Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Friday, January 20, 2012

percaya padaku- 10



Warming up betul-betul, jangan merengek kalau sakit kaki bagai karang.” EE memandang pada isterinya yang tengah buat warming up.



“ Baiklah, sayang!” Aza membalas dalam nada jengkel.



EE tergelak kecil mendengar balasan isterinya itu.



Zahran yang kebetulan terpandang pasangan tersebut turut tersenyum melihat gelagat pasangan itu. Dia memandang ke sisi. “ Dah habis warming up?”



Izza menghembus nafas panjang. “ Dah.” Kepalanya diangguk-angguk. “ Kita nak start mendaki ikut mana ni?”



“ Situ.” Tangan Zahran menunjukkan pada tangga-tangga konkrit berlumut yang tersusun menuju ke atas.



“ Ada tangga ke?”



“ Taklah, sikit aje ni. Jalan atas sikit nanti dah tak ada tangga dah.”



“ Ooo.”



“ Dah ready ke?” Guide kurus bertopi mula bersuara.



Masing-masing mengangguk. Selesai membaca doa, mereka memulakan perjalanan.



Izza mendongak. Melihat satu per satu ahli ekspedisi memulakan perjalanan.



“I don’t think I can do this.”



***



Are you okay?” Zahran menyoal apabila Izza yang berada dihadapannya berhenti tiba-tiba.



Izza yang tercungap-cungap hanya menunjukkan isyarat tangan tanda kepenatan.



“ Baru sikit ni, tak sampai suku pun.” Zahran tersenyum sambil membetulkan tali DSLR dilehernya.



Izza hanya mendengar kata-kata Zahran. Tak mampu untuk membalas. Perlahan-lahan dia mula menapak. Membuntuti Zahran yang sudah memintasnya. Lelaki itu sedang khusyuk mengambil gambar sekeliling. Beban yang digalas dibelakangnya macam takde effect apa-apa pun gayanya.



Izza memandang lama pada Zahran yang tengah membelek kameranya. Dia sebenarnya pelik dengan lelaki itu. Sepatutnya orang yang berkerjaya sepertinya yang patut suka tentang alam sekitar. Environmentalist macam aku ni ha yang patutnya macam tu. Tapi untuk kes Zahran dengan aku, dah terbalik.



Apa-apa ajelah.



Dia berjalan mendapatkan Zahran. “ Lama lagi ke nak sampai?”



“ I don’t know, tak kut. Kenapa, penat?”



Laju Izza mengangguk. Dia rasa macam nak tinggalkan aje beg galas dibelakangnya ini dekat mana-mana. Berat ya amat!



“ Sekejap lagi kut, sabar ek?”


***



Welcome to Baha Camp, Jelawang Jungle



“ Akhirnya!!!” Eliza yang berada dihadapan berlari menuju kawasan lapang dan menghempaskan begnya ke tanah.



“ Penat ke sayang?” Hisyam yang tiba seminit lebih awal daripada isterinya itu menyoal.



“ Penat tak terkata. Siapa tak rasa penat dia memang gila.”



Jawapan Eliza itu membuatkan yang lain tergelak.



Izza tersenyum lalu menuruti jejak langkah Eliza tadi. Dia melurutkan beg sandang dan dihempaskan ke tanah. Zahran yang tak habis-habis mengambil gambar menjadi orang yang paling akhir menjejakkan kaki di Baha Camp itu.



Izza menghulur air mineral pada Zahran. “ Tak penat ke?”



Zahran melabuhkan punggung disebelah isterinya itu. “ Penatlah jugak. You?” Dia meneguk air mineral.



“ Zero energy.”



Zahran mengangkat kening sambil menelan air yang masih berbaki di dalam mulut. “ Ini belum sampai atas lagi ni.”



“ Ada lagi atas ke?”



“ Mestilah.”



“ I can’t do it anymore. “



“ Alang-alang dah naik, baik naik sampai atas.”



Izza hanya terdiam. Tak mampu membalas. Zahran mengambil tempat disebelah isterinya. Peluh yang merecik didahi dilap dengan tuala kecil.



“ Weh.”



Izza dan Zahran serentak memandang EE yang tengah berjalan ke arah mereka. “ Kenapa?’ Zahran menyoal.



“ Kau pergi sana. View dia superb.” Tangan EE menunjuk pada satu arah. “ Bahagian atas air terjun yang kita nampak tadi. Cantik gila, kau pergilah tengok.”



Zahran memandang isterinya disisi. “ Nak pergi?”



“ 2 minutes, please?”



Zahran mengangguk.



***



Malam semakin larut. Bunyi serangga melatari Baha Camp malam itu. Di dalam khemah,Izza membelek dslr milik Zahran. Permandangan dari puncak air terjun Jelawang terpapar diskrin Nikon itu.



Nice, kan?”



Izza memandang ke sisi. Zahran turut memandang skrin kamera ditangannya.“ Cantik sangat, rasa penat terus hilang.”



“ Kan dah cakap semua penat lelah you akan berbayar bila dah sampai atas ni.”



Izza mengangguk. Butang next ditekan. Gambar campers lain yang tengah buat sliding di air terjun bersebelahan Baha Camp terpapar. Gambar seterusnya, Zahran pula yang tengah slide turun dari air terjun sambil kedua belah tangannya diangkat menunjukkan tanda ‘peace’.



“ Kenapa you tak cuba slide tadi?”



Terus bulat mata Izza. “ You gila ke?”



“ I elok aje, masih waras sihat walafiat lagi.”



Izza menghela nafas. Loyar buruk pula dia ni. “ I takut air. Kalau air takat pinggang pun I dah start gelabah sebab I tak boleh berenang, takut lemas. And I afraid of height too. Bila dua-dua benda ni digabungkan, maknanya ia adalah double disaster.” Sebab itu dia rela jadi photographer dari ikut yang lain slide turun dari air terjun itu.



Zahran tergelak mendengar kata-kata Izza itu. “ With me, you need to overcome that. ”



“ Iyelah tu.” Izza menghulur kamera hitam itu pada Zahran. “ I nak tidur.”



“ Okey.”



Izza melabuhkan kepalanya pada beg yang dijadikan sebagai bantal. Sleeping bag hingga ke dada. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia berpusing menghadap Zahran yang masih bersila disebelahnya.“ Nak tanya sikit.”



“ Tanyalah.”



“ You macam suka aje dengan benda-benda berkaitan nature ni?”



“ Bolehlah.”



“ Kenapa ek?”



“ Kenapa tanya macam tu?”



“Sebab you kan orang O&G. Setahu I, orang-orang yang berkaitan dengan exploring raw earth sources mana peduli tentang benda-benda ni. kalau boleh, satu hari tu nak keluarkan semua yang ada dekat dalam perut bumi ni, esok cari tempat lain buat benda yang sama, selagi tak habis. Mana peduli benda lain.”



Zahran meletakkan Nikon ke riba. “ Manusia memang macam tu, selagi tak habis, selagi tu tak puas. But for me, it’s different. I’m also the one who destroying our mother earth. So, I need to be nice to her. Lagipun, I dah penat menghadap kerja hari-hari, sesekali nak lari dari benda-benda macam tu.” Dia menghela nafas. “ Nak tahu impian I tak?”



“ Apa dia?”



“ I nak pergi semua taman negara yang ada dekat Malaysia ni.”



Terbeliak mata Izza. “ Are you sure?”



Of course. Kalau orang lain especially perempuan boleh tawaf semua shopping mall dekat Malaysia ni, why not kita tawaf semua taman negara yang ada dekat Malaysia ni. At least, be nice to our free oxygen supplier.”



“Kita?”



“ Kita, you and me. Siapa lagi I nak bawa kalau bukan isteri I?”



Izza jongket bahu. Okay fine, whatever.



Lama mereka terdiam.



“ You teringin nak pergi tempat yang macam mana?”



“ Emmm, New Zealand.”



“ Kenapa?”



“ Entah, macam best aje dekat sana. Bila tengok lembu dengan biri-biri ragut rumput dekat ladang menghijau, cantik sangat.”



Zahran mengangguk-angguk. Blackberry miliknya berbunyi tiba-tiba.



“ Dapat line ek dekat sini?”



Zahran mengangguk. “ Dapat aje. Full lagi.”



“Ooo.” Izza menuturkan. “ Dahlah, nak tidur. Good night!”



“ Good night.” Zahran membalas kembali. Dia memandang skrin Blackberry. Mesej dari EE.



Pengantin baharu buat apa tu?



Zahran menarik senyum. Mengacau aje la dia ni.



Kacau daun. Pergi tidurlah!



Blackberry diletakkan ke tepi. Nikon yang diletakkan ke riba tadi kembali dicapai. Dia melihat kembali hasil tembakan lensa kamera kesayangannya itu. Apabila tiba pada gambar yang paling akhir, kamera itu ditutup dan dikembalikan ke dalam beg.



Zahran melihat Izza disisi. Wanita itu sudah nyenyak tidur. Penat sangat nampaknya. Telefon bimbitnya kembali berbunyi. Dia mencapai telefon putih itu.



Jangan buat benda bukan-bukan tetengah hutan ni



Cekap tangannya membalas.



PERGI TIDURLAH



Zahran terus mematikan telefon bimbitnya itu. Malas nak layan karenah jiran sebelah khemah. Dia siap simpan elok-elok telefonnya itu dalam beg.



Dia berbaring disebelah Izza. Sleeping bag ditarik sehingga ke dada. Dia berpusing , berdepan dengan isterinya yang sudah lena itu. Perlahan wajahnya didekatkan.



Sweet dream, sweetie.



Satu kucupan dihadiahkan didahi isterinya itu. Doa tidur dibaca sebelum matanya ditutup. Semoga esok lebih baik daripada hari ini.



***



Izza menggosok mata. Dah pukul berapa ni?



Morning sunshine! Bangun, dah subuh dah.” Suara Zahran yeng pertama menyapa gegendang telinganya.



“ Pukul berapa ni?” Suara Izza macam speaker rosak. Serak sebab baru bangun tidur.



“ Enam suku. Bangun cepat.”



Izza bangkit dari tidurnya. Zahran disebelahnya sudah bersila dengan Nikon ditangan.



Lambat-lambat Izza bergerak. Mesti sejuk nak ambil wudhu sebab kena guna air sungai pepagi buta macam ni. Eiii!



Usai solat subuh, Izza mendapatkan Zahran di luar khemah.



“ Jom.”



“ Pergi mana?”



“ Tengok sunrise.”



“ Dekat mana? Kena panjat sampai puncak ke?”



“ Taklah. Dekat situ.” Zahran menunjukkan puncak air terjun Jelawang.



“ Okey.”



Sempat Izza mengambil sepaket roti Gardenia sambal ikan bilis sebelum mendapatkan Zahran yang sudah meninggalkannya bertapak dihadapan. Bila dia tiba ditebing curam itu, kelihatan banyak campers lain yang dah duduk melepak. Eliza, Aza, Hisyam, EE dan si bujang kesepian, Apek pun dah ada. Aku bangun paling lambat ke? Malunya!



Izza mengambil tempat di sebelah Zahran yang tengah duduk sambil tengah setting apa entah dekat kamera. Bungkusan roti ikan bilis yang dah penyek itu dibuka dan roti itu dibelah dua. Satu bahagian diberikan pada Zahran.



“Thanks.”



Izza mengangguk. Matanya dihalakan ke hadapan. Dia tak berani nak pandang bawah sebab dekat bawah ni air terjun. Kalau jatuh, mati berkecailah nampaknya. Tapi dia bernasib baik sebab Zahran pilih tempat tak berapa dekat dengan tebing, kalau tak memang sampai sudah aku tak duduk sini.



Dia menghayati keindahan alam didepan mata. Dari puncak tersebut, tak nampak daratan. Yang ada cuma awan-awan putih terbentang dan puncak-puncak gunung dikejauhan. Perlahan-lahan mentari muncul dari celah-celah awan. Subhanallah, cantiknya!



“ Cantik.” Izza menggumam.



Zahran hanya mengangguk. Mulutnya penuh dengan roti.



“ Awan tu nampak macam karpet. Rasa macam nak jalan atas awan tu aje.” Secubit roti disuapkan ke dalam mulut.



Zahran memandang isteri disebelah. “ I have a wish.”



Izza berpaling. “ Apa dianya?”



“ Dulu, I pernah cakap dengan diri sendiri yang I want to watch sunrise with someone that I love, dan I rasa lega sebab dapat tunaikan hajat tu sekarang, with you by my side.”


Izza hanya tersenyum. Tak tahu nak jawab apa. Tak tahu pulak aku yang dia ni pandai juga mengarang ayat macam tu.




12 comments:

nhaz said...

thanks for the n3......

Anonymous said...

wah..ada n3 baru..
thanx 4 this sweet story.. :D
da masa t smbung lg ea.. :)

keSENGALan teserlah.. said...

aaaa. so sweeett

Anonymous said...

soooooooooookaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

just KD said...

ishhhh,terkejut tgk de n3!..

ezzati said...

ahak! ade sambungn cerita. best! macam nak ikut pnjat gunung plak bile bayangkan awan macam karpet. uuu~ keh3. :)

Anonymous said...

port feveret saya kat air terjun jelawang..bgun pagi2 sbb nak tgk karpet awan..waa...sonok baca n3 neh.mengingkap kenangan..

>>i<<

RinsyaRyc said...

akan di beli ^___^

honeza said...

bila nk sbg n3 br, ke stop utk kuar novel... x sabarnya tgu...

mizz acu said...

suwit siotttttttt!! xending lagi kan nih.. :)

Outv gb said...

done reading this hikayat :)
well done and gud job btw..
nak tgu for the next n3

kleo said...

wohhoo! memang jatuh sayang berkali-kali dah ni. lucky you, izza! :')

see, i could be somewhat cheesy too -.-