Pesanan penaja:

presenting my second baby

sandal bunga-bunga
* tajuk lama: percaya padaku*


have fun!

Friday, June 1, 2012

percaya padaku 11


Izza meraup muka.  sekejap-sekejap dia berpusing ke kanan. sekejap-sekejap dia berpusing ke kiri. di dalam fikirannya, dia cuba membayangkan ada sekawan biri-biri gebu. Dan satu per satu biri-biri gebu itu melompat melepasi pagar.


Yi


Er


San


Si


Wu


Liu


Ahahahha, dah lama tak practice cakap mandarin.


Seekor lagi biri-biri melompat pagar sambil tersenyum. Eh, mana ada kambing senyum? Haha.
Eh, tadi berapa ekor eh? Enam? Tujuh? Lost count.


“Ahhhh!”  terus dia bangkit dari baring. Mukanya diraup kasar. Dia memandang sekeliling. Tak ada benda yang menarik. Elle studio di jelling. 2 pagi. Jari telunjuknya dilarikan pada muka jam itu. Bercalar. Kalaulah aku tahu nak pergi hiking, takkannya dia pakai jam ni. baik angkut Casio yang selalu dia pakai kalau pergi field. Yang itu memang dah bercalar habis.


Dia kemudiannya menyelak tirai yang menutup tempat tidurnya di koc kelas superior itu. Tak tahu pulak dia yang Zahran pilih koc yang ada tempat tidur untuk perjalanan balik ini. kalau tahu, aku suruh dia beli tiket yang macam ni masa perjalanan pergi hari tu. takdelah  tengkuk aku sakit tidur menyenget.


‘orang tu dah ajak kau ikut for free pun tak reti bersyukur ke?’


Bukan tak bersyukur, cuma nak komen sikit. hehe.


Izza menapak keluar dari tempat tidurnya. Dia memandang ke kiri dan kanan. laluan sempit ditengah-tengah koc itu sunyi. Yang kelihatan cuma luggage milik penumpang lain. Sayup-sayup terdengar suara orang berborak. Tak dapat tidur macam aku kut.


Tangannya menyelak sedikit tirai tempat tidur di sebelah atas.  Dia ternampak Zahran tengah duduk bersandar sambil  khusyuk menulis sesuatu.


“ Tak tidur lagi?” Zahran menutup buku dan diletakkan ke sisi.


“ Tak boleh tidur.” Pendek Izza membalas.


“ Naiklah.” Zahran menarik tirai yang menutup tempat tidurnya itu.


Izza mengangguk. Mula-mula tadi Zahran ada tanya sama ada dia nak tempat tidur sebelah atas atau bawah, dan dia cepat-cepat pilih bahagian bawah sebab malas nak panjat.


Belum sempat dia berpaut pada tangga, tiba-tiba kereta api bergegar kuat.


“ Makk!”


Pantas Zahran merentap pergelangan tangan Izza sebelum isterinya itu tergolek ke belakang. Sebelah tangan Izza menekup mulut selepas terjerit tadi.


“ Hati-hati sikit.”


Izza mengangguk laju. Perlahan-lahan dia menapak tangga besi itu. Dia kemudiannya mengambil tempat bersandar bersebelahan Zahran.


“ Terima kasih. Nasib baik you pegang, kalau tak mesti dah tergolek dekat tengah-tengah tu.” Izza menuturkan sambil menggosok pergelangan tangannya yang direntap Zahran tadi.


Zahran  mengangguk. “ Sakit ke?” Dia menarik tangan isterinya itu dan melihat pergelangan tangan isterinya. Ada sedikit kesan merah.


“ Taklah, sikit je.” Izza membalas. Padahal tadi memang sakit, rasa macam orang rentap tali masa pertandingan tarik tali.


Zahran menggosok-gosok tempat yang merah itu sambil meniup perlahan.


 “ Tak ada apa pun.” Izza tersenyum. “ Nak tengok gambar boleh?”


Mengangguk. Zahran mencapai beg kameranya dan diberikan pada Izza.


Izza mencapai beg tersebut dan mengeluarkan kamera hitam dari dalam beg tersebut.  Buat beberapa ketika, dia khusyuk menatap gambar-gambar yang terakam di dalam kamera itu.


Tangannya setia menekan butang pada kamera itu. Tiba pada satu gambar, dia berdecit.


“ Kenapa?” Zahran mengangkat kening.


“ Gambar buruk.” Izza mengunjuk kamera ditangan pada Zahran. Gambarnya tengah ternganga, mungkin tengah tarik nafas dan kebetulan memandang kamera. “ Bila masa ambil gambar ni?” Rasanya takde pulak dia pandang kamera sebab dia sibuk membebel pasal beg dia yang berat. Sepatutnya dia campak aje begnya tadi dari atas puncak air terjun Jelawang itu lepas tu kutip balik beg bila dah sampai bawah. Kan senang? Bila dia cakap pendapatnya pada Zahran, lelaki itu hanya tersenyum sambil menggosok kepalanya. Apa, pelik sangat ke pendapat aku?


“ Masa perjalanan turun tadi. Penat ek?”


“ Taklah penat macam nak naik but it was painful. Sakit tumit kaki sebab nak tahan dari tergelincir.” Izza mengomel. Walau macam mana pun, ada jugak sekali dia tergelincir sebab laluan turun tadi licin. Walaupun dia berpaut kuat pada tali yang disediakan, kalau nak jatuh jugak nak buat macam mana, kan?


Zahran hanya merenung isterinya yang tengah bercakap itu. Izza masih khusyuk melihat gambar dari kamera tersebut. Dan apabila dia terasa macam ada orang memandangnya, dia mengangkat muka.


Zap!


Dia terasa hatinya macam direntap. Cepat-cepat dia memandang kembali pada kamera ditangan. Those sharp eyes are killing me!


Izza menyerahkan kamera tersebut bila dia sudah selesai melihat kesemua gambar-gambar mereka dalam perjalanan turun tadi. Sebenarnya dia cuma mahu mengalih perhatian Zahran dari terus-terusan merenungnya.


“ Tulis apa tadi?”


“ Nothing.”


Senyap.


Oh I hate this feeling! Izza menggigit bibir bawah. Kepalanya ligat memikirkan apa yang patut dia lakukan ketika ini. Dia berdeham sekali sebelum mula bersuara. “ You cakap you nak jejakkan kaki dekat semua taman negara dekat Malaysia ni kan?”


“ Yup.”


“ Taman negara dekat Malaysia ni ada berapa ek?”


“ Entah. You tahu ?”


Izza menggeleng. “ Let’s make a competiton. Cuba senaraikan taman negara  dekat Malaysia ni. Siapa yang kalah kena buat laundry plus kemas rumah seminggu. Deal?”


Zahran terdiam sebentar. “ Kalau laundry aje boleh tak?”


“ bolehlah.” Izza mengangguk. “ Ada pen dengan kertas tak? Buku ke?” Matanya menjeling pada buku berwarna kelabu yang terletak elok disisi Zahran.


“ no.” Zahran menarik buku itu dan disorokkan pada belakangnya.


“ Dahtu, nak tulis pakai apa?”


“ Taip dekat handphone.”


“ Taknak, nanti ada yang menipu, google dekat internet.”


Zahran menarik nafas dalam. “ okey, boleh pakai buku ni.” Dia menarik buku kelabu miliknya dan diletakkan ke riba. “ Guna mukasurat paling belakang tapi janji jangan selak atau tengok mana-mana muka surat dalam buku ni.”


“ Kalau buat jugak?”


“ Easy.” Pendek Zahran membalas. Dia mendekatkan wajahnya pada Izza.


“ Promise!!!!” Cepat-cepat Izza membalas. “ Sekarang ni kita ada satu buku dan satu pen. Macam mana kita nak mula ni?”


“I buat dulu, lepastu nanti you buat. Bila dah siap, nanti kita compare.”


“ Nanti you tiru I punya.”


“ Fine, I buat I punya dulu.” Zahran siap mengangkat pen. “ Time limit?”


“ Dua minit, okey?”


“ Okey.” Mengangguk. “ I mula sekarang.” Zahran menuturkan. “ You have advantage since you working in this sector.” Dia mula menulis.


“ Taklah, I bukannya ingat pun.” Izza membalas sambil matanya ralit memandang jam ditangan.
Dua minit berlalu.


“ Habis masa. Sekarang turn I, meh buku tu.” Izza mengunjukkan tangannya pada Zahran, meminta buku tersebut.


Lambat-lambat Zahran menyerahkan buku ditangan pada Izza sambil melemparkan pandangan suspicious.


“ I janji I takkan tengok jawapan you, takkan tengok content buku ni.” Izza cuba menyakinkan Zahran. “ I nak mula ni.”


“ Sekejap.” Dia memandang jam. “ okey, mula!” Zahran menopang dagu memandang Izza yang tengah tunduk itu.


Rancak jemari Izza melakar jawapan di  atas buku tersebut. Sesekali dia menjeling pada Zahran. “Stop staring at me.”


“I’m not staring at you, I’m looking at you.”


“Fine. Stop looking at me.”


“  Tak boleh ke?”


“ Tak.”


“ kenapa?”


‘Because I can’t think properly when those sharp, charming eyes looking at me right now!’ Izza menuturkan dalam hati.


“ Dua minit habis!” Zahran menuturkan. “ Let’s compare our answer.”



Zahran
Izza
Taman negara Pahang
Taman Negara Pahang
Taman negara Kinabalu
Penang
Tunku Abdul Rahman National Park
Bako
Mulu
Mulu
Bako
Kinabalu
Loagan Bunut National Park

Croker Range National Park

Penang

                                                                                                                


“ you lost!” Zahran menuturkan dalam tawa.


“ Suka la tu.” Izza mencebik.


“ mestilah suka sebab tak payah cuci baju, lipat baju seminggu!” Zahran membelek kembali jawapan mereka dengan penuh rasa bangga.


Whatever.  Dahlah aku yang propose benda ni tapi aku yang kalah.  Dia kembali bersandar. Dia membetulkan duduknya agar lebih selesa.“ Tapi you macam tahu banyak ek pasal benda ni?”


“ Takdelah banyak mana pun. Dulu masa bosan tak ada kerja pernah terbaca pasal benda ni. I pun tak tahu kenapa yang I boleh cari benda ni kat dalam internet. You know what, Loagan Bunut and Croker Range sounds catchy, sebab tu I boleh ingat lagi sampai……”Kata-katanya terhenti bila dia terasa sesuatu yang berat di bahunya. Dia berpaling dan terlihat isterinya sudah terlentok dibahunya.


 “ ……sekarang.”Dia menghabiskan kata-katanya. Patutlah senyap, dah tidur. Dia hanya memandang Izza yang sedang lena itu. Penat sangat la ni. Tapi tadi dia yang cakap tak boleh tidur.


 Dia mencuit hidung Izza. Tiada respons. Lena  betul dia tidur.


Dia kemudiannya mencapai semula pen. Buku ditangan di selak ke bahagian hadapan.


She’s sleeping calmly on my shoulder. I don’t know how much I like this feeling.


 Tersenyum.

****


Izza menggeliat ke kanan.Berdetap pinggangnya akibat terlalu lama duduk menghadap komputer. Dia menjeling pada jam ditangan. 7.25 minit malam???


Headphone diikepala di letak. Betapa dia tidak menyedari masa berlalu begitu pantas. Maklumlah, hari pertama selepas cuti yang agak panjang, dia mula bekerja.  Dia mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam laci. Ditekan-tekan keypad telefon bimbitnya namun skrin telefon itu gelap.


Great. Bateri habis!


Cepat-cepat dia berkemas bila menyedari dia sebenarnya sudah terlewat. Namun bila teringat dah nak masuk waktu maghrib, dia berlalu menuju surau.


Usai solat maghrib, dia berkemas untuk pulang.


“ Tak nak balik ke Shaza?”


“ Nak balik la ni.”


Izza mengangguk dan berlalu ke luar. Perkara pertama yang meyapanya bila dia keluar dari pejabat ialah deruan angin kuat menampar pipinya.


“ Nak hujan ke kak?” Shaza yang menurutinya menyoal.


“ Nampaknya macam tu la.”


***


Pap!

Pintu tempat duduk pemandu ditutup.  Dia kemudiannya mencapai payung di tempat duduk belakang dan lambat-lambat dia pergi menutup dan mnengunci pintu pagar.


Dia sebenarnya cuak.


Satu, dia balik lewat


Dua, dia tak bagitahu dekat Zahran yang dia balik lambat hari ni. Selalunya dia akan cakap kalau balik lambat. Dan dia berharap Zahran tak balik lagi sebab selalunya waktu-waktu macam ini lelaki itu masih belum pulang tapi bila dia masuk ke dalam porch tadi, dia dah ternampak yang Sylphy milik Zahran tersadai elok di bawah porch tanpa ada setitik air pun yang melekat di badan kereta itu.


Maknanya, tuan empunya kereta dah lama balik.


Tapi rumah mereka masih gelap. Tak ada orang ke? Dia mengerling pada jam. Pukul lapan malam.


Lambat-lambat dia membuka kunci rumah. Bila dia menapak masuk ke dalam rumah, tangannya meraba dinding mencari suis lampu.


Benda pertama yang menyapa pandangannya apabila ruang tamu itu disinari cahaya lampu ialah Zahran.


Berkain pelekat dengan tangan disilang ke dada dan duduk di sofa.


“ Kenapa duduk dalam gelap?” Izza menyoal sambil menyimpan kasutnya di dalam kabinet kasut.


“ Kenapa balik lambat?” Nada beku.


Izza terasa bulu romanya meremang bila terdengar balasan dari Zahran.


Belum sempat Izza membalas Zahran melontarkan satu lagi soalan.“ Kenapa tak cakap balik lambat?”


“ aaaa….” Dia menunduk. Melarikan pandangan dari Zahran. Sesungguhnya, dia tak sanggup tengok muka Zahran ketika ini. Expresionless. Dan pandangan mata lelaki itu dah keluar aura naga.


Okay fine, dia tak pernah nampak naga tapi sumpah kalau ada burung terbang ketika ini, maka burung itu akan jatuh dek panahan mata lelaki di hadapannya ini.


Dia menelan liur. “ Handphone habis bateri.”


“ Dah tu, tak reti-reti nak telefon? Setakat telefon cakap you balik lambat, tak luak pun bil telefon company you!”


Izza hanya berdiri mematung.  Dia bersalah ketika ini dan tak berani membalas walau sepatah.


“ You don’t know how much I worried about you. Mesej tak balas, telefon tak angkat, telefon office tak berangkat jugak. Dah lah dekat luar tu hujan lebat, tahu tak yang dalam kepala I ni dah terbayang macam-macam benda buruk jadi??” Nada tegas itu sedikit tinggi. “ Do you know….heuk!”


Kata-kata Zahran termati serta merta. Dia berdeham sekali. “ Tahu tak yang I ni risau bagai nak….heuk!”


Izza mengangkat wajahnya. What’s wrong with him?


“ Heuk!” Sekali lagi.


Zahran menarik nafas. Matanya dipejamkan. Tak kelakar okey  waktu  tengah marah ni tiba-tiba tersedu! Dahlah memang tengah betul-betul dekat peak tadi tiba-tiba tersedu pulak.


“ Heuk” lagi sekali.


“ you okey?”


Zahran melepaskan nafas. “ Lain kali jangan buat…heuk!” Kata-katanya terhenti ditengah ayat. Tersedu lagi.”…..macam ni lagi.”


Zahran berlalu menuju bilik di tingkat atas. Tak ada mood nak membebel. Dan dia sedikit malu sebab boleh pulak dia tersedu tengah-tengah dia membebel tadi. Spoil!


Izza hanya memandang suaminya itu menapak naik. Dia tahu yang dia tak sepatutnya berfikiran  macam ini ketika ini tapi dia nak cakap jugak.


He’s quite cute with those hiccups.




 p/s: i am imaging someone masa tulis pasal Zahran. If you all don't mind, korang bayangkan Zahran macam siapa?

p/s/s: Dah lama tak tulis, skill dah hilang. Sorry!

11 comments:

~ZYX~ said...

waa...cam lame gile x bce zahran n izza...cute je hiccups mase nk mbebel...

mizz acu said...

Chumell nye tgh nak marah2 tersedu!b kehhkehkeh.. Nasibb izza xbantai gelak.. Kalo x mau berasapp zahran!

arzalif said...

hahahaha comelnya zahran sedu. terus stop mrh ek. jenuh menunggu akhirnya kuar gak n3 br hihihi

Bella Rokie said...

nak cuba bayangkan, tapi pelakon malay failed with that sweet character. so my pick is zac Efron ( sebab those killing eyes!) thumbs up writer.

Unknown said...

wah saya terbayang Zahran memang seorang yang hensem plus cute with his hiccups! HAHA. sweet~

Anonymous said...

boleh tak nak bayangkan zahran tu macam sorang korean artist ni??sorry kalau ada yang tak suka tapi karakter yang akak tulis memang buat saya bayangkan mamat tu je. =))

faziela said...

dear miss anonymous,

boleh saya tahu siapa korean artist tu?

*fangirl mode activated*

Anonymous said...

mana sambungannya lagi....x sbr2 nie...hehehehe best2...

zequest said...

hahahhaa, this is one cute story~~

ur skills definitely not hilang yet cik writer..

comey~
[tsenyum2 sorg dri bce cite nih]

kleo said...

saya terbayang macamm.. macam yang writer bayangkan! kekekeke

cute la si zaf ni! adehh

Anonymous said...

heee....Lee Min Ho....so cute..;D