Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Monday, September 5, 2011

percaya padaku- 5



“ Tak.” Izza menggeleng laju.



Zahran mengangguk. Selamat anak orang. Karang aku pulangkan anak dara orang ni dengan kepala benjol, mau aku kena serang dengan bapak dia.



Izza berpusing. Berjalan keluar dari kedai kasut tersebut.



“ Tak nak beli kasut?”



Menggeleng. Dah malu sebenarnya. Tak apa la, dekat rumah tu banyak lagi kasut aku yang masih elok.



Zahran jongket bahu. Suka hati kau la, cik adik. “ Sekejap, singgah sini.”



Izza mengangguk sambil membontoti Zahran yang dah selamat masuk ke dalam butik Padini Authentics itu. Sesekali dia cuba mengelak orang ramai yang membanjiri Jusco Bukit Raja itu.



Sementara menunggu, dia membelek baju-baju yang tersangkut dihanger. Tarik-tarik random. Dan dia perasan yang ada seseorang disebelahnya yang asyik mengekor dia dari tadi. mungkin orang nak beli baju jugak. Kot.



Sehelai lagi baju dicapai. Dan tiba-tiba, orang disebelahnya itu ikut sibuk nak pegang baju yang dia tarik itu. Eh, ni apa kes nak berebut ni?



Izza berpaling.



“ Hai.”



kenapa dalam shopping complex yang tak berapa nak besar ni dia ada sekali??? Kenapa dekat sini??? Kenapa????



Izza jongket bahu. Baju ditangan diletakkan kembali. Dan kebetulan, Zahran sudah berdiri disebelahnya dengan plastik ditangan. Bagus.



“ Dah sudah?”



Zahran mengangguk. Tapi matanya dilirikkan pada lelaki yang tengah memandang pelik dirinya itu. Siapa ni? Kawan dia ni ke?



“ Balik jom.”



Dia mengangguk buat kesekian kali. Sempat dia menjeling sekilas pada lelaki yang tengah pandangnya macam nak telan itu.



***



Zahran memandang refleksi dirinya dicermin. Tangannya dicekak dipinggang. Raya dah menjelma. Sekejap lagi dia akan ikut mama dengan ayah beraya rumah siapa entah.



No jeans, no shirt, no slacks, no t-shirt or whatsoever. Mama nak tiap kali beraya pakai baju melayu siap bersongkok dengan bersampin. Bila lagi nak pakai baju melayu lengkap macam ni kalau bukan hari raya?



Fine mama, fine. Tapi boleh aje pakai semua ni masa hari jumaat, kan? Dia tak kisah nak pakai itu semua, tapi warna baju melayu yang dipakainya ini dia sangat tak berkenan.



Hot pink.



Setahunya, hanya EE yang boleh pakai sesuatu yang berwarna merah jambu tanpa rasa bersalah. Jangan mendiskriminasi warna mengikut jantina, katanya. Tapi warna yang terlampau menyerlah ini…..



Dia menarik nafas dalam sambil melangkah keluar dari bilik. dan bila dia turun dari tangga, Zahra memandangnya teruja.



“ Handsomenya abang Zahra!”



Zahran mencebik. Ni mesti dia yang pilih warna ni. Sepuluh kilometer pun boleh nampak.



“ Abang jangan buat muka terpaksa macam ni waktu raya.”



“ Pink okey.” Dia terhenti seketika. “No, hot pink. Gila menyerlah tahu tak!”



“ Hey, pink color trend tahun ni tau.”



Zahran buat muka taknak dengar. Kisah apa aku dengan color trend. Lain kali kalau nak pilih color pun, beragak la. Teruk la adik aku ni.



“ Jangan risau la. Okey aje dekat abang. Tengok, ayah nampak muda apa.”



Zahran melirikkan pandangan pada ayah yang tengah tersengih sambil bercekak pinggang . Dia kemudiannya mencapai kunci kereta dan berlalu ke luar rumah.



Tengok pelita dekat luar rumah lagi bagus.


***



Izza menapak masuk ke dapur apabila selesai bersalaman dan menghidangkan air pada keluarga encik cool yang tiba-tiba bertandang ke rumah malam ini.



Ni mesti kerja mak ni. Dulu mana ada dia datang rumah masa raya?



Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung di meja makan. Dia tersenyum sendiri sebelum senyuman itu bertukar menjadi tawa.



Baju yang aku pegang hari tu baju dia ke???



Haha! Tak sangka pulak. Mesti dia segan pakai baju warna hot pink macam tu. tunduk aje dari tadi.



“ Izza!”



Dia menekup mulut dengan tangan. Tak nak orang tahu yang dia pergi dapur sebab nak gelak. Abah terjengul dimuka pintu dapur.



“ Kawan sekolah kau datang.”



“ Ha.” Tudungnya dibetul-betulkan sebelum melangkah keluar. Laju dia berjalan ke muka pintu.



“ Assalamualaikum tuan rumah! Kami datang nak beraya. Ada orang ke tidak ni?” Jejaka berbaju melayu kuning air siap bersampin bercekak pinggang. Disebelahnya ada seorang lagi jejaka berbaju melayu hijau pucuk pisang dan berseluar jeans.



“ Masuk weh, masuk. Aku dah lapar ni.” Jejaka berbaju melayu ungu cair bersongkok senget terlebih dahulu mendahului dua jejaka tadi yang masih tercegat dimuka pintu. Langkahnya mati apabila bahunya ditepuk oleh jejaka berbaju melayu hitam siap bersongkok dan bersampin.



“ Tuan rumah tak jemput lagi korang nak serbu masuk.” Izza mencebik sambil berjalan mendapatkan empat jejaka yang berdiri di depan pagar. “ Masuklah kalau tak malu.”



“ Kitorang memang tak malu!” Empat jejaka itu membalas serentak sambil melangkah masuk ke dalam rumah.



Izza ketawa. Dan tua bangka pun masih nak loyar buruk lagi.



Adeeb yang berdiri dimuka pintu menjenguk ke dalam rumah. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket baju melayu ungunya.“ Eh, ada tetamu ke?”



“ Ye ke? muat tak kalau kita masuk ni?” Handphone ditangan Elman dimasukkan ke dalam poket baju melayu hitamnya.



“ Masuk aje la, karang kalau tak muat pepandai la dorang keluar. Haha, jahat tak aku?” Raid membetulkan butang baju melayu hijau yang mencekik lehernya.



Malik menggelengkan kepala sambil membetulkan baju melayu kuning air yang menggelebeh. Dia melangkah masuk apabila tiga sahabat dihadapan menapak ke dalam rumah.



Zahran yang sedari tadi asyik mengunyah rempeyek bayam mengangkat wajah. Tangan yang berminyak dikesat dengan tisu sebelum bersalaman dengan tetamu yang baru tiba itu. Dan apabila dia terpandang lelaki yang berbaju melayu kuning air, matanya terus bulat.



“ Bertuah punya kawan! Kau dekat sini ke?” Malik menepuk bahu Zahran yang tak boleh berkata-kata sebab mulut penuh dengan makanan.



Zahran mengangguk-angguk sambil mengangkat tangan.



“ Aku duduk sana.” Telunjuknya diarahkan pada meja yang diduduki sahabatnya itu.



Izza yang tengah menuang air ke dalam gelas menaikkan kening pada Malik yang baru duduk di sofa disebelahnya. Gaya macam kenal lama je?



“ Dia tu officemate aku. Mana kau kutip dia tu? Asal dia ada dekat sini?” Malik memanjangkan tangan dan mencapai sekeping rempeyek bayam dari dalam balang yang dipeluk Elman.



Terus bulat mata Izza. Dorang kenal ke? Patutlah muka encik cool itu macam tercekik rempeyek bayam aje tadi bila nampak Malik masuk. “ Family dia tu kawan mak aku.”



“ Kau tak beraya rumah ehem ehem ke?” Elman bersuara sambil tangannya memukul belakang tangan Malik yang ingin mengambil balang di dalam pelukannya. Tiap kali beraya rumah Izza ni, benda ni la yang paling awal aku sambar. Siapa pun tak boleh ambil.



Malik mencebik. Perangai macam budak-budak.



“ Aku takde ehem ehem macam korang.”



Adeeb angkat tangan. “ Aku terkecuali.” Matanya dilirikkan pada Izza yang duduk bertentangan dengannya. “ Izza, jadi girlfriend abang?”



Izza gelak.



“ dol, kita sebaya. Takkan Izza ni nak panggil kau abang?” Raid yang tengah mengunyah biskut sarang semut menyiku Adeeb yang tengah kenyit mata pada Izza.



“ Nani kau tu nak campak mana , Deeb?” Elman menyoal. “ Izza jadi girlfriend untuk abang Elman ek?”



Izza menjuihkan bibir. “ Korang ni loyar buruk banyak la. Asal tahun ni sikit aje yang datang?” Izza menuang air pada gelas Adeeb yang dah kosong. Empat jejaka berbaju melayu ini adalah rakannnya ketika sekolah rendah. Tiap-tiap kali raya, mesti datang rumah. Dulu, sekali datang sampai berpuluh-puluh. Sekarang dah kurang.



“ Berapa kerat aje yang masih bujang weh. Yang lain semua dah kahwin, balik kampung bini la tu.” Malik membalas.



Izza mengangguk. Teringat kata-kata Malik satu ketika dulu.



Baik pergi beraya rumah kawan-kawan selagi belum kahwin, selagi boleh pergi beraya ramai-ramai ziarah kawan-kawan lama. Nanti bila dah berkeluarga, bila lagi nak melawat kawan-kawan lama macam ni.



Dia respect kata-kata Malik itu. Terharu. “Ha kau, tak kerja ke Inspektor Elman?”



“ Aku baru balik kerja la tadi. Cepat-cepat aku bersiap sebab Malik cakap destinasi pertama adalah rumah cik Izza sayang.”



Pecah tawa dimeja itu.



Sesekali Zahran melirik pada meja dimana Malik and the gang duduk. Dilihatnya Izza tengah tutup mulut. Tahan gelak. Lama dia memandang wajah ceria yang tengah bercerita dengan empat orang jejaka itu.



Dia menarik nafas dalam. Balang yang sudah kosong ditutup dan diletakkan kembali di atas meja. Tangannya dikesat dengan tisu. Sesudah itu, dia meraba poket baju melayu striking yang tersarung dibadan.



Mana handphone aku?



Dijenguk-jenguk atas meja dan sofa tempat duduknya. Tak ada jugak. Tinggal dalam kereta kut. Kunci Land Rover milik ayah dicapai.



“ Pergi mana?” Mama yang tadi rancak berbual dengan mak si Izza bertanya.



“ Ambil telefon. Tinggal dalam kereta.”



“ nanti-nanti kan boleh ambil.”



“ Abang baru teringat abang kena email something dekat kawan abang.”



Mama mengangguk.



Zahran melangkah keluar. Hakikatnya, itu hanya alasan yang dia cipta pada mama. Dia sebenarnya perlukan sebab untuk keluar dari rumah itu untuk seketika.



***



“ Izza, kitorang balik dulu.” Malik menghidupkan enjin Civic hitam miliknya. Raid melambaikan tangan dan kemudian mengambil tempat disebelah Malik.



“ Abang Adeeb balik dulu.” Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang.



“ Abang Elman balik dulu, Cik Izza sayang!” Elman duduk bersebelahan dengan Adeeb.



Izza dah tak larat nak gelak.



“ Assalamualaikum!”



Salam dijawab dalam hati. Tangannya membalas lambaian empat orang sahabatnya itu. Setelah Civic itu hilang dari pandangan, dia berpusing. Suhayla, anak abang Izzat tengah main bunga api dekat depan rumah. Fikri, anak kedua abang Izzat tengah tidur tadi.



Segera dia melangkah mendapatkan anak buahnya itu. “ Asu nak sepuluh.” Telapak tangannya diunjukkan pada Suhayla yang tengah memengang bunga api.



“ Mana boleh!”



“ Asu nak jugak!”



“ Tak boleh la. Asu nak, Asu beli sendiri la.”



Izza bulatkan mata. “ Tak apa tak nak bagi Asu. Tadi nampak tak kawan Asu yang pakai baju melayu hitam tadi? Dia tu polis tau. Nanti Asu telefon dia suruh tangkap Kakak masuk dalam penjara.”



Mata gadis kecil itu tajam melihat Izza.



“ Asu nak telefon dia la.”



Suhayla menghulurkan separuh bunga api dalam genggamannya pada Izza. Izza ketawa kecil. Aha, menjadi jugak aku paw budak kecik ni. Hehe.



Izza mencangkung di sebelah pelita yang diletakkan di atas jalan tar dihadapan rumah. Sebatang bunga api cuba dihidupkan.



“ Bunga api pun paw dekat budak kecik. Kedekut sungguh.” Izzat yang dari tadi memantau anaknya bermain berdiri disebelah Izza.



“ Biarlah.”



Tak tahu ke yang pakwe kau tu duk tengok kau dari tadi. Habis saham jatuh.”



“ Pakwe?” Izza mendongak.



“ tu.” Bibir Izzat dijuihkan pada satu arah.



Izza melihat pada arah yang ditunjukkan Izzat. Hampir dia terduduk bila melihat Zahran tengah berdiri tak jauh darinya. Dan mata lelaki itu terus-terusan memandangnya.



Terus Izza berdiri. Izzat membisikkan sesuatu pada Suhayla yang tengah masam mencuka itu. Entah apa yang dikatakan Izzat pada anak sulungnya tu sampai Suhayla menapak mendapatkan Zahran.



“ Pak Su, tengok Asu curi bunga api Kakak. Tinggal sikit dah.” Suhayla mengunjukkan baki bunga api dalam genggamannya.



Izza rasa nak terjatuh bila dengar apa yang dikatakan anak buahnya tadi. Ini ajaran abang Izzat la ni. Dia memandang tajam pada Izzat yang tengah sakan tergelak.



Zahran bertinggung dihadapan gadis cilik itu. “ Iye ke? Meh sini Pak Su tengok.”



Suhayla mengunjukkan bunga api pada Zahran.



Zahran menyeluk poket baju melayunya. Dua keping sampul dikeluarkan. Dia memang suka standby duit raya dalam poket baju. “ Ni satu ganti Kakak punya bunga api yang Asu ambil. Lagi satu simpan ye.”



Bercahaya muka Suhayla apabila mendapat sesuatu yang tak diduga itu. Terus dia berlari mendapatkan bapanya, hilang dah pasal bunga api.



Zahran melangkah mendekati pada Izza yang tengah tercegat di hadapan rumah. Sekeping sampul berwarna hijau dihulurkan pada gadis itu. “ Nah, buat beli bunga api.”



Kening Izza berkerut. “ Dah besar la, buat apa nak bagi duit raya?”



“ Asu tak nak ke? Bagi Kakak la, Asu.” Suhayla berdiri mendongak di antara Izza dan Zahran.



Izza mencebik memandang anak buahnya itu. Dia nak? Baik aku ambil. Dah orang nak bagi, ambil aje la. Siapa tak nak duit weh?



Teragak-agak dia menyambut huluran itu. “ Terima kasih.”



Zahran mengangguk dan kemudian berlalu ke dalam rumah. Sempat dia mencuit pipi Suhayla yang gebu itu.



“ Ada orang tu, dah pangkat mak budak pun dapat duit raya!” Izzat menggiat.



“ Diamlah!”




p/s: musim raya ni bontot besar setalam. banyak makan.

7 comments:

~ZYX~ said...

hehe...zahran da gelar diri sendiri pak su...mmg ade chance nk kawen la ni....
smbg lg please....

Anonymous said...

duit raya a.k.a duit hantaran...hehe

srikandi said...

“ Nah, buat beli bunga api.”

giler selamba zafran nih...hahaha..gelak guling2 aku

Anonymous said...

best...x sabar nk tau kesudahannye...

aiscream cokolat said...

tuan tanah!!!! eksitednye follow cite ni. dah lame xjengah, tetibe ade lak cite ni. nak lagi! nak lagi! nak lagi! eksited sungguh dah ni..heee=)))

akila said...

statistik menunjukkan rye taun nie pink n grey are da fav colour.
nsib laa zahran...
my lil bro n daddy protes abis2 pink colour!!huhu...
trpkse tuka theme for rye..

kleo said...

hahahahahaha! sarkastik habis si zaf tu but I loikeeee! ngeee :D