Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Saturday, October 15, 2011

percaya padaku- 8



Kaki yang terasa kebas dibetul-betulkan. Kalau dapat berlunjur, sedap ni.



“ Syida.”



“ Apa dia? Kau ni tak boleh duduk diam ke? Kau main character hari ini tau, duduk elok-elok sikit.” Syida menuturkan bila dilihatnya sahabat disebelah tak reti duduk diam.



“ Kaki aku kebaslah duduk bersimpuh lama-lama macam ni.”



“ Tahanlah sikit, sekali seumur hidup ni, cuba jadi ayu sikit.”



Izza berdecit. “ Iyelah.”



Syida mencebik. Hari bahagia sendiri cubalah jadi ayu sikit. Aku tahulah kau tu macam ganas tapi untuk sekali seumur hidup ni cuba jadi aju untuk sekejap.



Izza yang sejak tadi duduk bersimpuh hanya menahan nafas. Kalaulah ada orang datang tepuk kaki aku ni, memang habis melatahlah aku ni karang.



Dia memandang pada lelaki yang segak berbaju melayu putih yang tengah berjabat tangan dengan abah tak jauh di hadapannya. Jantungnya berdenyut lain macam. Dia macam ternampak jantungnya keluar dari dada dan melompat-lompat di depan mata.



Okey, exaggerate.



Dia menarik nafas dalam.



“ Aku terima nikahnya Nurul Izza Binti Mohamad Zainal dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”



Sebaik sahaja Izza mendengar lafaz tersebut, entah kenapa dia terdiam. Sayu. Tak percaya dia sudah menjadi isteri orang. Tak tahu apa yang bakal dia hadapi kelak. Semuanya bercampur baur.



Dengan ekor mata, dia dapat melihat betapa leganya wajah lelaki berbaju melayu putih dengan tiga jari berinai ditangannya sedang mengaminkan doa.



***



Berlalulah hari demi hari
Sayunya hatiku ini
Tak ku sangka kau di sisi
Baju kurung putih berseri



Zahran terus-terusan melihat wajah gadis disebelahnya. Seakan tak percaya, kini gadis ini mejadi miliknya. Macam mimpi rasanya. Walaumacamanapun, kini dia menggalas satu tanggungjawab yang besar. Sangat besar. Gagalnya aku membimbing isteri dan keluarga aku bererti gagallah aku menjadi suami dan ketua keluarga.



“ Kenapa tengok macam tu?” Izza menaikkan kening tanda bertanya. Dia meneguk jus tembikai dari dalam gelas.



Cepat-cepat Zahran menggeleng. Dia mula menyuap nasi ke dalam mulut. Tak sangka sekali lafaz aje tadi.



Izza memandang Zahran dengan penuh tanda tanya. Apa agaknya dia tengah fikir?



***



Elle studio dipergelangan tangan kiri dijeling sekilas. Hampir tujuh malam. Fine, aku dah lambat. Sejak bergelar isteri kepada Zahran, sememangnya dia yang gelabah ini bertambah gelabah. Iyelah, dulu hidup untuk diri sendiri aje. Bangun lambat ke, balik kerja lambat ke, bilik bersepah macam tongkang pecah ke, tak makan sehari ke, tak ada siapa yang peduli. Sekarang berkongsi hidup dengan orang lain, jadi tak bolehlah nak hidup suka hati.



Dia sudah melepasi lorong Smart Tag dilebuhraya itu. Cepatlah, cepatlah sampai rumah. Banyak benda nak kena buat ni. Langit dah mula gelap. Dekat nak maghrib.



Sampai dihadapan rumah, dia ternampak Sylphy putih tersadai elok di garaj rumah teres dua tingkat itu. Alamak, dia dah balik ke? Selama seminggu hidup bersama, selalunya jarang lelaki bernama Zahran itu balik awal. Lepas isyak baru nampak muka. Banyak kerja barangkali.



Cepat-cepat dia melangkah keluar dari dalam Viva miliknya. Bila kakinya menjejak masuk ke dalam rumah, dia tak nampak sesiapa. Sunyi aje rumah. Eh, tak ada orang ke? Tapi ada pulak kereta dia dekat depan tadi?



Dalam bilik kut.



Dia berlalu ke dapur. Nak keluarkan lauk pauk dari dalam peti sejuk. Defrost. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam dapur, alangkah terkejutnya Izza melihat apa yang dia jumpa di dapur.



“ Baru balik?” Zahran mengangkat kening dengan tangan memegang sudip. Kemeja kerjanya tersangkut di salah satu kerusi meja makan. Dia hanya bert-shirt putih.



Izza ternganga. Betul ke apa yang aku nampak ni?



“ Kenapa?” Kening Zahran berkerut. Dia membetulkan tali apron dilehernya.



Izza menggeleng. Tak percaya.



“ Naiklah rehat dulu, mandi. Dekat nak maghrib ni. Nanti lepas sembahyang maghrib kita makan, okey?” Lincah tangannya mengangkat ayam goreng dari dalam kuali.



Izza masih dia membatu.



“okeyyy?” Zahran menyoal kembali bila Izza masih diam di pintu dapur.



“ Ha.”



***



“ Sorry.”



“ For what?” Zahran yang tengah menggigit ayam goreng mengangkat kening.



“ Terpaksa masak sendiri. I pergi Melaka tadi, ada meeting. Balik lambat. Sorry.” Izza menguis nasi di dalam pinggan. Nasinya belum luak walau sedikit.



“ Tak ada apa la. Kebetulan balik awal tadi.”



“ Sorry tau.”



Zahran mencapai seketul ayam goreng dan diletakkan di dalam pinggan milik Izza bila dia perasan yang pinggan isterinya itu masih kosong. Sesudu kangkung goreng belacan turut diletakkan di dalam pinggan milik isterinya itu.



“ It’s okay la. Kita sama-sama bekerjaya, masing-masing sibuk, masing- masing ada tanggungjawab sendiri. Let’s make a deal. Siapa yang balik dulu kena masak, kena angkat jemuran. Siapa yang balik lambat kena kemas dapur, lipat baju. Sidai kain pagi-pagi tu kita gilir-gilir buat. Okey?”



Izza masih merenung Zahran yang tengah memandang terus padanya.



“ I tahu, you penat. I tak nak tambahkan beban you dengan kerja rumah. Tak salah kan I nak tolong kurangkan beban you dekat rumah ni? Kita hidup dalam rumah ni, kongsi buat kerja rumah sama-sama, kongsi hidup sama-sama, barulah dipanggil married life, sharing life together with my other half.”



Izza tak tahu nak cakap apa. Sesungguhnya, dia terasa sangat beruntung ketika ini. How understanding he is. Rasa macam nak peluk aje dia ni. “ Thank you.”



“ Dah makan.”



Izza mengangguk. Entah kenapa, seleranya datang tiba-tiba.



“ Sebelum terlupa, you dah apply cuti jumaat minggu depan dengan isnin minggu satu lagi?”



“ dah.”



“dah approve?” Kening Zahran sekali lagi terangkat.



“ dah.”



Zahran mengangguk-angguk



“ Kenapa ek?”



“ I nak bawa you pergi somewhere minggu depan.”



“ Pergi mana?”



“ Adalah.”



“ Kita nak pergi mana ni?” Dia bertanya buat kali kedua. Curious.



“ Adalah.”



“ Adakah ianya….”



“Hmm?” Zahran menyoal.



“…honeymoon?”



Zahran yang tadi menunduk memandang pinggan mengangkat wajah. “ Entah, bolehlah kut.”



Bolehlah kut jawapan dia? Apa punya jawapanlah tu.



“Makanlah. Jangan lupa kemas dapur lepas ni ek?”



“ Tahulah.” Pendek Izza menjawab. Sebenarnya, dia cuba meneka kemana Zahran nak bawa dia hujung minggu depan.



Pergi mana ek?



***



“ Done packing?”



Izza mengangguk.



“ Great.”



“ Kita nak pergi mana ni?” Izza bercekak pinggang memandang Zahran yang tengah menggalas Deuter berisi barang-barang miliknya. Dia turut menggalas beg miliknya.



“ Jalan-jalan cuci mata.” Zahran menapak keluar dari dalam rumah diikuti dengan Izza di belakangnya.



“ Cuci mata?”



Zahran mengangguk. Dia mengunci pintu dan grill rumah.



“ Apa-apa aje la.” Izza membalas acuh tak acuh. “ Kita nak pergi naik kereta siapa ni?”



“ Kereta api.”



“ Hah?” Izza memejam celikkan mata berulang kali.



“ Ke-re-ta a-pi.” Zahran menarik tangan Izza agar menurutnya keluar dari perkarangan rumah.



Mana dia nak bawa aku ni?






*lyric snippets ayu- VE