Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Friday, November 11, 2011

percaya padaku- 9

“Are you okay?”



“I’m dying.” Izza membalas dengan nada suara tersepit.



“ Move here a little bit.” Zahran menarik isterinya yang dihimpit seorang lelaki dibelakangnya agar bertukar tempat dengannya di penjuru gerabak komuter yang sendat itu.



Susah payah Izza menyelit dicelah-celah penumpang komuter yang ramai itu. Lenguh bahunya menggalas beg yang berat dibahunya.



“ Feel better?”



Izza mengangguk. “ Thanks.”



“ Tahan ek, sekejap lagi kita sampai.”



“ Okey.” Izza mengelap peluh di dahi dengan tisu ditangan. Penat campur berdebar, sebab antara dia dengan Zahran sudah tiada jarak lagi. Dia menjeling sekilas pada tangan lelaki itu yang melekat di dinding koc. Kalau dia turunkan tangan…..



Minta-mintalah jangan.



“ Bukan peaks hours pun tren macam sardin.” Zahran menggumam sendirian.



“ hmm?” Izza mendongak bila terdengar suara Zahran.



“ Tak, waktu macam ni pun tren ramai orang sampai sesak-sesak macam ni.” Tadi lepas sembahyang jumaat mereka bertolak dari stesen komuter Subang Jaya. Ingatkan tak ramai orang tapi mak aih...!



“ Itulah.” Izza mengiakan. Dilihatnya wajah suaminya itu basah dengan peluh.



“ Panas?”



Mengangguk. Zahran mengesat peluh dengan belakang tangan.



“ I ada tisu tapi dah kotor.” Izza menunjukkan tisu yang dah separuh hancur di dalam genggaman tangannya.



“ it’s okay.” Zahran mengangkat kening. “ Kita dah sampai ni.” Dia menuturkan bila tren sudah memasuki stesen KL sentral.



“Okey.”



Zahran menggenggam erat tangan isterinya bila tren tersebut berhenti. Izza hanya menurutysebab dia tak nampak apa-apa kerana Zahran yang tinggi itu menutup pandangannya. Tahu-tahu, dia sudah berada di luar koc itu.



“ Are you okay?”



“ I need oxygen!”Izza mengipas mukanya. Leganya bila dah keluar dari koc!



Zahran hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu.



Oh, dia senyum! Hati Izza berdetak sekejap. How do I explain that smile, and how it turns my world around…



Is that my baby you lyrics?



Izza tergelak sendiri.



“ Assalamualaikum pengantin baru!”



Serentak Izza dan Zahran berpaling ke sisi. EE sedang tersengih memandang mereka berdua. Aza, isteri EE tersenyum sambil mengangkat kening.



Zahran menghulur salam pada EE manakala Izza berbalas salam dengan Aza.



“ This is my friend, EE and his wife, Aza.” Zahran memperkenalkan pasangan yang menyapa mereka sebentar tadi.



Izza hanya mengangguk.



“ Aku ingatkan kau datang sorang aje tadi. Aku nampak kau tadi dalam tren tapi tak nampak pulak bini kau.” EE menuturkan.



“ Are you hugging her in the train just now?”



Soalan Aza membuatkan kedua pasangan yang baru berkahwin itu berpandangan serentak. EE hanya mampu tergelak mendengar soalan yang terpacul dari mulut isteri kesayangannya itu.



“ No.” Zahran menghela nafas. “ tadi my wife terhimpit dekat tepi dinding and I placed my hand like this to avoid my wife terpenyek dekat tepi dinding.” Zahran meluruskan tangannya ke hadapan cuba melakonkan situasi tadi. “Maybe from you view it’s looked like hugging.”



“ Auww, sweet.” Aza bertepuk tangan.



“ Apa yang sweetnya?” EE mengangkat kening sambil bercekak pinggang.



“ nak elak bini terpenyek kat tepi dinding.”



“ You nak ke? I boleh buat la.” Nada cemburu. Perempuan ni kalau boleh semua benda yang dibuat nak cakap sweet.



“ Tak payah.” Aza membalas.



“ Jomlah gerak, tadi Apek dengan Syam mesej aku yang diaorang dah sampai.” EE menuturkan.



Zahran mengangguk. Dia membetulkan beg yang disandang dibahu.



“ I have a question.” Izza mencuit lengan Zahran.



“Hmm?”



“ where are we going actually?”



***



“ you pun mangsa kena drag dalam ekspedisi ni ke???” Aza menyoal Eliza, isteri Syam yang tengah meneguk air mineral disebelah kanannya.



Eliza hanya mengangguk.



“ Me too.” Izza turut menuturkan. Dia hanya mampu mengeluh bila diberitahu yang mereka semua bakal mendaki Gunung Stong. Dia sememangnya sangat-sangat alergik dengan benda-benda yang berkaitan dengan mendaki. Mendaki bukit pun dah mengah, apatah lagi daki gunung!



“ Masih tak terlambat kan kalau kita lari sekarang?” Eliza menutup botol mineral yang masih berbaki suku. “ Kak Izza ada plan nak lari dari benda ni tak?”



“ Janganlah panggil akak, rasa macam tua sangat pulak.” Izza tersengih. Aku ni baru kahwin tetiba orang panggil akak padahal budak berdua ni yang kahwin dulu. Rasa pelik. Kes Shaza tu lain, dia memang tak makan saman.



“ Macam ni.” Tiba-tiba Aza petik jari. “ Kita buat-buat…”



“ Ha, jangan nak mengada nak escape pergi mana-mana! Tengok muka pun dah tahu tengah buat rancangan nak escape.” EE terlebih dahulu memotong kata-kata isterinya itu. Dia bercekak pinggang sambil matanya mencerun memandang tiga wanita yang tengah memandang satu sama lain tak jauh dari tempatnya berdiri.



“ Baru nak escape…” Aza menggumam sendiri.



“ Ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian, tren kita udah sampei. Jadi bolehlah ibu-ibu sama bapak-bapak sekalian berangkat ya. Makasih!” Apek yang baru selesai menapak naik ke tingkat atas bersuara.



“ Bila masa kau tukar warganegara ni, Apek?” Hisyam meenepuk bahu Apek yang tengah meneguk 100 plus.



“ Semalam. Dah cepat, karang kena tinggal tren nanti. Dahlah korang buli aku jadi ketua rombongan, mentang-mentanglah aku aje yang takde bini, masing-masing sibuk nak mengulit bini. Chait!” Apek mengangkat Deuter miliknya yang tersadai dilantai. “ Apalah malang nasib aku. Dahlah naik stuck dalam komuter tadi. Lepastu datang sini kena buli.”



“ Bukan kau sorang aje yang merana, aku pun tadi tersepit dalam tren tau. Banyak bunyi pulak dia. Kau juga yang decide yang semua orang kena datang naik public transport, jangan nak cakap banyak.” Hisyam mencebik.



“ Kau tahu, tren aku tersekat dekat Kepong tadi. Aku terpaksa menapak tepi landasan lepastu naik teksi semata-mata nak berkejar ke sini ,tau.” Lambat-lambat Apek menuruni tangga menuju ke platform ditingkat bawah.



“ Mana satu tren kita ni?” Zahran yang terlebih dahulu sampai di platform bercekak pinggang.



“ Belah kiri, senandung wau.”



“ Apasal nama dia senandung wau? Aku baru nak nyanyi lagu ekspress rakyat. Ekpresssss rakyat….cepat cepat….”



“ Mula dah karaoke dia ni.” Hisyam mencebik ke arah EE yang baru mula nak menyanyi itu.



“ Jangan banyak bunyi. Naik cepat!!!!!”



Masing-masing tergelak melihat telatah Apek macam komandan kem cuti sekolah.



***



Izza membetulkan letak pashmina hitam dibadannya. Kereta api terhenti entah dekat stesen mana entah. Dia menjeling di tempat duduk sebelah. Zahran tengah tidur.



Elle studio dijeling sekilas. Satu pagi.



“ Tak boleh tidur?”



Izza memandang ke sisi. Zahran sedang memandangnya sambil menggeliat.



“ Yup.”



“ Me too.”



“ Eh, bukan you tidur ke tadi?”



“ Cuba nak tidur tapi tak boleh.”



Izza mengangguk. Dia menarik earphone dari telinga sebelah kanan dan dihulurkan pada Zahran. “ Nak share?”



Zahran menyambut huluran Izza dan earphone itu diletakkan di telinga sebelah kanan. Muse-Supermassive blackhole berlagu.



“Can I say something?” Izza menggaru kening.



“Hmm?”



“ I hate hiking very much.”



“ Why?”



“ Sebab I cepat pancit. Hiking is soooooo tired.”



Zahran tergelak kecil. “Your tears, sweat, tiredness and all of that will be replace by something unfrogetable, trust me.”



“ Iyelah tu.” Izza menggumam. Supermassive balckhole berganti dengan Black Dog Bone- Gadis Ayu



“ You know what?”



“ Yup?”



“I think we do not really know each other even we’re already married.”



Zahran membetulkan duduknya sambil mengangguk . “That’s true.” Dia menghela nafas dalam.



“ Kan?”



Masing-masing terdiam.



“ So, shall we?”



Izza mengerutkan kening.



“ Assalamualaikum, nama saya Ahmad Zahran, awak boleh panggil saya, Zahran.”



Terus Izza tergelak. Nasib baik koc kelas dua itu tak berapa ramai penumpang.



“ Sorry, saya taknak kenal awak.”



Zahran yang tadi duduk bersandar terus mengangkat kepala. “ Oh, yeke? Takpe.”



Izza menarik senyum.



“ Awak tahu, saya dah kahwin tapi my wife cakap dia tak kenal saya.” Zahran bercakap dengan jari.



“ Are you talking to me?”



“ No, I’m talking to my hand.” Zahran menjeling. “ Of course I’m talking to you. Awak boleh tak temankan saya borak?”



“ Sure.” Izza membetulkan duduknya agar dapat bertentangan dengan Zahran.



“ Awak nak kenal tak dengan isteri saya?”



“I’ll love to.”



“ Sekejap.” Zahran menjengah ke segenap penjuru koc itu dan kemudiannya memandang tepat pada Izza. “ Awak macam isteri sayalah.” Dia kemudiannya mencapai tangan Izza. “This ring, sama macam yang saya bagi dekat isteri saya haritu.”



Izza menekup mulut menahan tawa. How childlish they are, padahal masing-masing dah tua bangka. Dia masih meneruskan ‘drama’ yang masih berjalan itu. “ Oh, muka awak pun macam suami saya.”



“ Oh yeah? What is your name?”



“ Izza, Nurul Izza.”



Zahran petik jari. “ yeah, you’re my wife!”



“ Are you sure?”



“ Very sure.” Mengangguk, sebelum ketawa. Kenapa pula aku jadi macam budak-budak ni?



Gadis ayu bertukar kepada Ungu-percaya padaku.



“ I tak tahu pulak yang you ni ada perangai macam ni.”



“ Kenapa?”



“ Sebab selalu you macam serius aje.”



Zahran menggeleng. Dia menggosok kedua belah telapak tangan. Sejuk.



Izza menarik sebahagian daripada pashminanya dan diselimutkan pada suaminya.



“ Thanks.”



Izza hanya mengangguk. Suasana kembali sepi.



“ How’s your work? You jarang balik rumah awal, banyak kerja?”



“ Macam tulah. Prinsip bos I, pekerja bujang kena selalu buat overtime, tapi bila dah kahwin pun dia tetap anggap I ni bujang.”



“ Biasalah tu.” Izza membalas. “ I dengar dulu you kerja dekat middle east, betul ke?”



Mengangguk.



“ Kenapa balik sini?”



Zahran menghela nafas. Dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan isterinya itu. “ Saja. Penatlah duduk jauh dengan family.”



Percaya padaku sudah berada dipenghujung. Love light-CNBlue mula berlagu.



“ Do you really like Korean song?”



“ Tak sangatlah, why? Sebab lagu ni ke?”



“ Hmm.”



“ Actually I takde favourite singer. Dengar lagu ikut sedap telinga aje.”



“ Lagu apa yang you suka?”



“ Apa-apa aje, asalkan it has nice lyrics dan sedap didengar.”



“Which song does you like the most?”



“Guess it.”



“Tell me.”



“I’m sleepy, goodnight.” Izza terus membetulkan duduknya dan memejamkan mata. Biar pakcik dekat sebelah ni cari sendiri. Aha, jahat ke aku?



Zahran yang masih terpinga-pinga itu mengerutkan dahi. Lagu korea tadi kini sudah bertukar dengan Excuse me-pesawat. Dia cuba recall senarai lagu yang dia dengar tadi.



Memang kombinasi yang pelik.



***



“ Izza.” Satu suara berbisik ditelinganya.



Izza yang tengah tidur-tidur ayam itu terasa bahunya ditepuk-tepuk.



“Wake up dear.” Sekali lagi suara itu berbisik ditelinga.



Perlahan-lahan matanya dibuka. Sebelah tangan menggosok mata.



“ Dah nak sampai ni. Cepat kemas.”



Lambat-lambat Izza bergerak. Pashmina yang menjadi selimutnya tadi dilipat.



“ Dekat mulut tu, kesat sikit.”



Laju tangannya mengesat mulut. Mana ada apa-apa? Izza berpaling ke sisi.



“ Mana ada!”



Zahran yang sudah siap berkemas memandang pada Izza yang tengah berkerut dahi itu. “ Pagi-pagi lagi dah berkerut.”



Izza mencebik. Bila masa pulak dia ni ada perangai menyakat macam ni?



“ This will be an exciting journey.” Zahran menggumam sendirian sambil berpeluk tubuh.



Izza menghela nafas. Untuk dia memanglah seronok tapi untuk aku, it is a really tiring journey.



Haih.



Kalau patah balik KL sempat ke agaknya ek?



p/s: skill menulis dah berkarat, sorry.

Saturday, October 15, 2011

percaya padaku- 8



Kaki yang terasa kebas dibetul-betulkan. Kalau dapat berlunjur, sedap ni.



“ Syida.”



“ Apa dia? Kau ni tak boleh duduk diam ke? Kau main character hari ini tau, duduk elok-elok sikit.” Syida menuturkan bila dilihatnya sahabat disebelah tak reti duduk diam.



“ Kaki aku kebaslah duduk bersimpuh lama-lama macam ni.”



“ Tahanlah sikit, sekali seumur hidup ni, cuba jadi ayu sikit.”



Izza berdecit. “ Iyelah.”



Syida mencebik. Hari bahagia sendiri cubalah jadi ayu sikit. Aku tahulah kau tu macam ganas tapi untuk sekali seumur hidup ni cuba jadi aju untuk sekejap.



Izza yang sejak tadi duduk bersimpuh hanya menahan nafas. Kalaulah ada orang datang tepuk kaki aku ni, memang habis melatahlah aku ni karang.



Dia memandang pada lelaki yang segak berbaju melayu putih yang tengah berjabat tangan dengan abah tak jauh di hadapannya. Jantungnya berdenyut lain macam. Dia macam ternampak jantungnya keluar dari dada dan melompat-lompat di depan mata.



Okey, exaggerate.



Dia menarik nafas dalam.



“ Aku terima nikahnya Nurul Izza Binti Mohamad Zainal dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”



Sebaik sahaja Izza mendengar lafaz tersebut, entah kenapa dia terdiam. Sayu. Tak percaya dia sudah menjadi isteri orang. Tak tahu apa yang bakal dia hadapi kelak. Semuanya bercampur baur.



Dengan ekor mata, dia dapat melihat betapa leganya wajah lelaki berbaju melayu putih dengan tiga jari berinai ditangannya sedang mengaminkan doa.



***



Berlalulah hari demi hari
Sayunya hatiku ini
Tak ku sangka kau di sisi
Baju kurung putih berseri



Zahran terus-terusan melihat wajah gadis disebelahnya. Seakan tak percaya, kini gadis ini mejadi miliknya. Macam mimpi rasanya. Walaumacamanapun, kini dia menggalas satu tanggungjawab yang besar. Sangat besar. Gagalnya aku membimbing isteri dan keluarga aku bererti gagallah aku menjadi suami dan ketua keluarga.



“ Kenapa tengok macam tu?” Izza menaikkan kening tanda bertanya. Dia meneguk jus tembikai dari dalam gelas.



Cepat-cepat Zahran menggeleng. Dia mula menyuap nasi ke dalam mulut. Tak sangka sekali lafaz aje tadi.



Izza memandang Zahran dengan penuh tanda tanya. Apa agaknya dia tengah fikir?



***



Elle studio dipergelangan tangan kiri dijeling sekilas. Hampir tujuh malam. Fine, aku dah lambat. Sejak bergelar isteri kepada Zahran, sememangnya dia yang gelabah ini bertambah gelabah. Iyelah, dulu hidup untuk diri sendiri aje. Bangun lambat ke, balik kerja lambat ke, bilik bersepah macam tongkang pecah ke, tak makan sehari ke, tak ada siapa yang peduli. Sekarang berkongsi hidup dengan orang lain, jadi tak bolehlah nak hidup suka hati.



Dia sudah melepasi lorong Smart Tag dilebuhraya itu. Cepatlah, cepatlah sampai rumah. Banyak benda nak kena buat ni. Langit dah mula gelap. Dekat nak maghrib.



Sampai dihadapan rumah, dia ternampak Sylphy putih tersadai elok di garaj rumah teres dua tingkat itu. Alamak, dia dah balik ke? Selama seminggu hidup bersama, selalunya jarang lelaki bernama Zahran itu balik awal. Lepas isyak baru nampak muka. Banyak kerja barangkali.



Cepat-cepat dia melangkah keluar dari dalam Viva miliknya. Bila kakinya menjejak masuk ke dalam rumah, dia tak nampak sesiapa. Sunyi aje rumah. Eh, tak ada orang ke? Tapi ada pulak kereta dia dekat depan tadi?



Dalam bilik kut.



Dia berlalu ke dapur. Nak keluarkan lauk pauk dari dalam peti sejuk. Defrost. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam dapur, alangkah terkejutnya Izza melihat apa yang dia jumpa di dapur.



“ Baru balik?” Zahran mengangkat kening dengan tangan memegang sudip. Kemeja kerjanya tersangkut di salah satu kerusi meja makan. Dia hanya bert-shirt putih.



Izza ternganga. Betul ke apa yang aku nampak ni?



“ Kenapa?” Kening Zahran berkerut. Dia membetulkan tali apron dilehernya.



Izza menggeleng. Tak percaya.



“ Naiklah rehat dulu, mandi. Dekat nak maghrib ni. Nanti lepas sembahyang maghrib kita makan, okey?” Lincah tangannya mengangkat ayam goreng dari dalam kuali.



Izza masih dia membatu.



“okeyyy?” Zahran menyoal kembali bila Izza masih diam di pintu dapur.



“ Ha.”



***



“ Sorry.”



“ For what?” Zahran yang tengah menggigit ayam goreng mengangkat kening.



“ Terpaksa masak sendiri. I pergi Melaka tadi, ada meeting. Balik lambat. Sorry.” Izza menguis nasi di dalam pinggan. Nasinya belum luak walau sedikit.



“ Tak ada apa la. Kebetulan balik awal tadi.”



“ Sorry tau.”



Zahran mencapai seketul ayam goreng dan diletakkan di dalam pinggan milik Izza bila dia perasan yang pinggan isterinya itu masih kosong. Sesudu kangkung goreng belacan turut diletakkan di dalam pinggan milik isterinya itu.



“ It’s okay la. Kita sama-sama bekerjaya, masing-masing sibuk, masing- masing ada tanggungjawab sendiri. Let’s make a deal. Siapa yang balik dulu kena masak, kena angkat jemuran. Siapa yang balik lambat kena kemas dapur, lipat baju. Sidai kain pagi-pagi tu kita gilir-gilir buat. Okey?”



Izza masih merenung Zahran yang tengah memandang terus padanya.



“ I tahu, you penat. I tak nak tambahkan beban you dengan kerja rumah. Tak salah kan I nak tolong kurangkan beban you dekat rumah ni? Kita hidup dalam rumah ni, kongsi buat kerja rumah sama-sama, kongsi hidup sama-sama, barulah dipanggil married life, sharing life together with my other half.”



Izza tak tahu nak cakap apa. Sesungguhnya, dia terasa sangat beruntung ketika ini. How understanding he is. Rasa macam nak peluk aje dia ni. “ Thank you.”



“ Dah makan.”



Izza mengangguk. Entah kenapa, seleranya datang tiba-tiba.



“ Sebelum terlupa, you dah apply cuti jumaat minggu depan dengan isnin minggu satu lagi?”



“ dah.”



“dah approve?” Kening Zahran sekali lagi terangkat.



“ dah.”



Zahran mengangguk-angguk



“ Kenapa ek?”



“ I nak bawa you pergi somewhere minggu depan.”



“ Pergi mana?”



“ Adalah.”



“ Kita nak pergi mana ni?” Dia bertanya buat kali kedua. Curious.



“ Adalah.”



“ Adakah ianya….”



“Hmm?” Zahran menyoal.



“…honeymoon?”



Zahran yang tadi menunduk memandang pinggan mengangkat wajah. “ Entah, bolehlah kut.”



Bolehlah kut jawapan dia? Apa punya jawapanlah tu.



“Makanlah. Jangan lupa kemas dapur lepas ni ek?”



“ Tahulah.” Pendek Izza menjawab. Sebenarnya, dia cuba meneka kemana Zahran nak bawa dia hujung minggu depan.



Pergi mana ek?



***



“ Done packing?”



Izza mengangguk.



“ Great.”



“ Kita nak pergi mana ni?” Izza bercekak pinggang memandang Zahran yang tengah menggalas Deuter berisi barang-barang miliknya. Dia turut menggalas beg miliknya.



“ Jalan-jalan cuci mata.” Zahran menapak keluar dari dalam rumah diikuti dengan Izza di belakangnya.



“ Cuci mata?”



Zahran mengangguk. Dia mengunci pintu dan grill rumah.



“ Apa-apa aje la.” Izza membalas acuh tak acuh. “ Kita nak pergi naik kereta siapa ni?”



“ Kereta api.”



“ Hah?” Izza memejam celikkan mata berulang kali.



“ Ke-re-ta a-pi.” Zahran menarik tangan Izza agar menurutnya keluar dari perkarangan rumah.



Mana dia nak bawa aku ni?






*lyric snippets ayu- VE

Saturday, September 17, 2011

percaya padaku- 7



“ Weh.”



“ Amende?” Izza yang tengah memotong cebisan ayam menjeling pada Syida disebelah. Apa kes nak bisik-bisik ni?



“ Ni ke bakal laki kau?”



Izza menjeling pada Zahran yang tengah berborak dengan Jamal, suami Syida dihadapan. Lasagna milik lelaki itu hanya luak suku. “ Ha.” Pendek Izza menjawab. Dia menyuap roasted chicken ke dalam mulut.



“ Babe, aku rasa macam tak percaya aje kau nak kahwin tetiba. Kau betul ke ni?” Roasted beef dicucuk dengan garfu dan dibawa ke mulut.



“Betullah, takkan aku nak main-main kut?”



Syida mengangguk-angguk. “ Tak sangka aku kau dapat suami yang satu sekolah.”



“ Satu sekolah????” Tangan yang ingin menyuap sauteed potato terhenti diudara.



“ La, dia ni kan senior kita masa dekat sekolah dulu, kau tak perasan ke?”



Izza memandang Zahran yang tengah mencucuk brokoli dengan garfu. Mungkin terasa diperhatikan, lelaki itu mengangkat wajah. Keningnya dinaikkan.



Izza menggeleng sebelum kembali memandang Syida disebelah. “ Dia ni senior kita ke?”



“ Tua setahun daripada kita. Alah, ingat tak dulu masa kita main gamelan waktu hari kecemerlangan masa form four dulu, kan budak-budak gamelan duk kecoh-kecoh usha budak-budak silat, dia la antaranya.”



Dahinya berkerut. “ Iye ke?”



“ Iye la. Kau tu bukan perasan pun sebab dekat mata kau cuma nampak Naqib aje.”



Pandangan Izza mencerun. “ Mana ada. Aku kan main gambang, jadi kena tunduk bawah aje. Lainlah macam kau, main gong. Mata boleh melilau kemana-mana.”



Syida mencebik. “ Hello, sekolah kita tu kecik aje, berapa kerat aje student. Takkan tak kenal senior kut?”



“ Aku mana peduli orang lain.”



“ Sebab kau peduli pasal Naqib sorang.”



“ Syida, baik kau diam!”



Masing-masing terdiam bila terdengar suara Izza yang agak kuat itu. Nasib baik tak ramai orang di dalam The Teapot Deli itu. Izza tersentak. “ Maaf, terkuat pula.” Tersengih.



“ Sorry. Jangan marah aku.” Syida mencuit lengan Izza.



Izza terdiam. Tak percaya yang dia dan Zahran dulu satu sekolah. Tak pernah nampak muka pun?



***



“ Nak tanya sikit.”



“ Hmm?” Zahran membetulkan letak jam dipergelangan tangan kiri.



“ Kita dulu satu sekolah ek?”



Zahran menjeling sekilas pada gadis yang berjalan disebelahnya sebelum menjawab. “ Ha.”



“ Kenapa tak cakap?”



“ Tak tanya?” Zahran kerut kening.



Okay fine, jawapan menyakitkan hati. Izza mencebik sambil berjalan laju dihadapan. Macam manalah nanti kalau hidup sama-sama. Tak nak bayangkan. Kakinya berhenti melangkah bila dia teringatkan sesuatu.



“ Kenapa?” Zahran yang berhenti disebelahnya bertanya.



“ Happy belated birthday! Semalam birthday you kan?”



“ Thanks.”



“ You’re welcome.” Dia terdiam seketika. “ You…nak hadiah apa?”



“ Hmm?”



“ Nak hadiah apa? tapi jangan yang mahal-mahal, tengah pokai ni.” Izza tersengih.



Zahran terdiam memandang Izza yang tengah tersengih itu. Alahai, comelnya! Dia berdeham seketika kemudian untuk membetulkan perasaannya yang sedikit terpesong itu.



“ Cepatlah!”



“ Bajet you berapa?”



“ Bawah seratus.”



“ Sekejap.” Zahran menggaru pelipis.“ Deodorant.”



“ Deodorant???”



“ Deodorant, I punya dedeorant dah habis. Beli itu aje la, senang.”



Betul ke dia mintak benda ni? “ Pakai brand apa?”



“ Adidas.”



“ Betul ni nak deodorant??? Tak nak benda lain?”



“ Ha la.”



“ Okey, jom kita pergi Watson.” Nasib baik murah. Selamat duit aku. Dia ni bukan complicated sangat ek?



***



“ Nah.” Kad berwarna hijau itu dihulurkan pada orang dihadapannya.



“ Siapa kahwin?” EE menyambut kad tersebut dengan kening berkerut.



“ Aku.”



“ Kau??? Biar benar??” Buntang mata EE memandang Zahran yang tengah melipat kemeja ke paras siku.



“ Bukalah, baca betul-betul.”



Kad yang baru diterimanya tadi dibuka. Bait-bait kata yang tercetak di atas kad tersebut dibaca. Berulang-ulang kali.



“ Man…kau memang buat aku terkejutlah!” EE meraup muka. “ Apapun, tahniah bro! Tak pernah tahu pun kau bercinta dengan siapa-siapa.”



“ Pilihan mak aku, dengan persetujuan aku.”



“Ooo.” EE mengangguk. “ Betul apa aku cakap kalau mak kau pilihkan terus kahwin lepas raya.”



“Kebetulan aje tu.”



“ Mana…aku ahli nujum terhebat tau.”



“ Iyelah Pak Belalang.” Zahran menjawab malas.



“ Pak belalang kau panggil aku?”



Zahran mencebik sebelum dia mengangkat tangan memanggil pelayan.



***



Blackberry di tepi notebook berbunyi membuatkan fokus Izza terhenti seketika. Plant vs. Zombie dipausekan.



Are you getting married?



Keningnya berkerut. Siapa ni? nombor tak kenal. Dia membalas mesej tersebut.



Siapa ni?



Telefon bimbit itu diletakkan kembali. Belum sempat dia berbuat apa-apa, ia kembali berbunyi.



Kenapa you kahwin dengan dia? Do you love him?



Izza jadi geram tiba-tiba. Ni siapa nak jadi anonymous ni? Aku tanya dia siapa tapi tak jawab lepastu tanya aku soalan yang bukan-bukan.



Kalau nak aku jawab soalan kau, baik kau cakap kau siapa.



Izza menunggu balasan mesejnya tadi. Tak lama kemudian, ia berbunyi. Aha, balas pun.



Naqib.



Cekap tangannya membalas mesej itu.



None of your business.

And you, GO TO HELL!!




Monday, September 12, 2011

percaya padaku- 6



“ Apa benda yang kau tengok sampai macam tu? Kalau rabun pakai cermin mata la.” Malik menepuk bahu Zahran yang tengah tengok monitor desktop dari jarak sejengkal. Nak tengok bakteria membiak dekat skrin ke?



Zahran mendongak. “ Skrin aku kotor. Tengah bersihkan la ni.”



Macam tu ke gaya orang nak bersihkan skrin? Apa-apa aje la. “ lunch jom.”



Tag Heuer yang melilit pergelangan tangan kirinya dipandang. Dah lunch ke? alahai, sekejapnya masa berlalu. “ Sekejap, kau turun dulu. Naik kereta kau la ek?”



“ Ha.” Malik mengangguk. “ Aku turun dulu.”



Zahran angkat tangan tanda ok.



***



Zahran merenung Malik yang tengah menyuap nasi. Nasi ayam di dalam pinggannya hanya luak sedikit.



Malik yang menyedari dirinya diperhatikan, mengangkat wajah. “ Kau tengok aku macam tu kenapa?”



Zahran menggeleng. “ Tak ada apa.”



“ Cuak aku kau tengok aku macam tu.”



Zahran tergelak kecil. Tapi dalam fikirannya berlegar-legar beberapa soalan. Soalan yang rasanya sesuai dijawab oleh Malik. Tapi dia macam segan nak tanya. Tapi kalau tak tanya tak tahu, kan?



Dia menarik nafas. “ Aku nak tanya sikit boleh?”



“ Amende?” Malik menyuap nasi ke dalam mulut sambil matanya melirik pada Zahran dihadapan.



“ Kau dengan …Izza tu, macam mana boleh kenal ek?”



Malik menelan nasi yang dikunyah didalam mulut. Menghirup sirap limau sebelum menjawab. “ Aku kawan dengan dia la dari sekolah rendah.”



“ooo.”



“ Apasal, kau berminat ke dengan dia tu?” Lain macam bunyinya dia punya ‘ooo’ tu.



Zahran hanya tarik senyum nipis.



Malik tergelak. “ Kalau kau berkenan, cepat-cepat sambar bro. Melepas nanti aku tak jamin. Ramai yang simpan perasaan senyap-senyap dekat dia tu.”



“ Mana ada.” Zahran menidakkan.



“ mana ada kau tu la maksudnya ada, kan?”



Zahran memandang Malik yang tengah tersengih-sengih sambil gigit tulang ayam itu.



“ Kau tak berminat dengan dia tu?”



“ Kalau aku berminat, tak adanya aku minta tolong dia jadi gadis pembawa dulang masa aku bertunang dulu. Apa la kau ni.”



Zahran mencebik. “ mana la aku tau. Kau bertunang dulu aku mana ada dekat sini.”



Malik mengangguk-angguk. “ Betul juga.”



Zahran terdiam buat beberapa saat.. “ Dia tu macam mana ek?”



“ Stok baik bro.”



Keningnya berkerut.



“ Walaupun dia tu macam peramah dan gila-gila sikit, kitorang tak berani nak usik. Dia tu baik, kitorang tak sanggup nak main-mainkan kawan sendiri. Tanya banyak nampak?” Malik memain-mainkan keningnya.



Zahran menggeleng .



“ Kau tahu, kawan aku yang pakai baju melayu hitam tu pun berkenan dengan dia. Baik cepat.” Dia ingatkan yang Elman main-main aje malam itu, tapi bila Elman sendiri cakap yang dia macam berminat dengan Izza tu, dia pun macam terkejut juga. “ Jangan lama-lama Zahran.”



Zahran memandang sekilas pada Malik sebelum mengalihkan pandangan pada telefon bimbit miliknya di sebelah pinggan nasi ayamnya itu.



***



Izza memandang pinggannya yang sudah kosong. Kepak ayam tinggal tulang. Nasi goreng licin tak tertinggal walau sebiji nasi pun. mak cakap kalau makan tak habis nanti nasi menangis. Dia tak nak tidur malamnya dihantui oleh tangisan nasi yang tak habis. Haha.



Peduli apa aku? Aku bukannya jenis yang nak bajet ayu bila makan depan lelaki sampai nasi pun tak luak. Makan tetap makan. Kan?



Dia memandang lelaki dihadapannya. Zahran tengah menyedut jus longan dari dalam gelas. Beef kue tiau tinggal sup sahaja. Matanya ditebarkan ke seluruh ruang restoran Asiari itu. Tak berapa nak ramai.



“ Dah sudah?” Zahran menyoal bila gadis dihadapannya ini mengesat mulut dengan tisu.



Izza mengangguk. Dia tak tahu apa sebab encik cool ini nak berjumpa dengannya hari ini. Hari bekerja pula tu. Hari lain tak boleh ke? Tapi itu hanya diluahkan dalam hati. Bukan main terkejutnya dia tadi bila tiba-tiba Zahran telefon. Demam kah?


“ Sebenarnya, I nak cakap something, itu yang ajak keluar ni.”



Izza mengangguk. Jus tembikai dihirup.



“ Something pasal kita.”



Hampir tersedak Izza mendengarkan apa yang dikatakan Zahran itu. Something pasal kita? Alamak!



“ you tahu kan yang family kita … nak jodohkan…” Telunjuknya dilarikan antara dia dan gadis dihadapannya.



Jantung Izza berkerja lebih pantas kali ini. Kenapa encik cool? Kenapa saat ini? Aku belum fikir lagi pasal benda itu semua.



Zahran menghela nafas. “ You macam mana?”



“ Macam mana apa?” Keningnya berkerut.



“ Pasal benda tu?”



Izza jongket bahu. “ Entah.” Dia banyak kerja kebelakangan ini sebab consultant masing-masing nak pergi site. Sibuk uruskan macam-macam benda . dah la kerja banyak, lagi-lagi lepas raya. Mana ada masa nak fikir pasal benda itu.



Zahran terdiam. Merenung gadis yang tengah picit-picit straw dihadapannya itu.



“ You?”



“ I rasa… I okey kut dengan cadangan family kita tu.”



Izza rasa nak terlentang ke belakang. Betul ke? Betul ke apa yang aku dengar ni????



“ I tahu you macam terkejut tapi itu yang I rasa. Walaumacam mana pun, kita jumpa ni bukan sebab I nak paksa you terima I, bukan. I cuma nak you dengar apa keputusan I. Dan I terima aje apapun keputusan you nanti. I tak paksa.” Zahran melepaskan nafas. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh cakap macam ni, begitu yakin dengan kata-katanya.



Mungkin sebab dia dah tersuka pada pemilik mata yang cantik dihadapannya ini. bagaimana dia terasa sedikit cemburu bila melihat Izza melayan Malik and the gang. Itu sebab dia melarikan diri ke luar rumah tika itu. Dan rasa takutnya tiba-tiba datang bila Malik cakap yang Elman yang gagah itu turut menyimpan perasaan pada gadis yang tengah confuse dihadapannya ini.



Mungkin dia rasa betul-betul yakin bila dia memikirkan jawapan kepada isktikharahnya ramadhan yang lalu.



Dia berdeham. “ You okey?”



Tipu la kalau dia cakap yang dia okey. Terkejut badak tahu tak???



Izza tak dapat berfikir. Apa ni? Mimpikah? Dia cuba menggigit lidahnya dan nyata terasa sakit.



Okey bukan mimpi, ini realiti.



Dia terdiam lama. Menyusun kata. “ Bagi I masa, boleh?”



***



Izza termenung sendirian di meja taman di hadapan rumah. Nyaman angin malam tak dapat meredakan fikirannya yang tengah serabut itu.



Arghh!



Arnab milik abah di dalam sangkar di tepi meja itu tercangak-cangak mendengarkan jeritannya yang agak kuat itu. Ingatkan tak kuat tadi.



Serabut tahu tak. Minggu ni kerja pun banyak terbengkalai dek kerana terfikir benda ni. Shaza pun pelik tengok aku tak banyak cakap.



Teruk betul ek penangan Zahran tu? Haish.



Dia tak tahu nak cakap apa perasaanya pada Zahran. Jumpa pun berapa kali aje. Pertama kali dengar dia banyak cakap masa jumpa dekat SACC Mall hari tu.



Dia ada juga tanya dekat Malik pasal Zahran, pantas lelaki itu menjawab:



“Apasal aku jadi tempat rujukan ni?”



Teruk la Malik ni. Bila dia ugut tak nak datang majlis kahwin dia, baru la cakap. Itu pun tak habis-habis mengusik.



“ Dia tu okey la. Worth it la kalau jadi laki kau. Kau tu dah la banyak songeh, dia tu pendiam. Tak ada la perang dunia ketiga meletus nanti.”



Izza menarik nafas dalam. Pening. Tak tahu dengan keadaan diri sendiri. Mungkin dia masih tak dapat lupakan Naqib?



Dia cuba membayangkan masa depan dengan Zahran, tapi blurr. Tak dapat bayangkan. Haish.



“ Izza.” Sentuhan lembut dibahu mematikan lamunannya. Dia mendongak. “ Abah.”



“ Buat apa sampai termenung macam tu?” Abah melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan dengan anak daranya itu.



Izza tersenyum sambil angkat bahu. “ Tak ada apa la abah.”



“ Mana ada tak ada apa, mesti ada apa-apa ni.” Abah tersenyum. “ Pasal Zahran ke?”



Bulat terus mata Izza. Mana abah tahu?



“ Dia ada minta izin abah sebelum kamu berjumpa hari tu.”



Patutlah abah macam tahu. Izza hanya senyap, tak tahu nak cakap apa.



“ Izza masih ingatkan Naqib ke?”



“ Entah la abah. Izza pun tak tahu.”



“ Izza, dalam dunia ni, tak semua yang kita rasa benda tu baik, elok untuk kita. Sebabnya, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Itu Izza kena ingat tu.”



Dia memandang abahnya yang tengah melayan Seman, arnab gemuk yang tengah tercangak-cangak itu. “ Macam mana abah tahu yang dulu jodoh abah dengan mak?”



Abah memandangnya sekilas sebelum kembali menunduk. “ Macam abah cakap tadi, benda yang kita rasa baik, tak semestinya elok untuk kita. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita.” Abah kembali memandangnya. “ Masa abah kerja atas kapal dulu, sekali masuk bekerja, berbulan baru balik darat balik.”



“ Ini kisah cinta abah dengan mak ek?” Izza teruja tiba-tiba.



Abah hanya tersenyum. “ Izza tahu kan yang mak dengan abah sekampung.”



Izza mengangguk laju.



“ Sebenarnya mak dengan abah kenal masa hari pernikahan.”



“ Seriously?”



“ dalam kampung tu, ada dua orang nama Aishah. Satu mak kamu dan ada lagi sorang. Sebenarnya, abah bercinta dengan Aishah yang lagi satu tu, bukan dengan mak kamu.”



“ Biar betul????” Izza terkejut.



Abah masih tenang bercerita. “ Sebelum abah pergi berlayar, abah pesan dengan arwah nenek kamu suruh pinangkan Aishah yang bercinta dengan abah waktu itu, nanti abah balik terus kahwin. Entah macam mana arwah nenek kamu misunderstand pasal benda ini, sekali arwah nenek kamu pinangkan mak untuk abah. Balik dari berlayar, abah excited nak kahwin ni, tapi terkejut bila tengok pengantin perempuan dah bertukar, bukan pilihan abah.”



“ Apa abah buat waktu tu?”



“ Tak boleh buat apa-apa la. Semua dah settle, tinggal nak nikah aje. Nak tak nak kena nikah juga sebab tak nak tanggung malu.”



Izza terdiam. Macam tu ke kisah abah dengan mak.



“ Walaupun macam tu, abah bersyukur sebab dapat isteri sebaik mak kamu. Memahami, berdikari dan sangat penyabar. Faham-fahamlah pelaut macam abah ni, berbulan tak ada dekat rumah.”



“ Abah…bahagia tak dengan mak?”



“ Kalau tak bahagia, takkan wujud Izza dekat dunia ni.” Abah tergelak.



Izza turut tergelak.



“ Sudah-sudahlah tu Izza, Naqib dah tertulis bukan untuk kamu. Abah tahu, sembilan tahun tu memang payah nak dilupakan kan? Tapi Allah sudah tetapkan yang ada lelaki lain yang lebih baik dari Naqib untuk Izza. Zahran mungkin?” Kepala anak bongsunya diusap-usap.



Izza memandang abah. Abahnya itu masih tersenyum. “ Abah tak paksa pun Izza terima Zahran tu, itu bergantung pada hati masing-masing. Abah tak nak anak abah terpaksa terima, takut nanti kalau bercerai-berai salahkan abah pula.”



“ Izza macam was-was la dengan dia tu. Betul ke dia jodoh Izza?”



“ Istikharah, berdoa banyak-banyak moga Allah berikan petunjuk pada Izza. Insyaallah.”



p/s: Kisah abah Izza adalah berdasarkan kisah benar dan sedikit tokok tambah untuk menyedapkan cerita.


apahal terasa serius pula cerita kali ni? wahaa~

Monday, September 5, 2011

percaya padaku- 5



“ Tak.” Izza menggeleng laju.



Zahran mengangguk. Selamat anak orang. Karang aku pulangkan anak dara orang ni dengan kepala benjol, mau aku kena serang dengan bapak dia.



Izza berpusing. Berjalan keluar dari kedai kasut tersebut.



“ Tak nak beli kasut?”



Menggeleng. Dah malu sebenarnya. Tak apa la, dekat rumah tu banyak lagi kasut aku yang masih elok.



Zahran jongket bahu. Suka hati kau la, cik adik. “ Sekejap, singgah sini.”



Izza mengangguk sambil membontoti Zahran yang dah selamat masuk ke dalam butik Padini Authentics itu. Sesekali dia cuba mengelak orang ramai yang membanjiri Jusco Bukit Raja itu.



Sementara menunggu, dia membelek baju-baju yang tersangkut dihanger. Tarik-tarik random. Dan dia perasan yang ada seseorang disebelahnya yang asyik mengekor dia dari tadi. mungkin orang nak beli baju jugak. Kot.



Sehelai lagi baju dicapai. Dan tiba-tiba, orang disebelahnya itu ikut sibuk nak pegang baju yang dia tarik itu. Eh, ni apa kes nak berebut ni?



Izza berpaling.



“ Hai.”



kenapa dalam shopping complex yang tak berapa nak besar ni dia ada sekali??? Kenapa dekat sini??? Kenapa????



Izza jongket bahu. Baju ditangan diletakkan kembali. Dan kebetulan, Zahran sudah berdiri disebelahnya dengan plastik ditangan. Bagus.



“ Dah sudah?”



Zahran mengangguk. Tapi matanya dilirikkan pada lelaki yang tengah memandang pelik dirinya itu. Siapa ni? Kawan dia ni ke?



“ Balik jom.”



Dia mengangguk buat kesekian kali. Sempat dia menjeling sekilas pada lelaki yang tengah pandangnya macam nak telan itu.



***



Zahran memandang refleksi dirinya dicermin. Tangannya dicekak dipinggang. Raya dah menjelma. Sekejap lagi dia akan ikut mama dengan ayah beraya rumah siapa entah.



No jeans, no shirt, no slacks, no t-shirt or whatsoever. Mama nak tiap kali beraya pakai baju melayu siap bersongkok dengan bersampin. Bila lagi nak pakai baju melayu lengkap macam ni kalau bukan hari raya?



Fine mama, fine. Tapi boleh aje pakai semua ni masa hari jumaat, kan? Dia tak kisah nak pakai itu semua, tapi warna baju melayu yang dipakainya ini dia sangat tak berkenan.



Hot pink.



Setahunya, hanya EE yang boleh pakai sesuatu yang berwarna merah jambu tanpa rasa bersalah. Jangan mendiskriminasi warna mengikut jantina, katanya. Tapi warna yang terlampau menyerlah ini…..



Dia menarik nafas dalam sambil melangkah keluar dari bilik. dan bila dia turun dari tangga, Zahra memandangnya teruja.



“ Handsomenya abang Zahra!”



Zahran mencebik. Ni mesti dia yang pilih warna ni. Sepuluh kilometer pun boleh nampak.



“ Abang jangan buat muka terpaksa macam ni waktu raya.”



“ Pink okey.” Dia terhenti seketika. “No, hot pink. Gila menyerlah tahu tak!”



“ Hey, pink color trend tahun ni tau.”



Zahran buat muka taknak dengar. Kisah apa aku dengan color trend. Lain kali kalau nak pilih color pun, beragak la. Teruk la adik aku ni.



“ Jangan risau la. Okey aje dekat abang. Tengok, ayah nampak muda apa.”



Zahran melirikkan pandangan pada ayah yang tengah tersengih sambil bercekak pinggang . Dia kemudiannya mencapai kunci kereta dan berlalu ke luar rumah.



Tengok pelita dekat luar rumah lagi bagus.


***



Izza menapak masuk ke dapur apabila selesai bersalaman dan menghidangkan air pada keluarga encik cool yang tiba-tiba bertandang ke rumah malam ini.



Ni mesti kerja mak ni. Dulu mana ada dia datang rumah masa raya?



Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung di meja makan. Dia tersenyum sendiri sebelum senyuman itu bertukar menjadi tawa.



Baju yang aku pegang hari tu baju dia ke???



Haha! Tak sangka pulak. Mesti dia segan pakai baju warna hot pink macam tu. tunduk aje dari tadi.



“ Izza!”



Dia menekup mulut dengan tangan. Tak nak orang tahu yang dia pergi dapur sebab nak gelak. Abah terjengul dimuka pintu dapur.



“ Kawan sekolah kau datang.”



“ Ha.” Tudungnya dibetul-betulkan sebelum melangkah keluar. Laju dia berjalan ke muka pintu.



“ Assalamualaikum tuan rumah! Kami datang nak beraya. Ada orang ke tidak ni?” Jejaka berbaju melayu kuning air siap bersampin bercekak pinggang. Disebelahnya ada seorang lagi jejaka berbaju melayu hijau pucuk pisang dan berseluar jeans.



“ Masuk weh, masuk. Aku dah lapar ni.” Jejaka berbaju melayu ungu cair bersongkok senget terlebih dahulu mendahului dua jejaka tadi yang masih tercegat dimuka pintu. Langkahnya mati apabila bahunya ditepuk oleh jejaka berbaju melayu hitam siap bersongkok dan bersampin.



“ Tuan rumah tak jemput lagi korang nak serbu masuk.” Izza mencebik sambil berjalan mendapatkan empat jejaka yang berdiri di depan pagar. “ Masuklah kalau tak malu.”



“ Kitorang memang tak malu!” Empat jejaka itu membalas serentak sambil melangkah masuk ke dalam rumah.



Izza ketawa. Dan tua bangka pun masih nak loyar buruk lagi.



Adeeb yang berdiri dimuka pintu menjenguk ke dalam rumah. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket baju melayu ungunya.“ Eh, ada tetamu ke?”



“ Ye ke? muat tak kalau kita masuk ni?” Handphone ditangan Elman dimasukkan ke dalam poket baju melayu hitamnya.



“ Masuk aje la, karang kalau tak muat pepandai la dorang keluar. Haha, jahat tak aku?” Raid membetulkan butang baju melayu hijau yang mencekik lehernya.



Malik menggelengkan kepala sambil membetulkan baju melayu kuning air yang menggelebeh. Dia melangkah masuk apabila tiga sahabat dihadapan menapak ke dalam rumah.



Zahran yang sedari tadi asyik mengunyah rempeyek bayam mengangkat wajah. Tangan yang berminyak dikesat dengan tisu sebelum bersalaman dengan tetamu yang baru tiba itu. Dan apabila dia terpandang lelaki yang berbaju melayu kuning air, matanya terus bulat.



“ Bertuah punya kawan! Kau dekat sini ke?” Malik menepuk bahu Zahran yang tak boleh berkata-kata sebab mulut penuh dengan makanan.



Zahran mengangguk-angguk sambil mengangkat tangan.



“ Aku duduk sana.” Telunjuknya diarahkan pada meja yang diduduki sahabatnya itu.



Izza yang tengah menuang air ke dalam gelas menaikkan kening pada Malik yang baru duduk di sofa disebelahnya. Gaya macam kenal lama je?



“ Dia tu officemate aku. Mana kau kutip dia tu? Asal dia ada dekat sini?” Malik memanjangkan tangan dan mencapai sekeping rempeyek bayam dari dalam balang yang dipeluk Elman.



Terus bulat mata Izza. Dorang kenal ke? Patutlah muka encik cool itu macam tercekik rempeyek bayam aje tadi bila nampak Malik masuk. “ Family dia tu kawan mak aku.”



“ Kau tak beraya rumah ehem ehem ke?” Elman bersuara sambil tangannya memukul belakang tangan Malik yang ingin mengambil balang di dalam pelukannya. Tiap kali beraya rumah Izza ni, benda ni la yang paling awal aku sambar. Siapa pun tak boleh ambil.



Malik mencebik. Perangai macam budak-budak.



“ Aku takde ehem ehem macam korang.”



Adeeb angkat tangan. “ Aku terkecuali.” Matanya dilirikkan pada Izza yang duduk bertentangan dengannya. “ Izza, jadi girlfriend abang?”



Izza gelak.



“ dol, kita sebaya. Takkan Izza ni nak panggil kau abang?” Raid yang tengah mengunyah biskut sarang semut menyiku Adeeb yang tengah kenyit mata pada Izza.



“ Nani kau tu nak campak mana , Deeb?” Elman menyoal. “ Izza jadi girlfriend untuk abang Elman ek?”



Izza menjuihkan bibir. “ Korang ni loyar buruk banyak la. Asal tahun ni sikit aje yang datang?” Izza menuang air pada gelas Adeeb yang dah kosong. Empat jejaka berbaju melayu ini adalah rakannnya ketika sekolah rendah. Tiap-tiap kali raya, mesti datang rumah. Dulu, sekali datang sampai berpuluh-puluh. Sekarang dah kurang.



“ Berapa kerat aje yang masih bujang weh. Yang lain semua dah kahwin, balik kampung bini la tu.” Malik membalas.



Izza mengangguk. Teringat kata-kata Malik satu ketika dulu.



Baik pergi beraya rumah kawan-kawan selagi belum kahwin, selagi boleh pergi beraya ramai-ramai ziarah kawan-kawan lama. Nanti bila dah berkeluarga, bila lagi nak melawat kawan-kawan lama macam ni.



Dia respect kata-kata Malik itu. Terharu. “Ha kau, tak kerja ke Inspektor Elman?”



“ Aku baru balik kerja la tadi. Cepat-cepat aku bersiap sebab Malik cakap destinasi pertama adalah rumah cik Izza sayang.”



Pecah tawa dimeja itu.



Sesekali Zahran melirik pada meja dimana Malik and the gang duduk. Dilihatnya Izza tengah tutup mulut. Tahan gelak. Lama dia memandang wajah ceria yang tengah bercerita dengan empat orang jejaka itu.



Dia menarik nafas dalam. Balang yang sudah kosong ditutup dan diletakkan kembali di atas meja. Tangannya dikesat dengan tisu. Sesudah itu, dia meraba poket baju melayu striking yang tersarung dibadan.



Mana handphone aku?



Dijenguk-jenguk atas meja dan sofa tempat duduknya. Tak ada jugak. Tinggal dalam kereta kut. Kunci Land Rover milik ayah dicapai.



“ Pergi mana?” Mama yang tadi rancak berbual dengan mak si Izza bertanya.



“ Ambil telefon. Tinggal dalam kereta.”



“ nanti-nanti kan boleh ambil.”



“ Abang baru teringat abang kena email something dekat kawan abang.”



Mama mengangguk.



Zahran melangkah keluar. Hakikatnya, itu hanya alasan yang dia cipta pada mama. Dia sebenarnya perlukan sebab untuk keluar dari rumah itu untuk seketika.



***



“ Izza, kitorang balik dulu.” Malik menghidupkan enjin Civic hitam miliknya. Raid melambaikan tangan dan kemudian mengambil tempat disebelah Malik.



“ Abang Adeeb balik dulu.” Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang.



“ Abang Elman balik dulu, Cik Izza sayang!” Elman duduk bersebelahan dengan Adeeb.



Izza dah tak larat nak gelak.



“ Assalamualaikum!”



Salam dijawab dalam hati. Tangannya membalas lambaian empat orang sahabatnya itu. Setelah Civic itu hilang dari pandangan, dia berpusing. Suhayla, anak abang Izzat tengah main bunga api dekat depan rumah. Fikri, anak kedua abang Izzat tengah tidur tadi.



Segera dia melangkah mendapatkan anak buahnya itu. “ Asu nak sepuluh.” Telapak tangannya diunjukkan pada Suhayla yang tengah memengang bunga api.



“ Mana boleh!”



“ Asu nak jugak!”



“ Tak boleh la. Asu nak, Asu beli sendiri la.”



Izza bulatkan mata. “ Tak apa tak nak bagi Asu. Tadi nampak tak kawan Asu yang pakai baju melayu hitam tadi? Dia tu polis tau. Nanti Asu telefon dia suruh tangkap Kakak masuk dalam penjara.”



Mata gadis kecil itu tajam melihat Izza.



“ Asu nak telefon dia la.”



Suhayla menghulurkan separuh bunga api dalam genggamannya pada Izza. Izza ketawa kecil. Aha, menjadi jugak aku paw budak kecik ni. Hehe.



Izza mencangkung di sebelah pelita yang diletakkan di atas jalan tar dihadapan rumah. Sebatang bunga api cuba dihidupkan.



“ Bunga api pun paw dekat budak kecik. Kedekut sungguh.” Izzat yang dari tadi memantau anaknya bermain berdiri disebelah Izza.



“ Biarlah.”



Tak tahu ke yang pakwe kau tu duk tengok kau dari tadi. Habis saham jatuh.”



“ Pakwe?” Izza mendongak.



“ tu.” Bibir Izzat dijuihkan pada satu arah.



Izza melihat pada arah yang ditunjukkan Izzat. Hampir dia terduduk bila melihat Zahran tengah berdiri tak jauh darinya. Dan mata lelaki itu terus-terusan memandangnya.



Terus Izza berdiri. Izzat membisikkan sesuatu pada Suhayla yang tengah masam mencuka itu. Entah apa yang dikatakan Izzat pada anak sulungnya tu sampai Suhayla menapak mendapatkan Zahran.



“ Pak Su, tengok Asu curi bunga api Kakak. Tinggal sikit dah.” Suhayla mengunjukkan baki bunga api dalam genggamannya.



Izza rasa nak terjatuh bila dengar apa yang dikatakan anak buahnya tadi. Ini ajaran abang Izzat la ni. Dia memandang tajam pada Izzat yang tengah sakan tergelak.



Zahran bertinggung dihadapan gadis cilik itu. “ Iye ke? Meh sini Pak Su tengok.”



Suhayla mengunjukkan bunga api pada Zahran.



Zahran menyeluk poket baju melayunya. Dua keping sampul dikeluarkan. Dia memang suka standby duit raya dalam poket baju. “ Ni satu ganti Kakak punya bunga api yang Asu ambil. Lagi satu simpan ye.”



Bercahaya muka Suhayla apabila mendapat sesuatu yang tak diduga itu. Terus dia berlari mendapatkan bapanya, hilang dah pasal bunga api.



Zahran melangkah mendekati pada Izza yang tengah tercegat di hadapan rumah. Sekeping sampul berwarna hijau dihulurkan pada gadis itu. “ Nah, buat beli bunga api.”



Kening Izza berkerut. “ Dah besar la, buat apa nak bagi duit raya?”



“ Asu tak nak ke? Bagi Kakak la, Asu.” Suhayla berdiri mendongak di antara Izza dan Zahran.



Izza mencebik memandang anak buahnya itu. Dia nak? Baik aku ambil. Dah orang nak bagi, ambil aje la. Siapa tak nak duit weh?



Teragak-agak dia menyambut huluran itu. “ Terima kasih.”



Zahran mengangguk dan kemudian berlalu ke dalam rumah. Sempat dia mencuit pipi Suhayla yang gebu itu.



“ Ada orang tu, dah pangkat mak budak pun dapat duit raya!” Izzat menggiat.



“ Diamlah!”




p/s: musim raya ni bontot besar setalam. banyak makan.