‘mana toilet’ ni.



“ Abang tak perasan tadi…”



“ Mana boleh tak perasan! ”



“ Saya tak apa-apa makcik. Sikit aje ni.” Izza terlebih dahulu bersuara. Kang tak pasal-pasal ada juga anak orang yang kena bambu tetengah alam ni. Dia kemudiannya berdiri. “ Tengok, boleh berdiri dah!” Izza menuturkan dengan tawa kecil. Tak mahu makcik yang berdiri disebelah mak ini rasa bersalah. “ Luka ni sikit aje. Tampal plaster eloklah nanti.” Dia tersenyum. Tak mahu menjadi pencetus pergaduhan emak-anak lelaki yang kedua-duanya tak dikenali.



“ itulah, marah-marah dekat abang tadi. Padan muka!” Izzat mencelah.



Izza membulatkan mata.



“ Sorry.”



“It’s okay.” Izza mengangkat tangan. “ Saya masuk dulu.” Cepat-cepat Izza melangkah masuk. Malu satu hal, panas satu hal, tak tahan renungan maut encik ‘mana toilet’ tu pun satu hal.



***



“ Abang berangan ke apa tadi sampai tak perasan orang lalu? Anak dara kawan mama pulak tu!”



Zahran hanya diam. Matanya masih dihalakan pada dada jalan. Siku kanannya disandarkan pada tingkap.



“ Abang, mama cakap dengan abang tau!”



“ Iye ma.”



“ Mata tu letak mana sampai tak perasan?”



“ Abang tengah cakap dengan telefon tadi…..”



“ Mana telefon tu? Biar mama campak keluar tingkap kereta ni!”



Zahran menghela nafas. “ Jangan la mama. Abang janji, benda macam ni takkan jadi lagi.”



“ Iye la tu.”



***



Izza tengah khusyuk meneliti draft report salah satu projek dibawahnya ketika Shaza tiba-tiba memanggil namanya.



“ Kak Izza.”



Izza mendongak tanda bertanya.



“ Ada orang nak jumpa.”



“ Siapa?”



Shaza jongket bahu sambil tersenyum. “ Cepatlah, dia tunggu dekat atas.”



Izza mengangguk dan berlalu ke tingkat atas. Luka didagunya disentuh perlahan. Sakit dah hilang, cuma lebam aje yang masih teruk. Dia terbayang muka semua orang dalam pejabat ni bila dia datang pagi tadi. Pelik semacam. Bukannya aku kena dera dengan parents pun.



Izza menjengah-jengah apabila sampai di tingkat atas. Siapa nak jumpa aku ni? Mana dianya?



“ Aiza, tadi Shaza kata ada orang nak jumpa. Mana orangnya?” Izza bertanya pada Aiza, receptionist syarikat yang baru selesai menjawab panggilan telefon.



“ Ada tadi…..ha, itu dia!” Aiza menunjukkan pada seorang lelaki yang tengah tercegat diluar pintu kaca.



Izza terkedu lima saat.



“ Akak, pergilah buka pintu tu!”



Suara Aiza mematikan lamunannya. Perlahan dia berjalan menuju pintu kaca yang memisahkan pejabat dengan dunia luar. Access card disentuh pada detector di sebelah pintu.



Pemengang pintu ditolak dengan tangan kiri. Izza melangkah keluar apabila lelaki itu kelihatan macam tak nak masuk ke dalam.



Lama dia memandang lelaki yang berkemeja hitam itu. Matanya menjeling pada ID card tergantung di dada lelaki tinggi itu.



Ahmad Zahran



Okey, sekarang dia tak payah nak panggil dia ni dengan panggilan encik ‘mana toilet’ lagi.



“ Assalamualaikum.”



Izza menjawab salam dalam hati.



“ Sorry pasal last sunday.”



“ Takpe, tak nak masuk ke? Nak bincang pasal projek ? Nanti saya panggilkan consultant yang handle projek awak tu.” Siapa ye yang handle projek dia ni? Kak Sofiya dengan Shaza kan?



“ Tak, tak payah. Just nak bagi benda ni dekat awak.” Beg kertas dihulurkan pada Izza.



Teragak-agak Izza menyambut huluran itu.



“ I need to go. Sekali lagi, maaf pasal semalam. Assalamualaikum.” Zahran menghadiahkan senyuman sebelum melangkah pergi.



Izza hanya melihat lelaki bernama Zahran itu menuruni tangga dan berjalan menuju keretanya. Dia terkebil-kebil buat beberapa saat sebelum kembali masuk ke dalam pejabat.



Patutlah dia jarang senyum.



He has a killer smile!


9 comments:

Nadzipah said...

nice!

ingat lagi eh zahran dekat cik 'tukang tunjuk toilet' tu...

patut la muka ketat je semedang..ada senyuman memikat rupanya..

tuan tanah...nak lagi~ ^^

just KD said...

elelelelele,suke nye kite!..sweet lar..

~ZYX~ said...

hehe...kn btul mak2 dorg ni kenal...bile lg nk masuk meminang...?
he has a killer smile...i like....
smbg lg....

Anonymous said...

sweet3!!!
killer smile tue... :)

ihaaz said...

killer smile aset terpenting tu..
harap2 xde org ke 3

Anonymous said...

arrghh terpanah jap

Fatin Pidrus said...

arggH..comelnye~~~~

NS said...

sweet je yg last tu. mcm malu2 plak

kleo said...

wawawawawaaa! hampir meroyan dah nie! oh my, rasa macam nak beralih arah dari ashraff ke zafran pulak.

hewheww. :p