Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Saturday, August 13, 2011

percaya padaku- 1


“ Kak Izza!”



Suara yang menyapanya membuatkan dia megalihkan pandangannya dari helaian kertas yang keluar dari printer dihadapannya.



“ Akak tengah guna printer ke?” Shaza sudah berdiri disebelahnya dengan beberapa helai kertas ditangan.



“ A’ah. Nak guna ke?” Izza menyoal.



Mengangguk. “ Nak Photostat ni ha.” Kertas ditangan dikibar-kibarkan.



“ Apa tu?”



“ Borang survey.”



“Sekejap ek, dah nak siap ni.”



Helaian kertas terakhir keluar dari mesin pencetak itu. “ Dah siap dah.” Dia memberi laluan pada Shaza untuk menggunakan mesin pencetak pelbagai fungsi itu.



“Okey.”



Tangannya mengira helaian kertas yang masih panas itu. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “ Shaza.”



“ Ye kak, ada apa?” Jemari Shaza lincah menekan touch screen pencetak itu.



“ Kau masuk meeting projek baharu minggu lepas kan?”



Shaza kini bersandar pada kabinet paras pinggang sementara menunggu borang tadi siap. “ Ha’ah, kenapa?”



“ Siapa lelaki yang pakai kemeja ungu gelap tu?”



Kening Shaza berkerut. “ baju ungu… baju ungu….” Lama gadis itu berfikir. “ ha…lelaki tu engineer dari company tu, nama dia….erm….Ahmad….eh bukan.” Tangannya digoyang-goyangkan. “…..Ahmad Za..alamak, lupa la kak. Ahmad something yang starting dengan huruf Z.”



Izza mengangguk.



“ Kenapa kak? Akak berkenan ke?” Shaza kini sudah tersengih.



Cepat Izza menggeleng. “ Mana ada. Tak kuasa akak nak berkenan dengan lelaki muka ketat macam dia tu.”



“ Eh, akak pun perasan jugak ke?”



“ Mestilah. Masa akak nak balik hari yang kau meeting tu, akak ternampak dia. Akak senyum la, standard nak menjaga hati client. Kang dia cakap kita ni sombong pulak. Tapi sekarang dah terbalik.”



“ Saya ingat saya aje yang perasan. Mungkin dia ingat kita nak ngorat dia kut.”



Kedua-dua mereka ketawa.



“ Dahlah, akak nak sambung buat kerja. Awal-awal puasa ni pun nak mengumpat.” Izza dapat mengagak yang pahala puasanya akan berkurang. “ Nanti kalau jumpa dia, kau kirim salam maut ek.” Izza melangkah keluar dengan kertas yang dicetak tadi.



Shaza hanya ketawa.



***



“ Ohoooooooooooi! Balik tak cakap!” EE menepuk bahu lelaki yang tengah khusyuk dengan kertas apa entah ditangan.



Zahran mengangkat muka. “ Lambat.” Tangan menghulur salam.



“ Sorry bro, banyak kerja tadi.” Bibir mengukir senyum sambil tangan menyambut huluran salam. “ Bila kau balik sini? Lama dah?” Kunci kereta diatas meja .



“ Dekat dua bulan dah. Eh, aku dah order dah, tapi set aje la. Kau nak tambah apa-apa ke?”



“ Lamanya! Asal aku tak tahu?” Kening EE berkerut. “ Aku tak kisah pun, tak nak tambah apa-apa.Bila balik sana balik?” EE bermain dengan kunci kereta di atas meja.



“ Aku dah tak balik sana lagi dah.”



Tangan EE berhenti dari bermain dengan kunci di atas meja. “Mean? I don’t get it.”



“ Aku dah balik sini la.”



“ Kerja kau kat sana, macam mana?”



“ Quit.”



“ Berhenti?!”



“ iye la, berhenti. Lepas tu aku balik la sini. Kerja dekat sini.”



“ Kau ni gila la.” EE menarik nafas.



“ Kau la punca aku balik sini. Angau dengan orang dekat Malaysia sampai aku pun terikut-ikut sekali.”



EE mencebik. “ Aku pulak.”



Zahran hanya diam. “ Kau ni, pelik la. Sikit punya ramai orang nak pergi kerja dekat middle east tu, tapi kau pulak yang sukarela nak balik sini. Pelik. Aku tak tahu apa yang kau fikir sebenarnya.”



Pen yang tadi setia ditangan kiri dipusing-pusingkan. “ Aku dah bosan duduk sana. Saja nak tukar angin.”



EE menggeleng. Dia ni dari dulu memang macam ni. Unpredictable. “ Aku ingat kau nak kahwin beranak pinak dekat sana.”



“ Nak kahwin macam mana kalau takde calon. Kau tu lain la. Ha, ni bini kau tak ikut sekali ke?”



“ Tak, dia berbuka dengan kawan-kawan dia. Biarlah, sekali sekala.” EE tersenyum. “ Kalau nak senang, suruh aje la mak kau carikan untuk kau. Senang cerita. Nanti lepas raya boleh aku merasa nasi minyak kau.”



“ Aku still muda lagi la.”



“ 28 tu dah tua kut, kejap lagi masuk 29 dah. muda la tu konon.”



“ Apa-apa aje la.” Zahran malas nak melawan kata. Dia menunduk menghadap crossword puzzle yang disediakan pihak Pizza Hut itu.



“ Kau tu muka ketat sangat, sebab tu takde perempuan yang nak dekat kau.”



Zahran hanya mencebik. “ Aku nak basuh tangan kejap.” Dia bangun dari tempat duduknya itu dan berjalan menuju singki. Dia menunggu seketika kerana seorang gadis sedang membasuh tangan disitu.



Zahran memandang wajah gadis yang tengah tertunduk itu dicermin. Eh? Dia itu kan?



Gadis itu hanya berlalu apabila dia selesai membasuh tangan.



Dia jungkit bahu dan kemudian membasuh tangannya disingki. Apabila selesai, dia kembali mendapatkan meja yang didudukinya tadi. EE tengah berborak di dalam telefon. Cakap dengan bini la tu agaknya.



Dia kembali menghadap kertas puzzle tadi. Entah kenapa, dia terpandang pelanggan dimeja sebelah.



Dia yang aku jumpa minggu lepas itu.



Gadis itu nampaknya tengah khusyuk dengan kertas puzzle dan ditangan kanannya, ada sebatang garfu. Garfu itu dilarikan pada crossword puzzle. Tak ada pen agaknya.



“ Tengok apa?” Suara EE membuatkan dia tersedar.



“ Tak ada apa.” Zahran jongket bahu . “ Agaknya, lambat lagi ke dorang nak serve pizza?” Dia menukar topik, takut kalau-kalau EE tanya lebih-lebih.



“ Kejap lagi kut. Ramai orang ni.”



Zahran tarik nafas lega. Nasib baik dia ni tak tanya lebih-lebih.


***



“ Izza.”



Izza yang baru masuk ke dalam rumah mengangkat wajah. Pintu kabinet kasut ditutup perlahan.



“ Ye mak, kenapa?” Wajah emaknya ditatap. Dia melangkah mendekati ibunya yang berdiri di tepi tangga menuju tingkat atas. Senyuman manis dilemparkan.



Buka dekat mana tadi?”



“ Pizza Hut dengan Syida.”



“ Oooo.” Emak mengangguk . “Tadi Naqib datang.”



Mati terus senyumannya. “ Dia nak apa?”



“ Dia hantar ni.” Sepucuk surat yang kelihatan macam kad jemputan itu dihulurkan. “ Dia kirim salam. Dia jemput mak dengan Izza datang kenduri dia lepas raya nanti.”



“Waalaikumsalam.” Kad ditangan emak disambut. “ Mak, Izza naik dulu ek?” Dia dah mula menapak naik ke tingkat atas.



“Izza.”



Dia menoleh.



“ Jangan sedih ye sayang.”



Izza ketawa kecil. “ Tak la mak. Naik dulu.”



Dia menapak laju menuju biliknya. Barang-barang miliknya diletakkan di atas katil.



Kad ditangan dicampak masuk ke dalam tong sampah tanpa membukanya terlebih dahulu.Biarkan, biarkan dia disitu. Itu tempat yang paling layak buatmu.



Izza mengeluh. Sembilan tahun yang sia-sia.



Entah kenapa, dia mengambil kembali kad itu dan membukanya. Bait-bait ayat yang tercetak di atas kad itu dibaca.



Walimatul Urus

Mohamad Naqib Abdul Razak dengan Ainy Harnani Isa



Terus dia rasa macam nak pengsan. Dicapainya sebilah gunting dari bekas alat tulis dan kad kuning cair itu digunting halus-halus . Dia bayangkan macam tengah gunting muka Naqib.



Selesai mengguting kad itu, dia menapak turun ke dapur dengan seplastik kad kahwin Naqib yang dah jadi macam bunga rampai itu. Mencapai sebatang lilin dan membuka pintu luar.



Plastik berisi serpihan kad itu dibakar. Dia tak suka benda-benda yang berkaitan dengan Naqib ada dekat rumah ni. Biarlah Jabatan Alam Sekitar nak saman dia sebab buat pembakaran terbuka, dia tak peduli. Yang dia tahu, hatinya puas.



Matanya setia melihat api yang membakar serpihan kad itu. Tanpa sedar, matanya berkaca.

10 comments:

Anonymous said...

aww :(
best,best!
sambung lg tuan tanah :)

~ZYX~ said...

aa...sian nye kat izza...
ceh zahran cam da perasan kewujudan izza je...
hehe...suke2....smbg lg please...

name saye u'u said...

eh..ingtkn shaza heroin..hehehe ;)

just KD said...

ohh dear,sangat la suke.next yea!..hik hik hik

Atika Yusof said...

sambung lagi....

hafizan said...

Wahwah cerita baru lah. Rajin-rajinlah sambung ek. Setia menunggu ni. :)

Anonymous said...

best3x!!
sya tgu next n3... :)

Kak Zai said...

Menarik....

Anonymous said...

EE tu bukan Tengku Reza Azahari ke

kleo said...

saya baru baca novel ni after tengok cover SBB. heheh... best! tak sabar nak beli! ngeeee :D