Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Saturday, August 27, 2011

percaya padaku- 4



Matanya terkebil-kebil memandang desktop. Sekejap-sekejap dia menunduk memandang paperbag di atas meja, sekejap-sekejap dia memandang desktop semula. Betul ke? Benda tadi tu betul ke?



Kedua belah tangannya ditekup ke pipi. Tak percaya!



“ Akak!!!!!!”



Terhenjut sedikit badan Izza akibat terkejut dek jeritan halus Shaza. Dia berpaling dan mendapati yang Shaza tengah tersengih sambil memain-mainkan keningnya.



“ Dulu cakap yang taknak dengan lelaki muka ketat sekali hambik, dating dekat office lagi!” Shaza menggumam. “ Pandai akak simpan rahsia, ek?”



“ Mana ada.”



“ Dah tu, dia tu siapa? Secret admirer?”



“ Tak.”



“ Then?”



“ Entah, tiba-tiba dia jatuh dari langit.”



Terus Shaza tergelak. Gelak sampai pegang-pegang perut.



“ Sakan kau gelakkan akak ek.” Mata Izza mencerun memandang Shaza yang tengah sakan tergelak. “ Kau tak ada kerja ke sampai sakan gelakkan akak ni?”



“ Tak. Sebab tu boleh melilau dekat tempat akak.” Shaza tersenyum.



“ Memandangkan kau tak ada kerja, akak ada kerja untuk kau. Tolong call semua consultant yang handle projek petrochemical dekat Johor tu. Tanya dorang nak datang progress meeting atau tak.” Izza mencapai sehelai kertas A4 yang tercetak nama consultant yang terlibat. “ Tolong ek?”



Shaza menyambut kertas tersebut. “ Hari apa? Bila? Dekat mana?”



“ Khamis ni dekat meeting room atas pukul 2.30.” Izza menyambung kerjanya.



“ Okey, okey.” Shaza mengangguk. “ Bila ek akak nak dapat assistant? Penat tau saya kena jadi assistant untuk 2 orang associate consultant. Kalau gaji double takpe, ni sama aje. Secoet.”



Izza tersenyum. “ Kau pergilah mengadu dekat bos. Untung-untung mana tau dapat naik gaji.”



“ Iyelah tu. Saya bukan kaki kipas, mana reti nak bodek bos. Okey la, nak pergi contact dorang ni.” Shaza menuturkan. “ Ada orang tu senyummm aje dapat hadiah dari ….. dot dot dot! Mungkin saya boleh propose dekat bos yang akak patut handle projek under Kak Sofiya tu. Kan? ” Cepat-cepat Shaza menjauhkan diri dari kubikel Izza.



Izza membulatkan mata. Ayat tak beragak!



Dia mencapai paperbag pemberian lelaki bernama Ahmad Zahran itu bila Shaza meninggalkannya. Menjenguk isi di dalam beg tersebut. Ada first aid kit kecil. Dan…



Dan …



Dan…



Dan…



Dan…



Dan..



Resit farmasi.



Ini mesti kes tertinggal ni. Atau sebenarnya dia sengaja nak bagitahu aku berapa banyak duit dia habis beli benda alah ni? Izza menghela nafas. Ingatkan dapat I’m sorry note ke, duit raya ke. Dah la dia yang buat aku mendapat kecelakaan sebegini. Sungguh tak patut.



Oh, dramatik sungguh ayat kau Izza!



Beg kertas itu diletakkan di tepi. Dia menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi.



***



“ Abang dah buat apa yang mama cakap semalam?”



Zahran yang tengah mengunyah murtabak mengangguk.



“ Abang bagi apa?”



“ First aid.”



“ Dan?”



Zahran mengerutkan dahi. “ First aid. Sahaja. Letak dalam paperbag. Lepas tu bagi dekat ….dekat…siapa nama anak kawan mama tu? Izza, ek?” Selamba dia menuturkan sambil mencapai lagi sepotong murtabak.



“ Itu aje????” Suara mama naik.



“ Dahtu?”



Zahra yang dari tadi menjadi pemerhati setia mencelah. “ Chopp! Ni mama dengan abang cakap pasal apa ni? Kenapa Zahra tak tahu?”



Zahran menyiku adiknya disebelah. “ Budak kecik jangan nak menyibuk! Ayah yang tak tahu cerita pun diam aje.”



Ayah jongket bahu.



Zahra buat muka. 23 tahun tu kecik ke? “ Dah la, Zahra nak sembahyang dulu.” Zahra bangkit dari kerusi dan berlalu ke tingkat atas.



Mama berzikir di dalam hati. Anak bujang aku ni memang la. “ Tak letak kad tulis ‘I’m sorry’?”



“ Perlu ke?”



“ Abang ni fail la.” Mama menggumam. “ Tadi hantar dekat mana? Rumah family dia?”



Zahran meneguk air tembikai dari dalam gelas. “ Dekat office dia. Alang-alang satu jalan tadi, singgahlah.”



“ Abang tahu dia kerja dekat mana???”



Zahran mengerutkan dahi melihat muka mamanya yang bersinar lain macam. “ Kan abang tengah handle satu projek, then projek tu require environment report something like that. Dia kerja dekat company yang handle environment report untuk projek abang tu la.”



“ Ooo.” Mama memandangnya dengan lirikan lain macam.



“ Tapi bukan dia yang handle projek abang tu. Orang lain.” Laju Zahran menjawab. Baik cakap awal-awal sebelum mama buat macam-macam prediction. “ Abang naik dulu la. “ Biji kurma yang dimakan tadi dimasukkan ke dalam gelas yang digunakan tadi.



“ Abang.”



“ Hmm?”



“ Abang rasa dia tu okey tak?”



“ Siapa?”



“ Perlu ke tanya lagi?”



Zahran terdiam.



“ Dulu kan abang suruh mama carikan calon untuk abang, sekarang mama ada calon dah. Ayah pun tak kisah. Abang sendiri dan jumpa dan pun kan? So, macam mana?”



Zahran masih lagi membisu. Cuba mencerna apa yang dikatakan mama sebentar tadi.



“ Mama nak abang fikir baik-baik. Mama just carikan aje, tak paksa pun. Mama ada risik-risik dengan mak si Izza tu, katanya single lagi. Padanlah kalau macam tu.” Mama mula mengemas meja. Piring bekas kuih tadi disusun menjadi satu. “ Sedang elok bulan puasa ni, abang doalah banyak-banyak. Mana tahu dapat petunjuk, jodoh abang dengan dia. Tahun depat boleh mama beraya dengan cucu baharu.”



“ Tengoklah nanti.” Zahran berdiri dan berlalu ke sinki.



***



“ Anak dara, meh tolong mak ni.”



Izza yang tengah bergolek-golek di hadapan televisyen berpaling. Mak menghulur sehelai baju separa siap dan penetas benang. Dia kemudiannya menarik sila.



“ Tolong buka jahitan baju ni. Mak salah jahit. Tolong ye.”



Izza menyambut huluran maknya. Baju itu kibas-kibas sebelum dibentangkan dilantai. Satu saat kemudian, dia tergelak.



Siapa punya baju melayu warna hot pink ni woih???



“ Kau kenapa Izza, gelak macam tu? Sungguh tak sopan la wahai anak dara!”



Izza terhinggut-hinggut menahan gelak. “ Mak, baju siapa ni mak? Hot pink! Tak menahan!”



Mak yang tengah menjahit tulang belut pada leher baju melayu teluk belanga warna ungu cair turut tersenyum. “ Orang la, takkan tiang elektrik kut. Dah cepat, buka jahitan tu. Kau punya baju raya belum potong lagi. Kalau kau banyak cakap, tak ada la kau punya baju raya tahun ni.”



Bibirnya dijuihkan. Mak mengugut. Tapi hakikatnya memang macam itu pun. Sesiapa pun la, kalau mak dia ambik upah jahit baju raya, baju raya family mesti buat last minute. Raya dah habis baru baju raya siap. Sadis!



Dia mencapai penetas benang. Jahitan yang salah tadi dibuka.



“ Izza.”



“ Hmm.” Matanya masih pada baju melayu ditangan.



“ Ada orang nak kenal dengan Izza.”



Hampir-hampir penetas benang menyucuk jarinya. Dia berpaling memandang mak yang tengah tertunduk menjahit tulang belut.



“ Siapa?”



“ Anak Cik Na.”



“ Cik Na??”



“ Yang datang hari tu. Yang Izza tergolek sebelah kereta dia tu.”



Zahran???? Lelaki mulut berat tu? Macam tak percaya pulak aku. Ke mak yang kenen-kenenkan ni?



Izza menghela nafas. “ Dia nak kenal ke mak yang nak kenalkan dekat Izza?”



Mak mengangkat wajah. Tersenyum.



“ Dah agak dah.” Izza menghela nafas.



“ Dia nak jumpa Izza.”



Kali ini dia tak dapat mengelak. Jarinya tercucuk penetas benang itu. Sakit! Dipicit-picit jarinya yang terkena hujung penetas benang itu. Nasib bak tak berdarah.



Dia mengangkat wajah. “ Tak nak la mak.”



“ Kenapa?”



“ Dia tu macam….macam ...” Macam apa ya?



“ Izza kenal ke?”



Dahinya berkerut. Kenal ke? Nak cakap kenal tapi entahlah. Kalau jadi tukang tunjuk toilet boleh dikategorikan sebagai kenal atau tak?



“ Tak.” Akhirnya dia menjawab.



“ Belum apa-apa dah judge orang. Jangan macam tu Izza.”



Izza jongket bahu. Tanda malas nak layan.



***



aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu



“ Hoi, pergi dating macam ni aje??”



Izza menekup telinganya mendengar bebelan mak buyung sorang. Kak Izni ni memang, suara macam petir! Rumah ni aman bila dia tak ada. Tapi bila dia balik sini, macam pasar!



Dia melihat badannya sekali imbas. Okey aje, apa yang tak kena?



“ Pakai cantik la sikit. Blouse dengan maxi skirt ke, cantik sikit.”



“ Suka hati la.” Dah aku selesa paka jeans dengan t-shirt, nak buat macam mana? Dia berlalu keluar dari bilik. Malas nak layan Kak Izni.



Flats dicapai dari dalam kabinet kasut ditepi pintu utama. Flats putih itu disarungkan dikaki. Dia terlihat yang mak dan abahnya rancak berbual dengan ‘encik-yang-ingin-berkenalan-dengan-saya-kononnya.’ Dan ‘encik-yang-ingin-berkenalan-dengan-saya-kononnya’ itu tengah memandangnya. Entah kenapa, jantungnya terlebih dup-dap-dup-dap.



‘wahai jantung, kenapa kau terlebih bekerja hari ni?’



Dia cuba buat muka biasa. Bersalaman dengan mak dan abah sebelum menerobos masuk ke dalam Sylphy kepunyaan encik Ahmad Zahran itu.



Sepuluh minit berlalu.



Dan suasana dalam kereta itu masih sepi. Tak ada suara orang bercerita. Tak ada radio memekak. Sunyi. Zahran yang tengah memandu itu masih setia memandang dada jalan dengan siku kanannya disandarkan ke tingkap.



‘sunyi macam kubur.’ Izza berbisik dalam hati. Dia ni pun, takkan tak nak cakap nak pergi mana? Ke aku yang nak kena cakap?



“ Kita nak….” Kata-kata Izza mati apabila telefon bimbit milik Zahran berbunyi.



“ Sorry. Sekejap.” Zahran mengangkat tangan.



Grrr! Kenapa la time aku start nak cakap ada aje benda yang mengacau?



Agak lama juga Zahran bercakap dalam telefon. Izza membuang pandang ke luar tingkap.



“ Sorry.” Zahran meletakkan telefon bimbitnya di atas dashboard. “ Ada apa?”



Izza berpaling. “ Tak ada apa. Just nak tanya kita nak pergi mana ek?”



“ I have no idea. You?”



Aku pulak yang ditanya. Dia yang bawak kereta, dia la yang decide. “ I tak kisah.”



“ I lagi tak kisah.”



Ni apa kes copy paste ayat aku ni? Dia yang drive, decide aje la. Izza jadi geram tiba-tiba. Tidak semena-mena, terdetik satu benda dalam hatinya. Nice!



“ I tahu nak pergi mana.”



Izza sengih jahat dalam hati.



***



“ Masuk sini, boleh?”



Zahran mengangguk.



Izza melangkah masuk ke dalam premis itu dengan senang hati. Ini kedai ke berapa entah yang mereka dah masuk. Dia menjeling sekilas pada Zahran yang berada disebelahnya. Dia tak dapat mentafsir apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu. Sebenarnya, dia memang nak cari kasut raya. Tapi, niat jahatnya hari ini ialah nak mendera encik cool disebelahnya ini dengan keluar masuk kedai sebanyak mungkin. Ahahaha. Saja nak menguji kesabaran dia.



Mesti dia penat kan? Hehe. Tapi tak ada pulak dia ni merungut. Sabar betul dia ni.



Izza melihat deretan kasut yang bersusun di atas rak display. Eh, panjang pulak rak display kedai ni ek. Mana pulak dia punya hujung ni?



Zahran menyilangkan tangan ke dada. Dia ni, tak sakit kaki ke? Dari tadi berjalan macam tak cukup tanah. Perempuan. Shopping. Tak boleh dipisahkan.



Akhirnya, dia berdiri di belakang gadis yang tengah khusyuk melihat kasut yang dipamerkan. Matanya memandang Izza. Setapak demi setapak gadis itu berjalan. Eh, kan dah sampai hujung tu. Nak pergi mana tu? Dia ni sedar ke tidak?



“ Izza…”



Kedebuk!



Izza melanggar cermin dihujung rak itu. Tangan kirinya menekup dahi yang terhantuk tadi. Wajahnya diangkat. Dia ternampak wajahnya sendiri di hadapan.



Laaa, ada cermin rupanya! Patutlah nampak kasut berderet aje!



Dia termalu sendiri. Kemudiannya berpusing memandang Zahran yang nyata tengah menahan tawa itu.


“ Ketawa la.” Izza menuturkan dalam nada sinis. Mungkin ini balasan aku sebab berniat jahat dibulan yang mulia ini. Padan muka, kena setepek.


Zahran menarik nafas dalam. Cuba menahan tawa. “ Tadi I nak cakap, tapi you dah hentam cermin tu dulu.” Dia memandang gadis yang tengah menggosok dahi itu. “ Sakit ke? Sini, I tengok.”



Tangan kiri yang menggosok dahi terhenti tiba-tiba bila terdengar tenangnya suara itu menuturkan.



“ Boleh turunkan tangan you tak? I tak nampak.”



Automatik Izza turunkan tangan. Matanya masih memandang lelaki yang bert-shirt berkolar hitam dihadapannya ini.



Ada sedikit kesan merah. Benjol? Tak tahu. Takkan aku nak sentuh anak dara orang suka-suka hati . “ Sakit sangat ke? Pening?” Matanya kini mencari mata Izza.



Sekali lagi jantungnya jadi tak betul bila mata tajam itu memandangnya. Siapa dia sebenarnya?

9 comments:

~ZYX~ said...

wah da pergi date...suke2...smbg lg....

noor said...

t'ingt dkt abang saya yg langgar cermin...tu pun sbb nk tengok selipar..tp rsnya abang saya lagi kuat dari Izza kot sbb abang saya jalan je ke arah cermin tu...
nice n3 and story...

faziela said...

zyx: =)
noor: ye ke? saye pernah hampir2 terlanggar cermin sebab tak perasan, nasib baik nampak muka sendiri before hentam cermin tu. haha. Thanks!

Anonymous said...

best2...
dh kua together2... :)

just KD said...

hahahaaa...lawak lar!

honeza said...

hahaha kelakar bole langgar cermin. kan dh termalu...

Anonymous said...

haha..mnusia biasa mmg xblh nk elak bnda2 ter-accident dgn mirror niy..haha,saya pnh tlanggar mirror kt kdi print,sakit wooo..tp malu lg yg diambik kisah, mana xnya,dhlah mirror menghadap jln,suma org dlm kdi plus org jiran kdi plus org nek keta plus moto suma nmpk..,since incident tu, lgsg xbrani tnjuk muka..,hurmmm..human,biasa la kan..kan kan kan?

Kak Zai said...

Semakin menarik.....

kleo said...

kak fazzzzzzzzzzz! huwaaaaa! ni apa kes jantung saya pulak yang dupdapdupdap ni?? huhuhu.

awesome la! ^^