Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Monday, December 13, 2010

biru 1


Peluh yang merenik didahi dikesat dengan lengan t-shirtnya. Kaki dah habis lenguh dah! kertas ditangan dikipaskan ke muka. Panas! Ketiak dah basah lencun macam apa dah. jam ditangan dikerling.



11.30 pagi.



Baru pukul se……what??!!!



Kakinya dijengketkan. Mahu melihat panjang barisan dihadapan. Dari pukul enam suku pagi sampailah sekarang, barisan ni bergerak cuma semeter je?!



Matanya kembali melihat ke hadapan. Tu apa kes potong queue tu? Ingat dia je yang penat tunggu?! Orang lain pun penatlah!



“okey! Okey! Barisan ni cuma pelatih sahaja! Parents sila keluar!” seorang pegawai berbaju biru gelap bersuara sambil berjalan kebelakang. Check siapa yang tak dengar kata.



Cepat-cepat dia menyelit ke barisan depan bila pelatih wannabe nak line up manakala parents bergerak keluar dari barisan. Dia menjenguk ke depan. Berapa jam dia berdiri, baru sekarang nampak meja pendaftaran. Bibirnya menarik senyum. Takde rupa senyum sebenarnya. Penat!



Tiba-tiba, seorang wanita Cina dan anak perempuannya sesedap rasa meluru ke kaunter tanpa rasa bersalah.



“apa ni? beraturlah! Orang lain pun dah lama tunggu!”



“madam, please queuelah! Orang lain pun penat!”



Beberapa orang bapa pelatih yang menunggu di tepi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.



“puan, sila beratur!” pagawai yang menjaga kaunter bersuara.



Makcik tersebut dengan anak perempuannya berlalu ke belakang.



‘Padan muka kau! Lain kali beraturlah!’



“nama?”



“Nur Aisha Hazyrah Adnan,” dokumen-dokumen diserahkan pada pegawai didepannya.



“kem?”



“Kem San Shui, Tawau,”



Khusyuk pegawai tersebut meneliti kertas A4 yang berkajang-kajang banyaknya.



“okey, flight awak esok sebab hari ni tiket takde, so awak akan ditempatkan di Kuarters KLIA dulu. Tiket ni nanti bagi dekat pegawai dalam bas nanti,” pegawai tersebut menunjuk pada keratan biru yang terdapat pada surat pemberitahuan.



“okey, terima kasih,” senyum plastik dihadiahkan pada pagawai tersebut. Esok baru pergi? Better lapor diri esok je!



“dah sudah?” suara wanita separuh abad menyapa telinganya.



“dah tapi esok baru flight pergi Sabah. Hari ni duduk dekat kuarters KLIA dulu,” Aisha berdiri di sebelah beg yang besar gedabak.



“ni sekarang nak pergi mana ni?” lelaki yang bertinggung di sebelahnya bersuara.



“cari bas. Tu ha dekat sana,” tangannya menunjuk pada satu arah.



“Wak, maaf sebab susahkan Wak dengan Abang Hadi. Kesian Abang Hadi kena ambil cuti hari ni,”



“alah takdepapelah! Kita kan sedara,” wanita tersebut tersenyum.



“apa touching-touching ni? tak kisahlah! Lagipun abang dah lama tak ambik cuti,”



Gadis tersebut menunduk.



“dah,dah! jomlah cari bas!” Hadi mula mengangkat beg milik sepupunya itu.



********



“aku Jonathan, panggil Jon, Mr Jon!”



“zulfadli, Adli,”



Dua pasang mata memandang pada lagi seorang yang masih tak bersuara. Hanya tuan empunya tiga katil di bahagian paling hujung yang berpenghuni ketika itu. Yang lain entah kemana.



“Shafiz, panggil Hafiz,”



“selamat berkenalan! Kau dari mana weyh? Aku JB. Kau?” Adli menaikkan keningnya. Memandang pada Jon.



“welcome to Tawau! Aku orang sini la bah!” Jon mengekek.



“kau pulak?” Adli bertanya pada Hafiz. Empunya katil paling hujung.



“KL,” senyum. Tangannya membelek segala uniform yang baru diambil dari logistik. Stoking tiga jenis, baju tiga jenis, kiwi kasut, berus kasut, towel, kasut kawad, kasut sukan dengan kasut kelas. Tangannya kembali menyelongkar beg plastik hitam tersebut. Ada lagi? Banyak benar harta aku?



Dia bangun. Segala macam barang yang dipunggah keluar tadi dimasukkan kembali ke dalam plastik. Pintu loker dibuka dan plastic tadi disumbat ke dalam. Pintu ditutup dan dikunci.



“korang haus tak? Jom beli air?”



***********


Aisha menapak perlahan menuju logistik. Haih, apelah bala yang aku dapat? Gila-berbukit-bukit kem ni! confirm tiga bulan lepas ni kurus!



Dia beratur di belakang kawan-kawan sepenerbangannya pagi tadi. Tercungap-cungap menarik nafas. Penat! Dahlah malam tadi pukul dua baru dapat tidur. Pukul tiga dah kena bangun sebab pukul empat dah kena berkumpul , gerak pergi LCCT. Budak-budak Sabah naik Air Asia tapi budak-budak Sarawak naik MAS. Dengar cerita sebab tak cukup tiket. Iyelah tengah new year, peak season. Tapi jeles jugak dowh!



Check in blablablabla and flight tujuh lebih sampai sini sebelas lebih. Nonstop. Flight dekat tiga jam pun mata tak boleh pejam. Mengada betul.



“kau, tulis nama dekat sini,” pegawai yang tengah sibuk menbahagikan barang bersuara. Matanya tajam memandang dirinya atas bawah.



‘apsal dia tengok aku macam tu?’ mukanya cuak.



“kenapa kau tengok aku macam tu?” pegawai tersebut bertanya.



‘dah kau tengok aku macam nak telan!’ berani cakap dalam hati je. “err, takdepape,”



“ni kau punya, kasut kelas takde, stok takde. Tunggu kargo datang nanti baru dapat!”



Aisha mengangguk. Eh dia tak tanya aku punya saiz pakaian berapa ke?



Dahinya ditepuk. ‘Tadi dia tengah scan kau punya baju saiz berapalah dol!’



Urgh! Scary! Style askar memang cenggini ke?



Dia menapak menuju blok di bawah bukit.



“awak!”



Aisha memandang ke belakang. Langkahnya terhenti.



“awak blok berapa bah?”



“Lima,”



“eh, samalah! Saya Nadira,” tangan menghulur salam.



“Aisha, panggil Shah,”



“kamu orang semenanjung ?”



Mengangguk. Langkah kaki menyaingi Nadira disebelahnya.



“saya dari Sandakan,”



“oh,” kepalanya diangguk-angguk.



“Selamat datang ke Sabah!”



“thanks!” okey jugak dorang ni. bibirnya tersenyum.



“baru sampai tadi?”



“ha’ah,”



“biar saya kenalkan kem ni. depan office tu blok lelaki dari alfa sampai echo. Lagi tiga blok; foxtrot, golf dengan hotel dekat atas sana. Depan blok atas tu, bangunan kelas. Surau sebelah office. Office tu sebelahnya medic,”





klik untuk besar


Aisha mengangguk.



“seberang blok kelas tu, kraf hutan dengan kembara halangan. Bawah sikit tali tinggi, belakang logistik tadi. Yang besar tu dewan makan,” Nadira menunjuk pada bangunan terbuka di belakang mereka.



“itu aku tahu,” Aisha membalas.



“kalau padang kawad dengan kolam kau tahu kan? Yang depan kolam tu, bangunan untuk staff, sipadan dengan kapalai. Blok perempuan dari india sampai November. Yang blok Oscar tu sebenarnya untuk staff perempuan tapi sebab tahun ni pelatih ramai, so blok Oscar jadi penempatan pelatih,”



“oh,”



“okey, itu je yang aku tahu,”



“thanks,” tersenyum. She’s not bad kan?



**********



langkah kakinya terhenti. Biar benar?



Matanya dikecilkan. Cuba fokus pada dua orang gadis yang baru berlalu tak jauh dari tempat dia berdiri.



“Hafiz!” Jon bercekak pinggang. Apsal kau tercegat dekat depan office tu? Dian turut memandang pada objek yang dipandang Hafiz. Ceh, tengah buat survey ke?



Hafiz memandang pada dua orang sahabat barunya yang dah meninggalkannya beberapa tapak dihadapan.



“kot iye, takkan second day kau nak cari awek kot? Rilekslah bro, masa panjang lagi! Lepak-lepaklah dulu,” Adli dihadapannya tersengih.



“takdelah, takdepape,” kakinya kembali melangkah.



‘Macam pernah aku tengok perempuan tu? Tapi bila? Dekat mana?’




p/s: siapa kena plkn macam saya, angkat tangan!


peta comot. maaf

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hahaa..
turun,tangan..!

smbung2..

srikandi said...

dah tua..apesal lah time aku dulu tak buat plkn nih..kalo tak mesti seronok aku nk join..hahah

note: apesal bebdak skang tak suka plkn ek???(musykil nih)

Bulanhijau said...

Haaaaaaaaaaaaaaa PLKN !
aku tak pergi. hahahahaha !

adakah mereka berdua ni kenal ?
sambung2 !!

paper_plane said...

zatie: lucky you!

srikandi: sebabnya cuti panjang lepas spm pandek, segala perancangan after spm terbantut. 3 bulan itu lama!

plkn kena bangun awal. during my time kena bangun pukul empat setengah sebab subuh masuk awal, then berkejar pergi PT pagi dalam pukul lima setengah (kot, dah lupalah!). balik PT kena bersiap pergi kelas, kena naik kelas dekat atas bukit, petang ada aktiviti lasak, lepas isyak (sabah time) ada aktiviti, habis tu belum boleh tidur, kena berkumpul balik baru boleh balik blok, tidur. sepanjang masa kena kawad kawad kawad kawad kawad dan kawad (bayangkan kalau berkawad naik bukit, tak ke berpeluh ketiak? haha!). kesimpulannya pendek je, sebab saya tak suka kawad! mengada betul nak membebel panjang-panjang! haha~


tapi best sebab dapat naik flight free! hooyeah! during my time, budak-budak JB, KL dengan klang wajib fly, kalau tak fly tu kira macam "oh, you're sooooo lucky!"
sekarang ni rasanya takde kot sebab my cousin dapat dekat perak. kerajaan tak cukup bajetkah?



sedih taw bila tengok family orang lain datang melawat. kami orang jauh jeles, duduk bawah pokok makan megi je, dorang makan sedap!
*oh, membebel lagi!*

et said...

hee.teringin nak pegi plkn tp x kena pggl pon dulu2.huhu.

sambung lagi ye.yeayy~ ^^