Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Wednesday, August 17, 2011

percaya padaku-2



“ Abang.”



Bukk!



Zahran menggosok kepalanya yang terhantuk pada bumbung keretanya. Aduh, nasib baik terhantuk sikit aje. Dia yang tengah tertonggeng di tempat duduk belakang segera memandang pada susuk tubuh yang berdiri tak jauh dari dia meletakkan kereta dalam samar cahaya malam.



“ Mama? Buat apa dekat sini?” Pintu belakang keretanya ditutup dengan siku.



“ Tunggu abang balik la.”



Zahran menggeleng. Dia melangkah ke muka pintu dan menyalami tangan mamanya .“Macamlah abang tak balik rumah hari-hari.”



Kedua-dua anak beranak itu melangkah masuk ke dalam rumah.



“ Dah pukul berapa ni? Mama tak tidur lagi?” Zahran melabuhkan punggung ke sofa. Matanya memandang sekilas pada televisyen yang masih terpasang di ruang tamu itu. Muzik penutup Nightline sedang bergema.



“ Tunggu abang.” Peha anak bujangnya itu ditepuk.



“ Abang bukan budak kecik la, mama. Tak payah nak kena tunggu.”



“ Tadi buka dengan siapa?”



“ EE.”



“ Kawan abang yang dulu belajar sama-sama dekat Jerman dulu tu?”



Mengangguk.



“ Abang ni sibuk sangat sampai tak nak berbuka dengan family dekat rumah.”



Zahran melepaskan nafas. “ Mama, bukannya abang taknak buka dengan family, tapi abang banyak kerja la, ma. Tadi lepas buka abang balik office balik.”



“ Alasan.”



“ Betul.”



“ Apa-apa aje la. Abang ni, jangan selalu sangat macam ni, kalau dah kahwin nanti, lari bini kamu nanti.”



Zahran tarik muka. “ Siapa la nak kahwin dengan abang ni, ma.”



“ Cari la.” Mama membalas.



“ Takde calon. Mama la tolong carikan untuk abang, boleh?” Zahran memandang mamanya yang tengah menonton televisyen itu.



“ Kalaulah mama ni ada calon isteri untuk kamu, dah lama mama kenalkan dekat abang.”



“ Kalau macam tu, abang tak kahwin sampai bila-bila la nampak gayanya.”



“ Abang!” Mama dah terjerit.



Dan Zahran hanya tersenyum.



***



Tangannya membelek-belek jeans yang bersusun. Syida masih di dalam fitting room, mencuba baju buat kali ke berapa entah. Minah tu, shopping sakan macam tak ada esok. Tau la banyak duit.



Boo!



Izza tergelak kecil. Sebenarnya, dia jealous sebab tak boleh beli apa-apa. Save duit nak beli baju raya. Tak beli baju raya lagi. Tsk.



Dia menimbang-nimbang dalam hati. Lepas ni nak pergi mana ek? Dia malas sebenarnya nak pergi Mid Valley time-time macam ni. Sesak.



Dia berjalan tanpa arah. Sehelai t-shirt berlengan panjang yang bergantung menarik perhatiannya. Baju tersebut diacukan pada badannya.



“ Izza.”



Apasal suara Syida ni macam pelik aje? Sakit tekak ke? rasanya elok aje tadi, takde serak ke apa. Dia berpaling. Oh damn!



“ Hai.” Naqib sedang tersenyum memandangnya.



Tersenyum. Hambar.



“ Sorang aje ke?”



Menggeleng. “ Dengan Syida.” Baju ditangan disangkutkan kembali cepat-cepat.



“ oh.” Terdiam seketika. “ You dapat kan benda yang I pass dekat mak you haritu?”



“Hmm.” Dia dah sedia berpusing, mahu memulakan langkah namun Naqib yang berdiri disebelahnya menghalang laluannya.



“ Kalau sudi, datanglah ye.”



Serasa dia mahu aje sepak kaki Naqib ni laju-laju sampai patah. Perlu ke?



“ tengoklah.” Izza balas acuh tak acuh. “ I nak jalan, tepi sikit.”



Naqib masih disitu, tidak berganjak walau seinci pun.



Izza mendongak. Memandang tajam pada lelaki dihadapannya.



“ I’m sorry, really sorry…”



“ Forgiven.” Membalas pendek. “ Now please….” Kata-katanya mati disitu apabila dia terdengar suara yang amat dikenalinya memalu gegendang telinganya.



“ Sayang, I dah…” Kata-kata perempuan itu mati. “ Izza.”



Ainy.



Baru sekarang dia perasan yang Naqib tengah menggalas handbag dibahu kirinya. How sweet. Konon! Boo!



“ Izza….aku…”



Namun Izza lebih cepat memotong. “ Okey, memandangkan korang berdua ada dekat sini, aku nak wish selamat berpuasa, selamat hari raya and selamat pengantin baru. I wish you’ll have a happy marriage.” Izza menghadiahkan senyuman. “Now, give me some space, I want to move.”



Kedua-dua pasangan itu tergamam.



“Please?”



Izza melangkah pergi apabila Naqib dan Ainy memberi ruang padanya untuk berlalu. Tak jauh dari situ, Syida tercegat dengan mata tak berkelip.



***



“ Babe, kau okey?”



Diam.



“ Nak ais…” Gila ke apa kau ni Syida, bukan ke sekarang ni bulan puasa. Aiskrim kejadah apanya?



“ Nak balik.”



Syida mengangguk laju. “ Kau masuk kereta dulu, aku nak bayar parking jap.”



Izza mengangguk. Laju dia berjalan menuju keretanya. Sekilas dia terlihat wajahnya di cermin keretanya. Ketara matanya berkilat. Damn! Kau tak sepatutnya menangis, Izza.



Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. Sedaya upaya dia cuba mengawal perasaan.



“ Izza, kau okey?”



Izza menarik nafas. “ I’m fine.”



Syida menggeleng. “ Kau jangan tipu aku.” Tak berbaloi tau kalau dia ni tipu aku. Habis aku campak semua baju yang aku berkenan dekat Jusco tadi semata-mata dia ni.



Izza memandang Syida yang dah berpusing menghadapnya. “How come aku boleh jumpa dua ekor malaun tu dekat sini? How come??? Damn!”



Syida hanya diam mendengar.



“ Dia tinggalkan aku semata-mata untuk perempuan lain…..which is our own bestfriend.” Izza melepaskan nafas. “ It has been years…tapi aku tak tahu kenapa aku still rasa sakit hati.” Matanya mula berkaca. “ Even aku cakap yang aku okey, tapi hakikatnya aku masih sakit, dekat sini.” Dia menepuk dada.



Perlahan Syida meraih tangan kanan Izza. Tangan kirinya menyeka airmata dipipi sahabat baiknya itu. Walaupun bukan dia yang menanggung, tapi rasa sakitnya tetap ada. Macam mana Izza-Naqib boleh survive sembilan tahun bersama. Dari sekolah menengah, bawak ke matrik, bawak ke universiti, semua dia nampak sebab mereka tak pernah berpisah. Semua beranggapan yang hubungan Izza-Naqib boleh sampai ke jinjang pelamin. Namun banjir kilat pulak kat tengah jalan, si Ainy tetiba datang mengacau dan tup! Putus!



Ainy ni pun satu, takde jantan lain ke kau nak sauk?



“ Dia cakap apa tadi?” Syida mula bersuara apabila tangisan Izza reda.



“ Jemput datang wedding dorang.”



“ Kau nak pergi ke?”



“Definitely not. Ada kemungkinan yang aku akan tukarkan air mawar dalam bekas yang renjis pengantin tu dengan cuka getah.” Izza mengesat airmata.



Terus Syida tergelak. Boleh pulak dia buat lawak time-time macam ni.



“Habis pahala puasa aku weh. Negatif tiga puluh sembilan dah ni.” Izza menggumam.



Kedua-dua mereka tergelak.



***



“Izza.”



“Kakak!” Izza menjerit sebaik sahaja melihat kakaknya dimuka pintu rumah. Terus dia berlari mendapatkan kakaknya itu. “ Hello baby, puasa tak?” Perut kakak sulungnya yang memboyot diusap.



“hey, bukan nak tanya kakak sihat ke tidak!” Izni memukul lengan Izza.



“Ala, mestilah kakak sihat, kan?”



Izni buat muka. “ Mak cakap kau pergi shopping, dapat apa?”



Sakit hati. Tapi itu Izza jawab dalam hati aje la. “ Tak dapat apa pun.” Mereka berdua kini sudah duduk dikerusi dilaman rumah.



“ Tak tolong mak masak lauk berbuka ke?”



“ Kejap lagi.”



“Izza.”



Keningnya diangkat.



“ Kau bakar kad jemputan Naqib ke?”



Dahinya berkerut. “ Mana ada.”



“ Mak cakap dia jumpa serpihan kad Naqib dekat belakang rumah.”



Oh ye ke? Nampaknya aku tak hapuskan bukti dengan baik. Dan sejak bila kak Izni rajin sangat nak kaji hidup aku ni?



“ Kau still ingat dekat dia ke?”



“ Tak.”



“Dahtu?”



“ Cara nak redakan sakit hati.”



Izni mengangguk. “ Kau tak ada pengganti Naqib tu ke?”



“ Takde.” Sepatah Izza membalas. “ Kenapa tanya pasal ni, rimaslah!”



“ Kau tu dah 28.”



Izza berdiri. “ Kakak suruhlah mak cari laki untuk Izza.” Dia sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Balik-balik pasal Naqib, takde benda lain ke yang boleh nak cerita?




p/s: kepada sesiapa yang suka lukis, do visit my friend's blog. pen dan kertas.



4 comments:

~ZYX~ said...

bile lah izza n zahran ni nk jumpe blk...?
or mak2 dorg ni kenal n kawinkn dorg...
hehe...pndi je nk reka2 cite...pape pon smbg lg...

just KD said...

ye la,mmg xsabo nak tggu diorg tu brjmpe lg...

Anonymous said...

marah gle ea izza ngn naqib...

kleo said...

ngee! unpredictable! tak sabar nak move to the next chap :D