Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Monday, September 12, 2011

percaya padaku- 6



“ Apa benda yang kau tengok sampai macam tu? Kalau rabun pakai cermin mata la.” Malik menepuk bahu Zahran yang tengah tengok monitor desktop dari jarak sejengkal. Nak tengok bakteria membiak dekat skrin ke?



Zahran mendongak. “ Skrin aku kotor. Tengah bersihkan la ni.”



Macam tu ke gaya orang nak bersihkan skrin? Apa-apa aje la. “ lunch jom.”



Tag Heuer yang melilit pergelangan tangan kirinya dipandang. Dah lunch ke? alahai, sekejapnya masa berlalu. “ Sekejap, kau turun dulu. Naik kereta kau la ek?”



“ Ha.” Malik mengangguk. “ Aku turun dulu.”



Zahran angkat tangan tanda ok.



***



Zahran merenung Malik yang tengah menyuap nasi. Nasi ayam di dalam pinggannya hanya luak sedikit.



Malik yang menyedari dirinya diperhatikan, mengangkat wajah. “ Kau tengok aku macam tu kenapa?”



Zahran menggeleng. “ Tak ada apa.”



“ Cuak aku kau tengok aku macam tu.”



Zahran tergelak kecil. Tapi dalam fikirannya berlegar-legar beberapa soalan. Soalan yang rasanya sesuai dijawab oleh Malik. Tapi dia macam segan nak tanya. Tapi kalau tak tanya tak tahu, kan?



Dia menarik nafas. “ Aku nak tanya sikit boleh?”



“ Amende?” Malik menyuap nasi ke dalam mulut sambil matanya melirik pada Zahran dihadapan.



“ Kau dengan …Izza tu, macam mana boleh kenal ek?”



Malik menelan nasi yang dikunyah didalam mulut. Menghirup sirap limau sebelum menjawab. “ Aku kawan dengan dia la dari sekolah rendah.”



“ooo.”



“ Apasal, kau berminat ke dengan dia tu?” Lain macam bunyinya dia punya ‘ooo’ tu.



Zahran hanya tarik senyum nipis.



Malik tergelak. “ Kalau kau berkenan, cepat-cepat sambar bro. Melepas nanti aku tak jamin. Ramai yang simpan perasaan senyap-senyap dekat dia tu.”



“ Mana ada.” Zahran menidakkan.



“ mana ada kau tu la maksudnya ada, kan?”



Zahran memandang Malik yang tengah tersengih-sengih sambil gigit tulang ayam itu.



“ Kau tak berminat dengan dia tu?”



“ Kalau aku berminat, tak adanya aku minta tolong dia jadi gadis pembawa dulang masa aku bertunang dulu. Apa la kau ni.”



Zahran mencebik. “ mana la aku tau. Kau bertunang dulu aku mana ada dekat sini.”



Malik mengangguk-angguk. “ Betul juga.”



Zahran terdiam buat beberapa saat.. “ Dia tu macam mana ek?”



“ Stok baik bro.”



Keningnya berkerut.



“ Walaupun dia tu macam peramah dan gila-gila sikit, kitorang tak berani nak usik. Dia tu baik, kitorang tak sanggup nak main-mainkan kawan sendiri. Tanya banyak nampak?” Malik memain-mainkan keningnya.



Zahran menggeleng .



“ Kau tahu, kawan aku yang pakai baju melayu hitam tu pun berkenan dengan dia. Baik cepat.” Dia ingatkan yang Elman main-main aje malam itu, tapi bila Elman sendiri cakap yang dia macam berminat dengan Izza tu, dia pun macam terkejut juga. “ Jangan lama-lama Zahran.”



Zahran memandang sekilas pada Malik sebelum mengalihkan pandangan pada telefon bimbit miliknya di sebelah pinggan nasi ayamnya itu.



***



Izza memandang pinggannya yang sudah kosong. Kepak ayam tinggal tulang. Nasi goreng licin tak tertinggal walau sebiji nasi pun. mak cakap kalau makan tak habis nanti nasi menangis. Dia tak nak tidur malamnya dihantui oleh tangisan nasi yang tak habis. Haha.



Peduli apa aku? Aku bukannya jenis yang nak bajet ayu bila makan depan lelaki sampai nasi pun tak luak. Makan tetap makan. Kan?



Dia memandang lelaki dihadapannya. Zahran tengah menyedut jus longan dari dalam gelas. Beef kue tiau tinggal sup sahaja. Matanya ditebarkan ke seluruh ruang restoran Asiari itu. Tak berapa nak ramai.



“ Dah sudah?” Zahran menyoal bila gadis dihadapannya ini mengesat mulut dengan tisu.



Izza mengangguk. Dia tak tahu apa sebab encik cool ini nak berjumpa dengannya hari ini. Hari bekerja pula tu. Hari lain tak boleh ke? Tapi itu hanya diluahkan dalam hati. Bukan main terkejutnya dia tadi bila tiba-tiba Zahran telefon. Demam kah?


“ Sebenarnya, I nak cakap something, itu yang ajak keluar ni.”



Izza mengangguk. Jus tembikai dihirup.



“ Something pasal kita.”



Hampir tersedak Izza mendengarkan apa yang dikatakan Zahran itu. Something pasal kita? Alamak!



“ you tahu kan yang family kita … nak jodohkan…” Telunjuknya dilarikan antara dia dan gadis dihadapannya.



Jantung Izza berkerja lebih pantas kali ini. Kenapa encik cool? Kenapa saat ini? Aku belum fikir lagi pasal benda itu semua.



Zahran menghela nafas. “ You macam mana?”



“ Macam mana apa?” Keningnya berkerut.



“ Pasal benda tu?”



Izza jongket bahu. “ Entah.” Dia banyak kerja kebelakangan ini sebab consultant masing-masing nak pergi site. Sibuk uruskan macam-macam benda . dah la kerja banyak, lagi-lagi lepas raya. Mana ada masa nak fikir pasal benda itu.



Zahran terdiam. Merenung gadis yang tengah picit-picit straw dihadapannya itu.



“ You?”



“ I rasa… I okey kut dengan cadangan family kita tu.”



Izza rasa nak terlentang ke belakang. Betul ke? Betul ke apa yang aku dengar ni????



“ I tahu you macam terkejut tapi itu yang I rasa. Walaumacam mana pun, kita jumpa ni bukan sebab I nak paksa you terima I, bukan. I cuma nak you dengar apa keputusan I. Dan I terima aje apapun keputusan you nanti. I tak paksa.” Zahran melepaskan nafas. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh cakap macam ni, begitu yakin dengan kata-katanya.



Mungkin sebab dia dah tersuka pada pemilik mata yang cantik dihadapannya ini. bagaimana dia terasa sedikit cemburu bila melihat Izza melayan Malik and the gang. Itu sebab dia melarikan diri ke luar rumah tika itu. Dan rasa takutnya tiba-tiba datang bila Malik cakap yang Elman yang gagah itu turut menyimpan perasaan pada gadis yang tengah confuse dihadapannya ini.



Mungkin dia rasa betul-betul yakin bila dia memikirkan jawapan kepada isktikharahnya ramadhan yang lalu.



Dia berdeham. “ You okey?”



Tipu la kalau dia cakap yang dia okey. Terkejut badak tahu tak???



Izza tak dapat berfikir. Apa ni? Mimpikah? Dia cuba menggigit lidahnya dan nyata terasa sakit.



Okey bukan mimpi, ini realiti.



Dia terdiam lama. Menyusun kata. “ Bagi I masa, boleh?”



***



Izza termenung sendirian di meja taman di hadapan rumah. Nyaman angin malam tak dapat meredakan fikirannya yang tengah serabut itu.



Arghh!



Arnab milik abah di dalam sangkar di tepi meja itu tercangak-cangak mendengarkan jeritannya yang agak kuat itu. Ingatkan tak kuat tadi.



Serabut tahu tak. Minggu ni kerja pun banyak terbengkalai dek kerana terfikir benda ni. Shaza pun pelik tengok aku tak banyak cakap.



Teruk betul ek penangan Zahran tu? Haish.



Dia tak tahu nak cakap apa perasaanya pada Zahran. Jumpa pun berapa kali aje. Pertama kali dengar dia banyak cakap masa jumpa dekat SACC Mall hari tu.



Dia ada juga tanya dekat Malik pasal Zahran, pantas lelaki itu menjawab:



“Apasal aku jadi tempat rujukan ni?”



Teruk la Malik ni. Bila dia ugut tak nak datang majlis kahwin dia, baru la cakap. Itu pun tak habis-habis mengusik.



“ Dia tu okey la. Worth it la kalau jadi laki kau. Kau tu dah la banyak songeh, dia tu pendiam. Tak ada la perang dunia ketiga meletus nanti.”



Izza menarik nafas dalam. Pening. Tak tahu dengan keadaan diri sendiri. Mungkin dia masih tak dapat lupakan Naqib?



Dia cuba membayangkan masa depan dengan Zahran, tapi blurr. Tak dapat bayangkan. Haish.



“ Izza.” Sentuhan lembut dibahu mematikan lamunannya. Dia mendongak. “ Abah.”



“ Buat apa sampai termenung macam tu?” Abah melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan dengan anak daranya itu.



Izza tersenyum sambil angkat bahu. “ Tak ada apa la abah.”



“ Mana ada tak ada apa, mesti ada apa-apa ni.” Abah tersenyum. “ Pasal Zahran ke?”



Bulat terus mata Izza. Mana abah tahu?



“ Dia ada minta izin abah sebelum kamu berjumpa hari tu.”



Patutlah abah macam tahu. Izza hanya senyap, tak tahu nak cakap apa.



“ Izza masih ingatkan Naqib ke?”



“ Entah la abah. Izza pun tak tahu.”



“ Izza, dalam dunia ni, tak semua yang kita rasa benda tu baik, elok untuk kita. Sebabnya, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Itu Izza kena ingat tu.”



Dia memandang abahnya yang tengah melayan Seman, arnab gemuk yang tengah tercangak-cangak itu. “ Macam mana abah tahu yang dulu jodoh abah dengan mak?”



Abah memandangnya sekilas sebelum kembali menunduk. “ Macam abah cakap tadi, benda yang kita rasa baik, tak semestinya elok untuk kita. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita.” Abah kembali memandangnya. “ Masa abah kerja atas kapal dulu, sekali masuk bekerja, berbulan baru balik darat balik.”



“ Ini kisah cinta abah dengan mak ek?” Izza teruja tiba-tiba.



Abah hanya tersenyum. “ Izza tahu kan yang mak dengan abah sekampung.”



Izza mengangguk laju.



“ Sebenarnya mak dengan abah kenal masa hari pernikahan.”



“ Seriously?”



“ dalam kampung tu, ada dua orang nama Aishah. Satu mak kamu dan ada lagi sorang. Sebenarnya, abah bercinta dengan Aishah yang lagi satu tu, bukan dengan mak kamu.”



“ Biar betul????” Izza terkejut.



Abah masih tenang bercerita. “ Sebelum abah pergi berlayar, abah pesan dengan arwah nenek kamu suruh pinangkan Aishah yang bercinta dengan abah waktu itu, nanti abah balik terus kahwin. Entah macam mana arwah nenek kamu misunderstand pasal benda ini, sekali arwah nenek kamu pinangkan mak untuk abah. Balik dari berlayar, abah excited nak kahwin ni, tapi terkejut bila tengok pengantin perempuan dah bertukar, bukan pilihan abah.”



“ Apa abah buat waktu tu?”



“ Tak boleh buat apa-apa la. Semua dah settle, tinggal nak nikah aje. Nak tak nak kena nikah juga sebab tak nak tanggung malu.”



Izza terdiam. Macam tu ke kisah abah dengan mak.



“ Walaupun macam tu, abah bersyukur sebab dapat isteri sebaik mak kamu. Memahami, berdikari dan sangat penyabar. Faham-fahamlah pelaut macam abah ni, berbulan tak ada dekat rumah.”



“ Abah…bahagia tak dengan mak?”



“ Kalau tak bahagia, takkan wujud Izza dekat dunia ni.” Abah tergelak.



Izza turut tergelak.



“ Sudah-sudahlah tu Izza, Naqib dah tertulis bukan untuk kamu. Abah tahu, sembilan tahun tu memang payah nak dilupakan kan? Tapi Allah sudah tetapkan yang ada lelaki lain yang lebih baik dari Naqib untuk Izza. Zahran mungkin?” Kepala anak bongsunya diusap-usap.



Izza memandang abah. Abahnya itu masih tersenyum. “ Abah tak paksa pun Izza terima Zahran tu, itu bergantung pada hati masing-masing. Abah tak nak anak abah terpaksa terima, takut nanti kalau bercerai-berai salahkan abah pula.”



“ Izza macam was-was la dengan dia tu. Betul ke dia jodoh Izza?”



“ Istikharah, berdoa banyak-banyak moga Allah berikan petunjuk pada Izza. Insyaallah.”



p/s: Kisah abah Izza adalah berdasarkan kisah benar dan sedikit tokok tambah untuk menyedapkan cerita.


apahal terasa serius pula cerita kali ni? wahaa~

6 comments:

Anonymous said...

izza, trima zahran ea... :)

~zequest~ said...

nice story... i likeeee~~~ heheheh
sambung2, cik writer... =D

just KD said...

woi,stuju la woi!..kawen cpt2!..

jemjaa said...

Buat citer abah n mak izzah plak. Mcm best je

Fatin Pidrus said...

kan? mcm terexcited plak bce. hahaha..

kleo said...

hahahahaha. I like the nota kaki one. ekekeke. good job la akak. next! :D