Izza meraup muka.
sekejap-sekejap dia berpusing ke kanan. sekejap-sekejap dia berpusing ke
kiri. di dalam fikirannya, dia cuba membayangkan ada sekawan biri-biri gebu. Dan
satu per satu biri-biri gebu itu melompat melepasi pagar.
Yi
Er
San
Si
Wu
Liu
Ahahahha, dah lama tak practice cakap mandarin.
Seekor lagi biri-biri melompat pagar sambil tersenyum. Eh,
mana ada kambing senyum? Haha.
Eh, tadi berapa ekor eh? Enam? Tujuh? Lost count.
“Ahhhh!” terus dia
bangkit dari baring. Mukanya diraup kasar. Dia memandang sekeliling. Tak ada
benda yang menarik. Elle studio di jelling. 2 pagi. Jari telunjuknya dilarikan
pada muka jam itu. Bercalar. Kalaulah aku tahu nak pergi hiking, takkannya dia
pakai jam ni. baik angkut Casio yang selalu dia pakai kalau pergi field. Yang itu
memang dah bercalar habis.
Dia kemudiannya menyelak tirai yang menutup tempat tidurnya
di koc kelas superior itu. Tak tahu pulak dia yang Zahran pilih koc yang ada
tempat tidur untuk perjalanan balik ini. kalau tahu, aku suruh dia beli tiket yang
macam ni masa perjalanan pergi hari tu. takdelah tengkuk aku sakit tidur menyenget.
‘orang tu dah ajak kau ikut for free pun tak reti bersyukur
ke?’
Bukan tak bersyukur, cuma nak komen sikit. hehe.
Izza menapak keluar dari tempat tidurnya. Dia memandang ke
kiri dan kanan. laluan sempit ditengah-tengah koc itu sunyi. Yang kelihatan
cuma luggage milik penumpang lain. Sayup-sayup terdengar suara orang berborak. Tak
dapat tidur macam aku kut.
Tangannya menyelak sedikit tirai tempat tidur di sebelah
atas. Dia ternampak Zahran tengah duduk
bersandar sambil khusyuk menulis
sesuatu.
“ Tak tidur lagi?” Zahran menutup buku dan diletakkan ke
sisi.
“ Tak boleh tidur.” Pendek Izza membalas.
“ Naiklah.” Zahran menarik tirai yang menutup tempat
tidurnya itu.
Izza mengangguk. Mula-mula tadi Zahran ada tanya sama ada
dia nak tempat tidur sebelah atas atau bawah, dan dia cepat-cepat pilih
bahagian bawah sebab malas nak panjat.
Belum sempat dia berpaut pada tangga, tiba-tiba kereta api
bergegar kuat.
“ Makk!”
Pantas Zahran merentap pergelangan tangan Izza sebelum
isterinya itu tergolek ke belakang. Sebelah tangan Izza menekup mulut selepas
terjerit tadi.
“ Hati-hati sikit.”
Izza mengangguk laju. Perlahan-lahan dia menapak tangga besi
itu. Dia kemudiannya mengambil tempat bersandar bersebelahan Zahran.
“ Terima kasih. Nasib baik you pegang, kalau tak mesti dah
tergolek dekat tengah-tengah tu.” Izza menuturkan sambil menggosok pergelangan
tangannya yang direntap Zahran tadi.
Zahran mengangguk. “
Sakit ke?” Dia menarik tangan isterinya itu dan melihat pergelangan tangan
isterinya. Ada sedikit kesan merah.
“ Taklah, sikit je.” Izza membalas. Padahal tadi memang
sakit, rasa macam orang rentap tali masa pertandingan tarik tali.
Zahran menggosok-gosok tempat yang merah itu sambil meniup
perlahan.
“ Tak ada apa pun.” Izza
tersenyum. “ Nak tengok gambar boleh?”
Mengangguk. Zahran mencapai beg kameranya dan diberikan pada
Izza.
Izza mencapai beg tersebut dan mengeluarkan kamera hitam
dari dalam beg tersebut. Buat beberapa ketika, dia khusyuk menatap gambar-gambar yang terakam di dalam kamera itu.
Tangannya setia menekan butang pada kamera itu. Tiba pada
satu gambar, dia berdecit.
“ Kenapa?” Zahran mengangkat kening.
“ Gambar buruk.” Izza mengunjuk kamera ditangan pada Zahran.
Gambarnya tengah ternganga, mungkin tengah tarik nafas dan kebetulan memandang
kamera. “ Bila masa ambil gambar ni?” Rasanya takde pulak dia pandang kamera
sebab dia sibuk membebel pasal beg dia yang berat. Sepatutnya dia campak aje
begnya tadi dari atas puncak air terjun Jelawang itu lepas tu kutip balik beg
bila dah sampai bawah. Kan senang? Bila dia cakap pendapatnya pada Zahran,
lelaki itu hanya tersenyum sambil menggosok kepalanya. Apa, pelik sangat ke
pendapat aku?
“ Masa perjalanan turun tadi. Penat ek?”
“ Taklah penat macam nak naik but it was painful. Sakit
tumit kaki sebab nak tahan dari tergelincir.” Izza mengomel. Walau macam mana
pun, ada jugak sekali dia tergelincir sebab laluan turun tadi licin. Walaupun dia
berpaut kuat pada tali yang disediakan, kalau nak jatuh jugak nak buat macam
mana, kan?
Zahran hanya merenung isterinya yang tengah bercakap itu. Izza
masih khusyuk melihat gambar dari kamera tersebut. Dan apabila dia terasa macam
ada orang memandangnya, dia mengangkat muka.
Zap!
Dia terasa hatinya macam direntap. Cepat-cepat dia memandang
kembali pada kamera ditangan. Those sharp eyes are killing me!
Izza menyerahkan kamera tersebut bila dia sudah selesai melihat
kesemua gambar-gambar mereka dalam perjalanan turun tadi. Sebenarnya dia cuma
mahu mengalih perhatian Zahran dari terus-terusan merenungnya.
“ Tulis apa tadi?”
“ Nothing.”
Senyap.
Oh I hate this feeling! Izza menggigit bibir bawah.
Kepalanya ligat memikirkan apa yang patut dia lakukan ketika ini. Dia berdeham
sekali sebelum mula bersuara. “ You cakap you nak jejakkan kaki dekat semua
taman negara dekat Malaysia ni kan?”
“ Yup.”
“ Taman negara dekat Malaysia ni ada berapa ek?”
“ Entah. You tahu ?”
Izza menggeleng. “ Let’s make a competiton. Cuba senaraikan
taman negara dekat Malaysia ni. Siapa
yang kalah kena buat laundry plus kemas rumah seminggu. Deal?”
Zahran terdiam sebentar. “ Kalau laundry aje boleh tak?”
“ bolehlah.” Izza mengangguk. “ Ada pen dengan kertas tak?
Buku ke?” Matanya menjeling pada buku berwarna kelabu yang terletak elok disisi
Zahran.
“ no.” Zahran menarik buku itu dan disorokkan pada
belakangnya.
“ Dahtu, nak tulis pakai apa?”
“ Taip dekat handphone.”
“ Taknak, nanti ada yang menipu, google dekat internet.”
Zahran menarik nafas dalam. “ okey, boleh pakai buku ni.”
Dia menarik buku kelabu miliknya dan diletakkan ke riba. “ Guna mukasurat
paling belakang tapi janji jangan selak atau tengok mana-mana muka surat dalam
buku ni.”
“ Kalau buat jugak?”
“ Easy.” Pendek Zahran membalas. Dia mendekatkan wajahnya
pada Izza.
“ Promise!!!!” Cepat-cepat Izza membalas. “ Sekarang ni kita
ada satu buku dan satu pen. Macam mana kita nak mula ni?”
“I buat dulu, lepastu nanti you buat. Bila dah siap, nanti
kita compare.”
“ Nanti you tiru I punya.”
“ Fine, I buat I punya dulu.” Zahran siap mengangkat pen. “
Time limit?”
“ Dua minit, okey?”
“ Okey.” Mengangguk. “ I mula sekarang.” Zahran menuturkan. “
You have advantage since you working in this sector.” Dia mula menulis.
“ Taklah, I bukannya ingat pun.” Izza membalas sambil
matanya ralit memandang jam ditangan.
Dua minit berlalu.
“ Habis masa. Sekarang turn I, meh buku tu.” Izza
mengunjukkan tangannya pada Zahran, meminta buku tersebut.
Lambat-lambat Zahran menyerahkan buku ditangan pada Izza
sambil melemparkan pandangan suspicious.
“ I janji I takkan tengok jawapan you, takkan tengok content
buku ni.” Izza cuba menyakinkan Zahran. “ I nak mula ni.”
“ Sekejap.” Dia memandang jam. “ okey, mula!” Zahran
menopang dagu memandang Izza yang tengah tunduk itu.
Rancak jemari Izza melakar jawapan di atas buku tersebut. Sesekali dia menjeling
pada Zahran. “Stop staring at me.”
“I’m not staring at you, I’m looking at you.”
“Fine. Stop looking at me.”
“ Tak boleh ke?”
“ Tak.”
“ kenapa?”
‘Because I can’t think properly when those sharp, charming
eyes looking at me right now!’ Izza menuturkan dalam hati.
“ Dua minit habis!” Zahran menuturkan. “ Let’s compare our
answer.”
Zahran
|
Izza
|
Taman negara Pahang
|
Taman Negara Pahang
|
Taman negara Kinabalu
|
Penang
|
Tunku Abdul Rahman National Park
|
Bako
|
Mulu
|
Mulu
|
Bako
|
Kinabalu
|
Loagan Bunut National Park
|
|
Croker Range National Park
|
|
Penang
|
|
“ you lost!” Zahran menuturkan dalam tawa.
“ Suka la tu.” Izza mencebik.
“ mestilah suka sebab tak payah cuci baju, lipat baju
seminggu!” Zahran membelek kembali jawapan mereka dengan penuh rasa bangga.
Whatever. Dahlah aku
yang propose benda ni tapi aku yang kalah. Dia kembali bersandar. Dia membetulkan
duduknya agar lebih selesa.“ Tapi you macam tahu banyak ek pasal benda ni?”
“ Takdelah banyak mana pun. Dulu masa bosan tak ada kerja
pernah terbaca pasal benda ni. I pun tak tahu kenapa yang I boleh cari benda ni
kat dalam internet. You know what, Loagan Bunut and Croker Range sounds catchy,
sebab tu I boleh ingat lagi sampai……”Kata-katanya terhenti bila dia terasa
sesuatu yang berat di bahunya. Dia berpaling dan terlihat isterinya sudah terlentok
dibahunya.
“ ……sekarang.”Dia
menghabiskan kata-katanya. Patutlah senyap, dah tidur. Dia hanya memandang Izza
yang sedang lena itu. Penat sangat la ni. Tapi tadi dia yang cakap tak boleh
tidur.
Dia mencuit hidung
Izza. Tiada respons. Lena betul dia
tidur.
Dia kemudiannya mencapai semula pen. Buku ditangan di selak
ke bahagian hadapan.
She’s sleeping calmly
on my shoulder. I don’t know how much I like this feeling.
Tersenyum.
****
Izza menggeliat ke kanan.Berdetap pinggangnya akibat terlalu
lama duduk menghadap komputer. Dia menjeling pada jam ditangan. 7.25 minit
malam???
Headphone diikepala di letak. Betapa dia tidak menyedari
masa berlalu begitu pantas. Maklumlah, hari pertama selepas cuti yang agak
panjang, dia mula bekerja. Dia mencapai
telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam laci. Ditekan-tekan keypad telefon
bimbitnya namun skrin telefon itu gelap.
Great. Bateri habis!
Cepat-cepat dia berkemas bila menyedari dia sebenarnya sudah
terlewat. Namun bila teringat dah nak masuk waktu maghrib, dia berlalu menuju
surau.
Usai solat maghrib, dia berkemas untuk pulang.
“ Tak nak balik ke Shaza?”
“ Nak balik la ni.”
Izza mengangguk dan berlalu ke luar. Perkara pertama yang
meyapanya bila dia keluar dari pejabat ialah deruan angin kuat menampar
pipinya.
“ Nak hujan ke kak?” Shaza yang menurutinya menyoal.
“ Nampaknya macam tu la.”
***
Pap!
Pintu tempat duduk pemandu ditutup. Dia
kemudiannya mencapai payung di tempat duduk belakang dan lambat-lambat dia
pergi menutup dan mnengunci pintu pagar.
Dia sebenarnya cuak.
Satu, dia balik lewat
Dua, dia tak bagitahu dekat Zahran yang dia balik lambat
hari ni. Selalunya dia akan cakap kalau balik lambat. Dan dia berharap Zahran
tak balik lagi sebab selalunya waktu-waktu macam ini lelaki itu masih belum
pulang tapi bila dia masuk ke dalam porch tadi, dia dah ternampak yang Sylphy
milik Zahran tersadai elok di bawah porch tanpa ada setitik air pun yang
melekat di badan kereta itu.
Maknanya, tuan empunya kereta dah lama balik.
Tapi rumah mereka masih gelap. Tak ada orang ke? Dia
mengerling pada jam. Pukul lapan malam.
Lambat-lambat dia membuka kunci rumah. Bila dia menapak
masuk ke dalam rumah, tangannya meraba dinding mencari suis lampu.
Benda pertama yang menyapa pandangannya apabila ruang tamu
itu disinari cahaya lampu ialah Zahran.
Berkain pelekat dengan tangan disilang ke dada dan duduk di
sofa.
“ Kenapa duduk dalam gelap?” Izza menyoal sambil menyimpan
kasutnya di dalam kabinet kasut.
“ Kenapa balik lambat?” Nada beku.
Izza terasa bulu romanya meremang bila terdengar balasan
dari Zahran.
Belum sempat Izza membalas Zahran melontarkan satu lagi
soalan.“ Kenapa tak cakap balik lambat?”
“ aaaa….” Dia menunduk. Melarikan pandangan dari Zahran.
Sesungguhnya, dia tak sanggup tengok muka Zahran ketika ini. Expresionless. Dan
pandangan mata lelaki itu dah keluar aura naga.
Okay fine, dia tak pernah nampak naga tapi sumpah kalau ada
burung terbang ketika ini, maka burung itu akan jatuh dek panahan mata lelaki
di hadapannya ini.
Dia menelan liur. “ Handphone habis bateri.”
“ Dah tu, tak reti-reti nak telefon? Setakat telefon cakap
you balik lambat, tak luak pun bil telefon company you!”
Izza hanya berdiri mematung. Dia bersalah ketika ini dan tak berani
membalas walau sepatah.
“ You don’t know how much I worried about you. Mesej tak
balas, telefon tak angkat, telefon office tak berangkat jugak. Dah lah dekat
luar tu hujan lebat, tahu tak yang dalam kepala I ni dah terbayang macam-macam
benda buruk jadi??” Nada tegas itu sedikit tinggi. “ Do you know….heuk!”
Kata-kata Zahran termati serta merta. Dia berdeham sekali. “
Tahu tak yang I ni risau bagai nak….heuk!”
Izza mengangkat wajahnya. What’s wrong with him?
“ Heuk!” Sekali lagi.
Zahran menarik nafas. Matanya dipejamkan. Tak kelakar okey waktu tengah marah ni tiba-tiba tersedu! Dahlah
memang tengah betul-betul dekat peak tadi tiba-tiba tersedu pulak.
“ Heuk” lagi sekali.
“ you okey?”
Zahran melepaskan nafas. “ Lain kali jangan buat…heuk!”
Kata-katanya terhenti ditengah ayat. Tersedu lagi.”…..macam ni lagi.”
Zahran berlalu menuju bilik di tingkat atas. Tak ada mood
nak membebel. Dan dia sedikit malu sebab boleh pulak dia tersedu tengah-tengah
dia membebel tadi. Spoil!
Izza hanya memandang suaminya itu menapak naik. Dia tahu
yang dia tak sepatutnya berfikiran macam
ini ketika ini tapi dia nak cakap jugak.
He’s quite cute with those hiccups.
11 comments:
waa...cam lame gile x bce zahran n izza...cute je hiccups mase nk mbebel...
Chumell nye tgh nak marah2 tersedu!b kehhkehkeh.. Nasibb izza xbantai gelak.. Kalo x mau berasapp zahran!
hahahaha comelnya zahran sedu. terus stop mrh ek. jenuh menunggu akhirnya kuar gak n3 br hihihi
nak cuba bayangkan, tapi pelakon malay failed with that sweet character. so my pick is zac Efron ( sebab those killing eyes!) thumbs up writer.
wah saya terbayang Zahran memang seorang yang hensem plus cute with his hiccups! HAHA. sweet~
boleh tak nak bayangkan zahran tu macam sorang korean artist ni??sorry kalau ada yang tak suka tapi karakter yang akak tulis memang buat saya bayangkan mamat tu je. =))
dear miss anonymous,
boleh saya tahu siapa korean artist tu?
*fangirl mode activated*
mana sambungannya lagi....x sbr2 nie...hehehehe best2...
hahahhaa, this is one cute story~~
ur skills definitely not hilang yet cik writer..
comey~
[tsenyum2 sorg dri bce cite nih]
saya terbayang macamm.. macam yang writer bayangkan! kekekeke
cute la si zaf ni! adehh
heee....Lee Min Ho....so cute..;D
Post a Comment