Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Wednesday, April 27, 2011

tapai pulut daun getah -sesi suai kenal


“I want a break up,”



Dia tersentak. Namun cuba bertenang. Diam tanpa kata.



“I want a break up!” suara perempuan di hadapannya tinggi sedikit dari yang tadi.



“finally,” nada sarkastik. “sebab lelaki tu, kan?” keningnya dinaikkan.



“lelaki mana?”



“your boss,”



“mana ada!” pantas perempuan itu membalas.



“don’t lie, jangan tipu,” matanya tajam memandang perempuan dihadapannya. “aku nampak jantan tu kiss dahi kau. Amboi, macam laki bini, ek?” tangan yang tadi memeluk tubuh dah bertukar posisi. Kini menggengam penumbuk tanda menahan marah.



“so, awak mengintip lah ye?” nada tak puas hati.



“no I didn’t. I was there, waiting for you. your birthday kan?”



“awak bukan dekat Miri ke?”



“I baru sampai dari Miri petang tu. Kenapa, kalau aku masih kat Miri kau nak buat more than that?”



“awak jangan melampau!”



“siapa yang melampau sekarang ni. selama kita kenal, pernah aku ada buat macam tu dekat kau? Takde kan!” suaranya makin meninggi.



Perempuan dihadapannya mengetap bibir.



“fine, pergilah dekat jantan tua tu. Pergilah! Aku tak hingin dengan perempuan macam kau tahu!”



“kau….”



“berambus sekarang!”



Perempuan dihadapannya berlalu pergi dengan kakinya dihentak-hentak.



Dia masih berdiri disitu. Meraup muka.


******



Pintu yang dikuak tadi ditutup perlahan. Perlahan dia menapak masuk ke dalam rumah.



“ kau dah balik?” lelaki yang tengah terbongkang di depan tv menyapanya.



Dia hanya mengangguk.



“kalau kau nak makan, kat dapur ada berkat. Sepupu aku tadi menyinggah. Ha, makanlah,”



“hmm,”



Dia berlalu ke dapur. Mencapai air mineral di dalam peti sejuk sebelum menonggang botol tersebut. kerusi meja makan ditarik. Tangannya menyelongkar isi plastik merah yang tidak bertutup tudung saji. Matanya ditala pada dinding. Mengelamun lebih tepat.



“EE,”



Dia berpaling.



“kau apsal?”



Menggeleng.



“kau ada problem kan?”



Menggeleng lagi.



“baik kau cakap sebelum aku assume kau mabuk terlebih makan tapai,”



Dia tersentak. Memandang tangannya yang terhenti dari menyuap. Tapai pulut. Matanya dialihkan ke meja. daun-daun getah yang membungkus tapai pulut berselerak. Tinggal berapa ketul tapai yang belum berusik masih ada dalam plastik. Mengelamun entah apa sampai tak perasan benda yang disuap masuk ke dalam mulut.



Dia tak jadi meyuap. Sahabat yang sudah duduk dihadapannya direnung.



Pijie menaikkan kening.



Mengeluh. “aku dengan Amaira,”



“kenapa?” Pijie membuka bungkusan tapai pulut daun getah.



“it’s over,”



Pijie yang baru nak meyuap tapai terhenti. “what?!!!!”



EE menjongket bahu. Tapai yang masih ditangan diletakkan kembali.



“kau bukan dengan dia dari third year masa dekat U ke?”



EE diam.



“kalau kau tak kisah, boleh aku tahu kenapa?”



“aku nampak bos dia cium dahi dia malam birthday dia.”



“yang kau baru balik dari Miri tu?”



Mengangguk. “actually aku tahu lama dah. before ni aku selalu je nampak dua ekor malaun ni keluar siap pegang tangan lagi. Aku ingatkan dia nak berubah ke apa, tapi makin teruk. End up, hari ni dia mintak putus.”



“jahanam betul. Emmm… kau okey ke ni?”



“okey je,” dia menuturkan. Padahal dalam hati, menangis.



“aku doakan dua ekor beruk tu mati kena panah petir lepastu jatuh guling-guling bawah bukit. Biar takde siapa tahu dorang mati, biar padan muka dia!”



EE tergelak. “overlah kau ni!”



Pijie tersengih. Menjadi jugak aku buat dia gelak.



“Pijie,”



“hmm?”



“mana kau dapat benda alah ni?” tangannya mengunjuk tapai pulut yang berbalut daun getah di atas meja.



“sepupu aku kirim berkat tadi. Dia bagi sekali benda ni. jiran sebelah rumah aku yang buat. Apsal?”



“sedap. Unik.” Dia berdiri dan mencuci tangan di sinki. “aku masuk bilik dulu.”



“EE,”



EE berpaling.



“kau okey kan?”



Tersenyum. “okey je. Jangan risau, aku tak overdose makan tapai tu.”



Mereka tergelak.


p/s: jangan tanya kenapa tak sambung biru. stuck. tengah dig idea macam mana nak sambung biru.

4 comments:

Qwerty said...

hoih, bape bungkus tapai dia makan?
sambung. =)

name saye u'u said...

wuuu~
tapai..lme gile x mkn..
sedap nyo ;)

paper_plane said...

qwerty: banyaklah jugak
name saye u'u: saye pun dah lama x makan. slrrrrp *telan air liur*

nni said...

dulu time kecik2 suka sgt tapai but bila duk asrma lam 7 8 taun, skrang ni lngsung xleh nk makan.. hish