Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Sunday, November 4, 2012

percaya padaku 13


            
           Beg tangan yang tersandang di bahu dibetulkan letaknya. Telunjuk kanannya dipusing pusingkan bermain dengan cincin rantai kunci keretanya. Di dalam kepalanya berlegar-legar apa yang patut dia masak hari ni. Selalunya dia masak benda yang ringkas dan Zahran pun jenis yang main telan apa yang ada.

            Sebaik sahaja dia terpandang pada Viva miliknya, langkahnya semakin perlahan. Dia ternampak ada seorang lelaki sedang bersandar dikeretanya siap berkaca mata hitam dan kedua belah tangannya di seluk ke dalam poket seluar.

            Giginya diketap apabila dia dapat menangkap wajah lelaki itu.

            “ Hai.” Kaca mata hitam ditolak dan diletakkan pada kepalanya.

            “ Kau nak apa? Kenapa kau datang sini?”

            “ Aku nak jumpa kau.”

          “ It’s over, Naqib.” Dia berjalan menuju pintu pemandu namun dihalang lelaki itu. “ Kau nak apa ni? Tepilah!”

            “ Tolonglah kali ini je.”

            “ Aku cakap, tepi!”

            “ Sepuluh minit je.”

            Izza memejamkan matanya sambil menarik nafas dalam. Apa yang patut aku buat sekarang?

            ***

            “ Lama kita tak jumpa.”

            Izza sekadar menjeling pada jam tangan dipergelangan tangan kirinya tanpa memandang sedikit pun pada Naqib yang duduk dihadapannya. “ Lagi sembilan minit.”

            “ Izza.”

            “ Masa tetap berjalan, Naqib.”

            Naqib tersengih. “ Janganlah serius sangat.”

            “  Kalau kau sekadar nak buang masa aku, aku pergi sekarang.” Izza menolak kerusi yang didudukinya itu.  Bersiap sedia untuk berdiri dan beredar dari kafe yang terletak tak jauh dari pejabatnya.

            “ Okey, okey, aku cakap.” Naqib memanjangkan tangannya menghalang Izza dari terus bergerak.

            Izza kembali duduk.

            Naqib memandang pada Izza yang tengah bermain dengan jemarinya di atas meja.

            “ Lima minit lagi.”

            Naqib menarik nafas dalam. “ Kau…okey?”

            “Macam yang kau nampak, aku sihat, tak ada apa yang hilang.”

“ Ttch.” Naqib ketawa kecil. Sejak bila dia jadi sarkastik ni? “Kenapa kau tak cakap sepatah pun lepas kita…”

“Benda tu dah lama dah, kenapa kau nak bangkitkan benda ni?” Izza mengerutkan dahi.

“I just curious. I didn’t expect that we became strangers so easily.”

“Then what did you expect? I’m crying like no tomorrow, kneeling in front of you begging for you love which is all lies and disturbing your daily life with your ‘loved’ one?  Macam tu?” Suaranya sedikit tinggi. “Oww man, I’m not that stupid.” Dia menghela nafas. “ And you expect that I will dig every single information about you guys and start destroying your relationship?” Keningnya dinaikkan. “Oh, sorry mister, I’m not interested with your personal life.”

Naqib terdiam. Tersentak dengan kata-kata yang keluar dari mulut Izza. Dia bukan macam ni sebelum ni. “You changed a lot.”

Pain makes people change.”

Naqib terdiam mendengar kata-kata yang dilontarkan Izza itu.

“ Kenapa diam? Bukan kau ke yang beria-ia sangat nak jumpa aku?” Izza meneguk air kosong sejuk dari dalam gelas dihadapannya.

“Do you love him?”

“Sudahlah Naqib, kita ada jalan hidup masing-masing. You are someone husband and I am someone wife, stop stalking each other life. Aku harap benda ini semua berakhir sampai sini saja.” Izza menyandang beg tangan dibahu. Bersedia untuk beredar.“ Aku gerak dulu, minta maaf banyak-banyak kalau ada salah silap aku dekat kau.” 

“ Kau tak jawab lagi soalan aku.”

“ Yang mana?”

“ Do you love him?”

Izza menghela nafas. “Yes I do and I’m happy with him. Assalamualaikum.” Dia melangkah pantas menuju kereta yang diparkir tak jauh dari kafe tersebut. Cepat-cepat dia memandu pergi dari kafe tersebut. Entah kenapa, kedua belah matanya terasa panas.

***

            Tangan kirinya menarik brek tangan. Matanya dilirikkan pada Sylphy berwarna putih yang terparkir elok di hadapannya. Dia dah balik?

            Cepat-cepat dia menyapu kedua belah matanya dan hidungnya. Dia mencapai beg tangan dibawah kaki dan disandang ke bahu. Nafas dalam ditarik sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

            “ Eh, balik dah?” Zahran yang sedang berdiri di pintu dapur dengan mug ditangan menyoal. Lelaki itu masih dengan baju kemeja kerjanya menandakan dia pun baru pulang dari kerja. “ Kata balik lewat?”

            Izza menjeling sekilas pada Zahran sambil menelan air liur. “ Tak jadi.” Suaranya sedikit sengau. Ah sudah, suara aku dah jadi lain. “ Naik dulu.” Cepat-cepat Izza berlalu dan menapak naik ke tingkat atas.

            Zahran yang tengah meneguk jus mengerutkan dahi. Adakah aku salah dengar? Kenapa aku rasa suara dia macam sengau? Lagi satu, kenapa mata dia nampak sembap dan hidung dia merah? Macam lepas nangis.

            Dia berlalu ke dapur dan membasuh mug yang digunakan tadi sebelum menapak naik menuju bilik tidur ditingkat atas. Dia memulas tombol pintu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Dia nampak yang Izza sedang duduk berteleku di birai katil dengan rambutnya dibiar lepas menutupi wajahnya.

            Pelahan-lahan dia duduk disebelah isterinya itu. Dia macam ternampak yang bahu Izza ternaik sekali-sekala. “ You okey?”

            Izza sekadar mengangguk.

            “ You okey tak?” Zahran menyoal buat kali kedua, tak yakin dengan jawapan yang diberikan Izza itu.

            Kali ini Izza terdiam. Tak mampu menjawab soalan daripada Zahran. Matanya dipejamkan.

            Zahran memegang kedua belah bahu isterinya itu dan dipusingkan agar menghadapnya. Dia kemudiannya mengangkat dagu Izza sebelum menyelak rambut yang menutupi wajah isterinya itu dan diletakkan dibelakang telinga.

            “ Kenapa ni?” Zahran menyoal apabila dia lihat wajah Izza basah dengan air mata.

            “ I’m sorry.” Matanya masih terpejam.

            “ Pandang I.”

            Dia terasa jemari kasar milik Zahran menyeka air mata yang mengalir dipipinya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Zahran sedang memandang tepat ke dalam matanya. “ I’m sorry.”

            “ Untuk apa?” Dahi Zahran berkerut. Kenapa dia macam ni? Aku ada buat salah ke?

            “ I’m sorry.” Tersedu. “ I’m sorry.” Airmata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua. “ I’m sorry.”

            “ Cakap dengan I, kenapa?”

            “ I nak minta maaf…..” tersedu. “…..sebab…..sebab….” Izza tak dapat meneruskan kata-kata apabila sedu makin rancak.

            Zahran melepaskan nafas. Dia menarik lembut kepala Izza dan diletakkan dibahunya. “Let it out.” Tangan kirinya mengusap lembut pada belakang Izza  manakala tangan kanannya dilarikan dicelah-celah rambut ikal milik isterinya itu.

            Zahran tak tahu berapa lama mereka berkeadaan begitu. Yang dia tahu, bahu kananya terasa semakin hangat dan lembap.

            What happen to you, wifey?

***
            Belakangnya disandarkan pada kereta. Lengan kemejanya dilipat ke paras siku. Sesekali dia menebarkan pandangannya ke kawasan tempat letak kereta itu.

            Tag Heuer di pergelangan tangan kiri dijeling sekilas. Sudah setengah jam dia berdiri disini tapi batang hidung orang yang dia cari masih belum nampak.

            Kedua belah tangannya disilangkan ke dada. Sesekali dia menyanyi kecil, menghilangkan rasa bosan.
            Tak lama kemudian, dia nampak kelibat orang yang dicarinya sejak tadi. Kakinya melangkah mendapatkan lelaki berbaju kemeja kuning yang sedang berjalan tak jauh dihadapannya.

            Dia menyentuh lembut bahu lelaki yang tengah sibuk menyeluk sesuatu dari dalam poket seluarnya.

            “ Naqib, kan?”

            Lelaki itu mengangguk dengan kening berkerut.

            “ Zahran.” Tangan kanannya menghulur salam. “I need to talk to you.”

***
            
“ Minum?” Zahran mengisyaratkan tangannya pada Naqib agar menenguk espresso yang terhidang di atas meja tersebut.

            Naqib sekadar mengangguk.

            Zahran meneguk chai tea miliknya perlahan-lahan. Matanya masih tak lepas daripada memandang pada Naqib dihadapannya.Dia memesan teh petang ini agar dia dapat relaks buat seketika. Dia sengaja pesan espresso double shot buat lelaki dihadapannya ini tanpa menyoal apa yang dia nak.  Kalau ikutkan, nak aje dia pesan triple shot kalau boleh. I want you to taste the bitterness of life. Heh.

            “ Tak minum?”

            “ Tak apa.”

            Sunyi mengisi ruang di antara mereka walaupun suasana di dalam The Coffee Bean Empire Shopping Mall ini tak adalah sunyi mana.

            Kini, kedua-dua lelaki ini sedang sibuk melawan pandang.

            “ Kata nak cakap something tadi, apa dia?” Naqib terlebih dahulu memecahkan sunyi di antara mereka.

            Zahran meletakkan cawan tehnya di atas meja.“ Aku rasa kau mesti tahu sebab apa, kan?”

            Naqib mengangkat kening. “ Pasal dia, kan?”

            Mengangguk.

            “ Itu hal aku dengan dia, kau tak ada kena mengena dengan hal ni.”

            “ Ttch.” Zahran menarik senyum nipis. “ I’m her husband, for your information.”

            “ So?”

            “ Lepas apa yang kau dah buat dengan isteri aku semalam, kau nak aku buat apa?” Keningnya dinaikkan. “Do I have to smile as if nothing happened?”

            “Just mind your own business.”

            Zahran memejamkan matanya sambil menggenggam penumbuk di bawah meja, cuba mengawal amarahnya. Kalau bukan dekat tempat awam, memang dah lama dia ni aku kerjakan. Matanya dibuka perlahan-lahan. “I always mind my own business…” Dia memandang tepat pada Naqib“… but someone already interrupted my business.” Dia menuturkan dalam nada rendah.

            Matanya Naqib memandang ke sisi, mengalihkan pandanganya dari terus memandang Zahran yang tengah merenungnya dengan pandangan menakutkan. “ Jadi, kau nak berlagak jadi protective husband la ni?”

            “Yes I am.” Zahran menelan liur. “Come one, mana ada suami yang tak marah bila ada lelaki lain usik isteri dia.”

            “ Aku tak sentuh apa-apa pun, okey!”

            “Maybe not physically…” Zahran menuturkan. “…but mentally yes. Itu lagi menyakitkan kau tahu.”

            Naqib menyilangkan kedua belah tangannya ke dada dan bersandar di kerusi. Dia tak berani nak bersuara sebab memang dia yang salah.

            “ Apa lagi yang kau nak dari dia? Dia dah biarkan kau hidup tenang dengan pilihan kau, tak boleh ke kau biarkan dia hidup dengan tenang?” Zahran cuba mengawal nada suaranya. “ Sepatutnya kau ambil berat pasal diri kau sendiri, keluarga kau sendiri sebelum kau ambil berat pasal orang lain.”

            Naqib masih lagi terdiam.

            “ Aku malas nak panjangkan benda ni, dan aku pun malas nak cari pasal dengan orang.” Zahran meneguk teh miliknya. “ Jangan cari dia lagi, kau dah ada jalan hidup kau sendiri dan dia pun dah ada jalan hidup dia sendiri..” Bibirnya dikesat dengan tisu. “ Cukup-cukuplah dengan apa yang kau dah buat dengan dia dulu, dia dah cukup terluka dengan benda tu dan jangan kau tambahkan luka itu lagi.” Kunci keretanya yang tersadai di atas meja dicapai. “I warn you.”

            Zahran menolak kerusinya dan terus berdiri. “ Sebelum aku terlupa, aku nak pesan sesuatu.  Dia membetulkan lipatan di lengan bajunya sambil matanya masih tak lepas memandang Naqib yang masih membisu.

            “You should let her go from your life just like she let you go from her life.”






p/s: comments are most welcomed :)

20 comments:

~ZYX~ said...

hehe..lame gile tak de entri..akhirnya...hehe...kacau je naqib ni..ape die nak..?seb baik ade zahran-the husband...

ainulrida said...

terbaek la zahran ni. very protective.

Kyra Sharif said...

Zahran ni best la. .suke3. . =)

Anonymous said...

Aww..best la zahran ni..very protective...n sweet la.

Siti Hafizahdeen said...

zahran yg comel.. sis update lagi?? hehe

Inash Flop said...

OMG ! Nice one. Seems like Zahran is a good and mithali husband. Teruskan penulisan. Hwaiting sis ! :)

Fuzz said...

Zahran sungguh protective ....

Z said...

ok, hev 2 admit citer ni debaekkk! x typical mcm sesetengah nvl mlyu lain yg bila wife kena kacau, husband akn slh fhm pastu ada konflik then gaduh x cakap berbulan2 tetiba ntah pompuan tu jatuh sakit pastu tetiba jadi baik ok fine, dh mencarut d sini. =="

sambungla lagiiii...

Fariha Najwa said...

Sweetnya :) so , please continue the story !! hehe

arzalif said...

wah i LIKE zahran very protective.. bagus2 bg pengajarn sikit kat si naqib tu sibuk sgt nak kacau kan. hambikkkk ko. sekian lama menanti dpt n3 yg sweet camni, alangkah bestnya klu cpt2 sbg hihihi.

Anonymous said...

hope tak terlambat utk komen.. :)
naqib tu sgt memenyampahkan..
and like that protective Zahran.. :D
hope akn ada frequent update.. :)
good luck utk writer.. :)

[nemo cute]

Anonymous said...

Salam kak faziela..thanks utk entri yg bru ni..best sgt..keep it up sis..:-)

ann khairuddin said...

DIK....TULIS LG YE. MCM X BLH BRENTI MEMBACA LAK HEHEHE...

Anonymous said...

Tolong jgn berhenti menulis.

Nak lg dan lg hehehe.

Anonymous said...

wow.,,bertuahnya ade husband macam Zahran...I loikeeee

ruli ruliah said...

cntinue plsssss????cer best nie..cnfuse giler cmne ekh ending story !!

jojo jo said...

Salam... bestnya.. bila nak sambung?
By the way, I bought your mangkuk tingkat and it's interesting...

kleo said...

entry ni paling banyak komen! kak faz! a great job of yours, indeed!

serious kalau dapat grab dekat pbakl nanti saya nak sign besar2 ye! hihi

thanks for the great morning ever. now bersiap-siap nak gi kelas. heee. thanks! ^^

Anonymous said...

Uwaaaa ! The heroin got my name !

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)