Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Thursday, April 29, 2010

mangkuk tingkat [intro]



"kau takkan jumpa perempuan macam tu sekarang la weyh"

"mesti ada punya, just wait and see je lah,"pili air singki ditutup.

"urgh,,,,kau masuk kampung sekarang pun belum tentu dapat! percayelah cakap aku!"

"kalau aku cakap ade macam mana? and i found her here, now. kau nak cakap apa?" tisu ditepi dinding ditarik.

"aku congrats je, tapi bende ni almost impossible la..manede anak dara travel pakai baju kurung dah sekarang, kau tengoklah dressing minah-minah kat sini, daring habis! selalu makcik-makcik je yang travel pakai baju kurung!"

"dahlah, malas aku nak layan kau!" aku tahulah kau lagi senior dari aku tapi as my cousin takkan taknak support kowt impian sedara sendiri!


"alalala, merajuk? ape barang laki merajuk ni!" beg hitam ditarik.

orang yang puas dikutuk tadi terlebih dahulu melangkah keluar dari tandas.


bukk!!

taaaaanggggg! bunyi sesuatu berlaga dengan jubin lantai berkilat. macam bunyi benda ...hmm...seakan-akan logam."maaf cik! saya tak perasan , mintak maaf sangat-sangat!"


gadis yang terduduk dihadapannya sedikit mengerang. sakit barangkali. mestilah sakit! manede jatuh tak sakit! nasib baik sekarang agak lengang. kalau tak,,mau jadi drama sebabak depan jamban ni.

"takpe encik, saya tak apa-apa, saya yang salah! maaf ye encik!" gadis tersebut berdiri lalu mengutip barangnya yang terjatuh tadi.

"maaf encik, saya nak cepat, maaf tau!" gadis tersebut menarik senyum lalu melangkah laju meninggalkannya.

lelaki yang dilanngar tadi masih tercegat. matanya tertancap pada kertas segiempat tepat putih bercorak hijau yang tersadai di lantai.


"cik! cik! your boarding pass!"

gadis tersebut masih berjalan pantas.

kakinya mula mengejar derap langkah gadis tersebut "cik! cik!....." matanya meneliti boarding pass tersebut..."cik Edryna!"

gadis tersebut berpaling

"your boarding pass,"

gadis dihadapannya kini menepuk dahi," Ya Allah, tak perasan, Thanks ye!"


"you're welcome," bibirnya menarik senyum.


dan gadis tersebut meneruskan langkah kakinya.

"bro!' bahunya ditepuk kasar."apsal kau tercegat kat sini weyh? bukan ke kita nak pergi sana?" tangan menunjuk arah bertentangan.

"did you see what i see?"

huh? tak faham!

"that girl,"

"yang mana? yang tadi tu, yang langgar kau then kau buat scene kejar-kejar tadi tu?"

mengangguk.

"so?"

"she's wearing baju kurung,"

eh, a'ahlah!

"here, kat tetengah airport ni,"

yup! that is so true!

"benda yang aku cakap tadi bukan impossible kan?"

senyap

"dan kau nampak tak benda yang dia bawak tadi?"

geleng. takkan bom kot! mane lepas time nak scan!

"dia bawak mangkuk tingkat,"

gila, sekarang manede orang pakai mangkuk tingkat lagi weyh! bawak naik flight pulak tu! perempuan ni duduk zaman bila ni?

3 comments:

Afie said...

cepat2 sambung...x sabar nk bce da ni...huhu

MeGa_Lisa said...

Love it... permulaan crita dah buat saya tersengih sendiri... heheh

Anonymous said...

novel "Si Mangkuk Tingkat" ni memang syok dan best.. Suka sangat gelagat Edryna and Ashraff.. Sweet~ :)